Bab 7

Indah duduk bersila di atas sebuah bangku yang terletak di laman rumah banglo tersebut.Dia tenggelam dalam lamunannya sejak tadi.

Haziq meregangkan badannya sambil menghirup udara segar di luar rumahnya.Matanya tertancap pada Indah yang tidak bermaya itu lalu didekatinya.

"Assalamualaikum Indah.."sapa Haziq.

Indah tidak mendengarnya kerana fikirannya penuh dengan kejadian semalam.

"Indah..Indah!!"panggil Haziq kuat membuatkan lamunan Indah terhenti.

"Ha??apa??kenapa??"Indah terkejut dengan kedatangan Haziq secara tiba tiba sedangkan dia tidak sedar akan kehadiran Haziq yang lama berdiri.

"Amboi..mengelamun sampai tembus tembok tu. Saya sapa pun tak sedar."usik Haziq walaupun dia tahu apa yang sedang gadis di hadapannya tu sedang memikirkan.

"Ouhh sorry..tak perasan tadi."balas Indah.

"Boleh saya duduk sini?"tanya Haziq.

"Duduklah.Nak cakap rumah saya,memang bukan rumah saya.Apatah lagi bangku ni,memang bukan milik saya.Layak ke saya larang?"

"Panjangnya,saya tanya satu perenggan,berpuluh puluh perenggan awak balas."

Indah hanya mempamerkan riak selamba sambil memandang ke hadapan.Haziq memandang wajah itu dari tepi dan jelas kelihatan wajah Indah begitu pucat.Lama Haziq memandang wajah gadis itu dalam diam.

"Kenapa tak tanya?"tanya Indah tiba tiba membuatkan lamunan Haziq termati.

"Nak tanya pasal apa?"soalan di balas dengan soalan oleh Haziq.

"Pasal semalam."memikirnya sahaja telah membuatkannya seram sejuk.

"Takpe..saya tahu awak okey pun dah mencukupi."balas Haziq dengan riak selamba.

Indah menoleh ke arah Haziq.Haziq yang menyedari dirinya direnung turut menoleh ke arah Indah.

"Kenapa?"tanya Haziq.

"Takde.."

"Besarnya rumah awak."Indah menukar topik perbualan.Tidak betah menahan rasa seram yang mendatang.

"Bukan rumah saya.Rumah parents saya."balas Haziq.

"Tak sangka awak pandai merendah diri kan."kata Indah.

"Perli ke?"

"Tak lah..kutuk je."

Haziq ingin membalas namun terhenti apabila terpandang tangan Indah yang berbekas seperti lebam.

"Kenapa ngan tangan awak tu?"tanya Haziq.

Indah memandang tangannya.Dia sendiri tidak sedar bila bekas itu ada pada tangannya.

"Err..entah."Indah membelek belek tangannya.Dia berdecit apabila memegang bahagian lebam tersebut kerana rasa sakitnya sama seperti semalam.

Indah terdiam manakala Haziq dapat menangkap riak Indah yang berubah.Dia dapat mengagak sesuatu telah jadi semalam.

"Sakit ke?"

"Ermm..sakit la juga tapi saya okey je."jawab Indah.

Haziq hanya mendiamkan diri.Tiba tiba bulu romanya meremang membuatkan dia memandang sekeliling apabila merasa sesuatu.