Bab 9

Kelopak mata indah terbuka perlahan lahan.Diri nya sekarang berada di dalam sebuah bilik yang boleh dikategorikan sebagai bilik perempuan..

Tiba tiba pintu bilik tersebut terbuka dengan kuat menyebabkan Indah terkejut.Kelihatan seorang gadis masuk ke dalam bilik sambil tercungap cungap kemudian mengunci pintu dengan tergesa gesa namun sempat ditolak dari luar.

Gadis itu terketar ketar kemudian terundur ke belakang setapak demi setapak apabila dihampiri oleh seorang gadis yang kelihatan sebaya.

"Pergi!!kau dah hancurkan keluarga aku!!"jerit gadis yang ketakutan itu.

Gadis yang dijerit ketawa sinis."Kau memang layak diperlakukan sebegitu.Sebab apa?sebab kau anak yatim piatu yang tak sedar diri.Ada hati nak rasa kasih sayang."sindirnya.

"Jadi kau tu anak kandung ke?kau tu anak angkat jugalah."balasnya.

"Sebab tu la aku nak kau mampus!biar aku je dapat kasih sayang dorang!"balasnya dengan suara agak tinggi.

"Bunuhlah aku..satu hari nanti akan ada orang yang akan bongkarkan rahsia kau yang jahil itu walaupun orang itu ialah keluarga kau sendiri!!"jerit gadis yang ketakutan itu dengan tegas.

Gadis yang berambut pendek itu mendekati gadis itu bersama pisau dalam genggaman.Mereka bergelut seketika sebelum gadis malang itu ditusuk menggunakan pisau.Tersembul darah dari mulutnya dan darah keluar membuak buak dari perutnya.

Gadis malang itu terduduk sebelum rebah ke atas lantai.Nyawanya seperti di hujung tanduk.Gadis yang menikam tersenyum puas.Indah tersentak apabila keadaan tiba tiba senyap dan kosong. Tiada kelibat 2 gadis tadi.

Namun,di hadapan Indah kini terdapat kelibat dengan berlumuran darah sedang memandangnya dengan api kemarahan.

"Kau!!!"jerit lembaga itu seraya meruju ke arah Indah.

"Arhhhh!!!"

Indah terbangun dari perbaringannya dengan nafas yang tercungap cungap.

"Indah dah bangun?"Puan Murni mendekati Indah dengan wajah kerisauan seorang ibu.

"In..Indah kat mana ni?"tanya Indah sambil melihat sekeliling.

"Indah kat hospital sayang.."jawab Puan Murni.

"Indah nak ke tandas kejap ye auntie."kata Indah kemudian menapak ke tandas secara perlahan dipimpin oleh Puan Murni di sisi.

Indah membilas wajahnya menggunakan air suling yang mengalir melalui paip tandas.Dia teringat mimpinya sebentar tadi..

'Adakah itu mimpi atau petunjuk yang Allah berikan pasa aku?'tanya Indah sendirian.

Dia ingin membilas wajahnya lagi namun terkejut apabila air merah pekat mengalir keluar dari paip tersebut.Dengan segera paip ditutupnya.

Indah menapak keluar tandas apabila merasakan dirinya diperhati.Di sudut tandas kelihatan satu susuk tubuh sedang berdiri merenung Indah.

"Indah dah siap?jom kita keluar."kata Puan Murni. Indah dibenarkan keluar setelah mendapati sistem tubuh badannya semakin baik.

Sepanjang perjalanan Indah hanya mendengar dengan senyap kata kata yang keluar dari mulut Puan Murni.Dia masih tiada mood nak berbual.

"Nasib baik ada Haziq tau..kalau tak ada dia,auntie pun tak tau nak buat apa."keluh Puan Murni.Serta merta ingatan Indah bertukar kepada Haziq yang melaungkan azan hari tu.Ketika itu suara Haziq bagai memberi ketenangan padanya.Mungkin kerana azan yang dilaungkan didengarinya semasa berada di hujung tanduk.

Sampai sahaja di rumah,Indah disambut dengan perasaan gembira oleh Haziq,Encik Hafiz dan Mak Jah.

"Alhamdulillah,bangun pun Indah."kata Encik Hafiz setelah melabuhkan punggungnya di sofa bersama ahli keluarga lain.

Indah hanya tersenyum sebelum matanya tertancap pada Haziq yang turut memandangnya.Dengan pantas dia mengalihkan pandangan kerana tidak betah bertatapan.Dia pun tidak tahu sebabnya.

"Indah dah rasa okey tak ni?"tanya Encik Hafiz.

"Indah okey dah,uncle jangan risau."balas Indah sambil cuba tersenyum.

Mereka memberi ruang untuk Indah berehat di bilik.Dalam perjalanan ke biliknya,Indah melimpasi stor di mana tempat dia terkunci hari tu.Dia memandang bilik itu seketika sebelum seseorang menutup pintu bilik tersebut.

Indah menoleh.Kelihatan Haziq berdiri di sebelahnya.

"Awak jangan berangan nak masuk bilik ni lagi." kata Haziq.

"Kenapa?"

"Awak nak jadi macam hari tu lagi ke?"

"Apa jadi hari tu?tak ingatlah."Indah berpura pura tidak mengingati kejadian tersebut kerana berasa tidak puas hati dengan Haziq.Dia tak tahu apa jadi kat aku,buat apa nak larang larang,bisik Indah.

"Awak nak benda tu bunuh awak lagi ke?"tanya Haziq kali ni menyebabkan Indah tersentak.

"A..awak nampak?"

"Ya saya nampak!saya nampak semuanya.Bermulanya saya jumpa awak kat sini,saya dah banyak kali nampak benda tu di sekeliling awak."balas Haziq geram.

"Macam mana awak boleh nampak?"tanya Indah.

Haziq mengeluh seketika."Lepas awak rehat nanti kita siar siar kat bawah nak?"

"Nak buat apa?"

"Masa tu lah saya cerita kat awak and ada benda saya nak tahu dari awak."jawab Haziq kemudian berlalu pergi.

Indah terpinga pinga sebelum menapak ke bilik segera.Hilang rasa penatnya berganti dengan perasaan teruja.Dia sudah lama ingin bersiar di halaman banglo itu namun tidak ada kesempatan.