Bab 6

Indah termenung sendiri di dalam biliknya memikirkan hal tadi pagi.

'...mereka ada di antara kita.'

"Apa maksud dia?"Indah meraup wajahnya. Apa lagi yang mendatang pada dirinya kali ini.

Diari merah dikeluarkan dari dalam begnya lalu digenggam erat."Patutkah aku buka?"

Indah menarik nafas panjang kemudian menghembus perlahan.Dia membuka tali pada diari itu kemudian menyelak muka surat pertama.

21 Julai..

Aku berasa amat bahagia dikelilingi oleh orang yang aku sayang.Ibu,ayah dan adik ku.Mereka sungguh menyayangi diriku walaupun aku bergelar anak angkat.

Indah membaca 1 hingga 5 muka surat namun tiada yang pelik.Sama seperti diari yang lain.Apa maklumat yang penting sangat sampai perempuan tu takut orang lain ingin mengambil diari tersebut.

Dia menutup semula diari tersebut kemudian meletak diari tersebut di dalam laci yang berkunci.

Prang..
Indah tersentak.Bunyi pecah itu datangnya dari dapur.Indah memandang jam tangannya yang menandakan waktu sekarang ialah 10:30 malam.

"Siapa yang belum tidur selain aku ni?"gumam Indah kemudian menapak keluar menuju ke dapur.

Supp
Bagai ada sesuatu melintasi belakang Indah,Indah menoleh ke belakang namun tiada sesiapa.

"Arghh!!!"kedengaran suara jeritan dari arah dapur.Indah menapak laju ke arah datangnya suara itu.

Indah bagai direnjat elektrik apabila mendapati kawasan dapur gelap.Tiada tanda tanda di masuki orang rumah.Keadaan kemas seperti sedia kala. Tiada barang pecah langsung.

Indah mendekati suis dapur perlahan lahan apabila mendapati kelibat dari dalam gelap.Dengan degupan jantung yang berdetak kencang,Indah membuka lampu dan serta merta kawasan dapur terang benderang.

Kosong!tiada sebarang kelibat di tempat yang Indah nampak tadi.Dia menarik nafas lega.Jantungnya yang seakan hendak meletup tadi beransur pulih.

Dia menutup suis semula kemudian menapak ke arah ruang tamu namun kaki Indah terpasak ke lantai secara mendadak apabila mendapati seseorang sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen yang tidak terbuka.

Sesusuk tubuh itu membelakanginya namun Indah tahu itu bukan Mak Jah atau Puan Murni kerana kelibat itu agak kecil saiz badannya dan rambutnya lurus.Puan Murni mempunyai rambut yang agak kerinting manakala Mak Jah mempunyai rambut yang pendek.

Indah menelan air liur.Hatinya menyuruhnya lari dari situ namun otaknya mengarahkannya agar mendekati kelibat itu.Dengan perlahan kakinya bergerak ke arah susuk tubuh yang menghadap televisyen tersebut.

Indah menggerakkan tangannya bagi menyentuh bahu perempuan tersebut.Belum sempat tangannya menyentuh bahu perempuan itu,kepala perempuan tersebut berpusing ke belakang mempamerkan wajahnya yang hodoh. Perempuan tersebut menyeringai menunjukkan barisan giginya yang tajam dan berdarah.

Tangan Indah yang menjulur tadi di genggam oleh perempuan itu.Terasa sejuk menjalar ke seluruh tubuh Indah.Tangan tersebut begitu dingin baginya.Suara Indah bagai tersekat di kerongkong.

Indah menyeringai kesakitan akibat genggaman makhluk tersebut.Tulangnya terasa seperti ingin patah.

"Arghhhhhh!!!!"akhirnya Indah menguatkan semangat untuk mengeluarkan suara.

Serta merta makhluk itu hilang dari pandangan namun rasa sakit masih berbekas pada tangannya.Indah terjelopok jatuh.

"Indah kenapa ni?"tanya Puan Murni yang bergegas turun bersama suami di sisi.

Indah masih berada dalam kejutan.Dia tidak mengalihkan pandangannya dari arah sofa.

"Indah okey tak?"tanya Puan Murni apabila soalannya tadi tidak dijawab.

"In..Indah okey.."jawab Indah sambil terketar ketar.

Haziq memandang dari jauh. Matanya melilau ke sekeliling ruang di ruang tamu itu.Dia menangkap sesuatu sedang mengintai mereka dari luar rumah berdekatan tingkap.Makhluk itu menyeringai ke arah Indah yang masih terduduk.

Haziq membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi. Makhluk itu hilang dalam kegelapan malam.Haziq beristighfar.

Malam itu Indah tidak dapat melelapkan mata kerana merasakan dirinya diperhati sejak tadi. Apabila jam menunjukkan jam 3:00 pagi barulah dia dapat melelapkan mata ditemani mata yang memandangnya dari luar tingkap.