Bab 12

Indah keluar dari dalam lif kecil itu kemudian membuang pandangan ke seluruh pelosok bilik.Sungguh sunyi dan menyeramkan namun tidak pula diendahkan oleh Indah.Dia bergerak perlahan lahan ke satu kawasan di mana terletaknya sebuah kotak besar.

Kotak itu dibuka sambil Indah mengipas ngipas udara yang bercampur habuk.Sebuah album dicapainya kemudian dibelek satu persatu.Hanya kelihatan gambar gambar satu keluarga yang sangat bahagia namun ruang album yang terakhir menarik perhatian Indah.

Seutas rantai kelihatan berada di dalamnya.Indah mengambil rantai itu lalu diperhatinya.Kelihatan nama 'Haifa' tertulis di situ dan satu gambar melekat padanya.Indah terkejut dan pada masa yang sama jantungnya berdegup kencang memikirkan sesuatu kemungkinan.

Sehelai kertas kelihatan berada dalam ruang yang sama dengan rantai tadi.Indah membacanya sebelum dia merasakan kepalanya dipukul dengan kuat dari arah belakang.Dunia bertukar gelap serta merta.

Kelopak mata Indah terbuka secara perlahan.Penglihatannya masih kabur namun mula terang sedikit demi sedikit.Matanya terbuntang melihat sesusuk tubuh yang sudah tidak bernyawa duduk di hadapannya.

Indah menyedari bahawa dirinya diikat pada sebuah kerusi menyebabkan pergerakannya terkunci.

"Dah bangun?"tegur satu suara.Indah tersentak melihat gerangan orang yang menegurnya.Terasa jantungnya seperti ingin berhenti saat tau juga.

"I..ibu.."panggil Indah dengan sisa terkejutnya.

"Indah anak ibu dah bangun dah.Baguslah tu."tuturnya perlahan dengan wajah yang dingin.

"Ibu,apa semua ni?kenapa Indah terikat kat sini?apa ibu buat kat sini?"tanyanya bertubi tubi.

"Ibu tak sangka,orang yang akan bongkarkan rahsia ibu selama ni adalah anak ibu sendiri."katanya sambil mengeluh keras.

"Rahsia?rahsia apa?"tanya Indah separuh menjerit.

"Rahsia..pembunuhan adik angkat ibu."jawabnya dengan wajah yang masih dingin.Indah jelas terkejut dengan satu pernyataan yang dirasakan sungguh memedihkan hatinya sebagai seorang anak.

"Jadi,kakak angkat kepada anak angkat pertama di rumah ni ialah.."susah dia ingin meneruskan ayatnya.

"Ibu.."

Puan Rohana tersenyum sinis kemudian mendekati anaknya sambil mengelus lembut wajah mulus itu.Indah mengelak daripada sentuhan ibunya.

"Ibu dari dulu tak suka orang yang ibu sayang melebihkan orang lain selain ibu sebab tu ibu bunuh dia.Tapi pada awalnya,ibu tak berniat nak bunuh perempuan tu tapi nak buat macam mana,dia dah tau rahsia ibu.Tapi okeylah tu,at least dia tak payah kena kacau ngan 'belaan' ibu tu.Biar mampus je terus."cerita Puan Rohana dengan gaya psikonya.

"Kenapa ibu tergamak buat tu semua?ibu tak fikir pasal dosa ke?bertapa Allah murka dengan manusia yang melakukan perkara syirik dan membunuh."marah Indah tanpa dapat dibendung lagi.

"Huhh!!kau tak payah nak ajar aku lah.Kau tu sama je ngan bapa kau!"hilang bahasa sopannya sebagai seorang ibu.

"Apa kena mengena ngan ayah?ayah baik tapi dia tinggalkan kita mungkin sebab mama!!"

"Kalau kau nak tau,aku yang bunuh bapa bodoh kau tu!kau tu sayang sangat kat dia sampai aku pun jarang kau layan sebaik itu.Sebab tu aku bunuh!"ceritanya lagi kemudian ketawa berdekah dekah.

Indah menangis sambil mengeleng geleng.Hilang rasa hormatnya terhadap wanita di hadapannya itu.Segala rahsia tentang ayahnya terbongkar.

"Sekarang,aku nak kau pula mati sebab kau tu terlampau sibuk nak bongkar semua rahsia ni." katanya sambil mengasah sebilah pisau.

Indah terkejut."Ibu!!ibu ingat Allah bu,Indah anak ibu.Jangan buat macam ni."kata Indah dengan esak tangisannya.

"Arhhh!!apa aku peduli.Aku tak pernah sayangkan kau pun."katanya namun tanpa dia sedari itu hanya kata di mulut walhal hatinya menyimpan rasa sayang terhadap anak daranya. Namun bila hati seseorang telah hitam,maka tiadalah rasa belas kasihannya langsung.

Indah redha,kalau ini penghujung hayatnya maka dia berdoa agar ibunya diberi hidayah dan sedar akan kesilapannya.Namun tanpa disangka,tali yang mengikat Indah terbuka dengan sendirinya namun tiada siapa di situ melainkan dia,mayat itu dan ibunya.

Indah terpinga pinga namun bergerak pantas mendapatkan kayu yang berada di sebelahnya kemudian cuba untuk di pukul pada kepala ibunya namun satu kuasa ajaib telah menolak Indah dengan kuat menyebabkannya terlempar jauh.

Tulangnya terasa seperti ingin patah.Dia langsung tidak dapat menggerakkan tubuh badannya.Dalam kesamaran cahaya,Indah dapat melihat ibunya berjalan ke arahnya bersama pisau tersebut kemudian cuba dihunus pada perut Indah.Indah menggunakan sisa tenaganya untuk menghalang namun kudrat ibunya lebih kuat.

Indah dapat merasa hujung pisau telah tertusuk pada perutnya.Dia mengerang kesakitan.Sedang, mereka bergelut,kepala Puan Rohana dipukul dengan kuat dari belakang.Indah terdengar suara orang menyebut nama Allah.

"Indah,bertahan yer."ujar satu suara.Indah membuka matanya dan alangkah terkejutnya dia apabila Haziq berada di hadapannya.

"Ma..macam..mana.."Indah tidak dapat meneruskan ayatnya kerana rasa sakit yang ditanggung.

"Dah dah,nanti saya jelaskan.Sekarang kita kena.."Haziq berdiri dan cuba membantu Indah namun dia berpusing sebaik sahaja terdengar Indah menjerit.Puan Rohana berdiri di hadapan Haziq dengan senyuman sinis.

Indah dapat menangkap tubuh Haziq sedang menggigil dan dia mengeluarkan bunyi erangan yang memilukan.Haziq rebah sambil disambut Indah yang turut tiada tenaga.Indah menangis sebaik sahaja terlihat darah yang mengalir keluar dari perut Haziq.Badan Haziq dihampiri lalu tangannya menutup kesan luka yang dalam itu.

"Haziq.."panggil Indah perlahan sambil tersengut sengut.Haziq membuka matanya yang kuyu itu lalu memandang Indah.Bibir pucatnya tersenyum kepada Indah kemudian menutup semula matanya yang kian memberat.Indah tidak mampu membendung perasaannya.

"Amboi..aku hantar kau kat rumah tangga baru beberapa minggu tapi dah ada cinta hati dah?"sindir ibunya.

"Ibu..Indah tak kisah ibu nak bunuh Indah.Walau apa pun yang terjadi,Indah tetap sayang ibu.Ibu cakap ibu tak sayang Indah tapi dari segi ibu layan Indah,Indah tahu ibu sayang Indah.Indah bahagia sangat dapat rasa kasih sayang ibu selama ni.Tapi untuk kali terakhir Indah nak ibu ingat Allah."kata Indah panjang lebar bersama air mata mengalir di pipi.

Sedikit sebanyak naluri seorang ibu pada Puan Rohana terusik.Tiba tiba hatinya berbelah bagi sama ada kasih sayang atau kemahuan dirinya.
Puan Rohana telah dihasut oleh syaitan oleh itu pendirian telah tetap.

"Terima kasih juga sebab bagi aku rasa kasih sayang seorang anak."katanya perlahan kemudian mendekati Indah dengan pisaunya maka tahulah Indah bahawa ibunya ingin mengakhiri hayat hidupnya.

"Arghhhhhh!!"jeritan ibunya mengejutkan Indah yang sedang menanti di akhir akhir hayatnya.