Bab 3

Baru beberapa minit ibunya meninggalkan dirinya di banglo serbah mewah itu namun kerinduannya terhadap ibunya itu setinggi gunung.

"Ni bilik Indah.."kata Puan Murni sambil memasuki sebuah bilik yang dua kali ganda besar dari bilik Indah.

"Terima kasih auntie."ucap Indah.

"Sama sama,Indah rehat dulu la ye.Auntie nak masak kat bawah untuk makan malam."balasnya dan dibalas dengan anggukan oleh Indah.

Bilik itu begitu kemas,bersih dan luas pada pandangan mata Indah.

"Penatnya.."Indah merehatkan tubuhnya di atas katil sambil memejamkan matanya.

Bukkk!!serta merta mata Indah terbuka apabila merasakan gerakan katil tersebut.

Matanya memerhati sekeliling katil namun keadaan masih seperti biasa.Baru sahaja dia ingin baring semula katil itu bergegar dengan kuat menyebabkan Indah panik dan pada masa yang sama sebuah lembaga hitam berdiri di depan katil dengan wajah yang mengerikan.

"Huhh!!"Indah terbangun dari tidurnya kemudian matanya melilau mencari lembaga tadi namun bilik itu berkeadaan seperti biasa.Wajahnya lencun dengan peluh yang menitik.

"Dah senja rupanya.Lama juga aku tidur."kata Indah sendirian.

Indah menghampiri Puan Murni yang sedang menghidangkan beberapa makanan di atas meja dan dibantu oleh seorang wanita yang agak berumur.

"Auntie,sorry tau tak tolong apa apa.Indah ingat nak tolong tadi tapi.."

"Takpe,Auntie tau Indah penat.Lagipun auntie dah biasa buat kerja ni semua ngan Mak Jah."balas Puan Murni.

"Kat rumah ni auntie dan Mak Jah je ke ada?"tanya Indah.

"Eh taklah,kat rumah ni ada auntie,Mak jah,suami auntie dan anak auntie.Tak silap mak cik sebaya kamu."jawabnya.

"Ouhh..mana diorang?"tanya Indah lagi.

"Suami auntie ada tu kat atas.Dia baru je balik masa Indah kat bilik.Anak auntie kejap lagi pulang la tu.Selalunya sekarang dia ada kat library."

"Ouhh.."

"Indah lapar ke?"

''Hmm tak juga.Kenapa auntie?"

"Auntie ingat nak tunggu anak auntie balik baru kita makan malam sama sama."katanya

"Indah okey je."

"Okeylah..auntie nak pergi bilik jap."Puan Murni meninggalkan ruang dapur.

Indah bersiar siar di luar rumah dan kakinya berhenti di lubang yang dijumpainya tadi.Entah kenapa hatinya seperti ingin masuk ke hutan tersebut.

Indah mula meniarap dan cuba melepasi dawai besi itu.Badannya yang kurus itu menyenangkan lagi dirinya menerobos masuk.

Indah menepuk nepuk bajunya yang sedikit kotor.Hutan tersebut di pandangnya.Sunyi..itu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan suasana ketika itu.

Indah melangkah perlahan ke dalam hutan itu.Semakin dalam dia masuk,semakin terbatas pandangannya.

"Aihh gelap pula kat sini.Lupa nak bawa torchlight tadi."omel Indah.

Grrrrr..
kedengaran bunyi mengerang di dalam gelap..

Indah mengecilkan matanya untuk melihat benda apa yang sedang mengerang itu.Benda itu bergerak menghampiri Indah dan pada masa itu Indah berundur setapak demi setapak.

Seperti tahu dia berada di dalam bahaya,Indah berlari sekuat hati ke arah dawai besi di mana tempat dia masuk tadi.Kedengaran bunyi tapak kaki seiring dengannya sedang bergerak di belakangnya.

Dengan pantas Indah meniarap untuk masuk ke lubang tadi namun nasib tidak menyebelahinya apabila baju yang dipakainya tersangkut pada dawai yang terputus menyebabkan Indah tersangkut di situ.

Indah bersusah payah untuk keluar dari situ kerana takut benda yang mengerang tadi membahamnya.

Air matanya mengalir ketika bunyi mengerang semakin dekat dengan dirinya.Dia berserah pada Allah dan berdoa banyak banyak.Pada masa itu,Indah terasa lengannya dipegang oleh seseorang kemudian tangan itu menarik nya keluar dari lubang itu.

Sejurus selepas dia keluar dari situ,Indah memandang ke belakang.Kelihatan seekor anjing liar yang bersaiz besar mengerang ke arahnya seperti marah akan dirinya.

Indah berasa lega dan takut pada masa yang sama.

"Siapa suruh awak masuk situ?"tanya seseorang menyebabkan Indah mendongak untuk melihat orang yang menolongnya tadi.Lelaki itu berdiri sambil memandangnya dengan riak semacam.

Indah segera berdiri lalu membetulkan bajunya yang kotor.Kemudian dia memandang semula lelaki di hadapannya.

"Saya nak tengok je apa ada kat dalam hutan tu.Salah ke?"balas Indah.

"Yess..100 percent salah.Kalau kena baham ngan anjing liar tu macam mana?"tanya lelaki itu dengan suara yang agak tinggi nadanya.

"Mana lah saya tahu benda tu ada kat dalam hutan tu.Kalau saya tahu,awak ingat saya nak masuk sangat ke?"balas Indah dengan nada tidak puas hati apabila ditegur macam tu.

"Dah nampak kan ada dawai kat situ.Benda tu menjelaskan hutan tu bahaya.Kalau tak bahaya buat apa nak pasang dawai.Sikit lagi awak nak kena baham ngan anjing tu."katanya lagi.

"Saya yang kena baham,bukannya awak."Indah memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati.

"Eleh,berlagak macam tak takut tapi tadi sampai menangis nangis sebab takut."balas lelaki itu dan diiringi ketawa kecil olehnya.

Indah menjadi geram melihatnya.Dia terus meninggalkan lelaki itu dan masuk ke dalam rumah dengan hati yang panas. Kelihatan Puan Murni dan seorang lelaki yang berumur sedang duduk di meja makan sambil memandangnya.

"Indah jom makan.Semua dah siap dah"ajak Puan Murni dengan ramah

"Ni ke Indah?Nama cantik seperti orangnya."puji lelaki berumur itu.

"Err..okey."janggal pula kena puji tiba tiba.