Bab 10

Mata Indah tertancap pada sesusuk tubuh Haziq sedang berdiri di tepi kolam ikan sambil melihat ke dalam kolam atau lebih tepat mengelamun.
Indah tersenyum,ini peluangnya untuk mengejutkan Haziq dari belakang seperti yang selalu dilakukan oleh Haziq.

Indah mendekati Haziq yang langsung tak perasan akan kehadirannya.

"Woiii!!"sergah Indah sambil menepuk bahu Haziq.Haziq hanya terkejut kecil tapi bukan kerana sergahan Indah tapi suaranya yang terlalu kuat menyebabkan dia tersentak.

"Ishh!!!tak bestlah..apasal awak tak terkejut.."bebel Indah sambil memuncungkan mulut tanda tidak puas hati.

Haziq ketawa kuat."Awak tak payah nak ikut style saya,awak diam diam lagi bagus."kata Haziq sambil menyambung tawanya.

Bertambah muncung mulut Indah dibuatnya.

"Apa yang awak nak beritahu saya tu."kata Indah cuba untuk menukar topik.Haziq menarik nafas dan menghembusnya perlahan sebelum mulakan cerita.

"Sebenarnya,dari kecil saya diberi anugerah dapat melihat makhluk yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia."Haziq mula bercerita manakala Indah menelan air liur yang dirasakan kesat.

"Hidup saya dibelenggu dengan ketakutan dari dulu sampai sekarang.Tapi dah besar panjang ni, saya dah biasa dah ngan benda tu semua sebab mama dan papa selalu ajar saya beribadah agar diri saya dekat dengan Allah.Semenjak tu saya selalu cakap dengan diri saya,Allah lebih berkuasa dari semua makhluk di muka bumi ni." Jelas Haziq panjang lebar.

Indah terpempan.Rupanya Haziq yang sentiasa ceria mempunyai rahsia yang agak menakutkan.

"Kenapa pandang saya macam tu?"tanya Haziq apabila Indah memandangnya dengan pandangan simpati.

"Kesiannya awak.."kata Indah dengan muka simpati.

"Hahahahahahaha..tetiba nak kesiankan saya kenapa?"tanya Haziq.

"Hek eleh..saya kesian salah,tak kesian salah.Awak nak apa sebenarnya?"

"Hehe..ermm..just nak tanya,apa jadi sebenarnya ngan awak hari tu?"tanya Haziq.

"Huhh!entahlah,saya ditarik masuk dalam bilik tu then saya nampak banyak benda yang ditutup ngan kain.And ada satu kain ni saya buka sebab nak tahu apa benda yang ada kat belakang saya tu tiba tiba.Then,di sebalik kain tu ada seorang wanita dengan mata yang tertutup.Seram gilerr! saya rasa nak lari and pengsan tapi saya terpaku.Tak tau nak buat apa sampai benda tu datang and cekik saya.Ha!!dia kata saya patut ikut mereka yang lain..tapi tak tau sape."jelas Indah panjang lebar.

Haziq hanya mendiamkan diri kali ni.

"Ouhh ya!ni saya jumpa kat bilik stor hari tu." kata Haziq kemudian mengeluarkan sekeping gambar dan dihulurkan kepada Indah.

"Gambar awak ke?"tanya Haziq.

"Err ha ahh..thanks."Indah merenung gambar yang pernah dijumpainya di dalam diari merah hari tu.

"Taman Melur."kata Haziq tiba tiba.

"Ha??"

"Rumah di dalam gambar tu kat Taman Melur.Saya biasa limpas kawasan tu and tempat tu paling menarik perhatian.Tu yang saya tahu rumah tu."kata Haziq.

"Tunjukkan tempat tu kat saya!"pinta Indah.

"Nak buat apa kat rumah tu?"

"Err..adalah..tak payah banyak tanya.Lepas asar kita gerak ehh.."kata Indah.

"Ohh okey.."balas Haziq sambil tersengih sengih.

"Pahal sengih sengih cam kerang busuk ni?"soal Indah hairan.

"Awak memang suka arah arah orang ehh?"tanya Haziq sambil tersengih sengih lagi.

"Tak selalu,kali ni je saya nak minta tolong awak. Takkan tu pun tak boleh." balas Indah.

"Siapa kata tak boleh?"

Indah hanya memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati.

"Ha suka betul muncungkan mulut tu.Tu je la awak tahu kan..merajuk pandai,kejutkan orang tak pandai."usik Haziq kemudian ketawa terbahak bahak.

"Hek eleh..awak tu yang takde perasaan.Sebab tu tak terkejut."balas Indah lagi.

"Taklah.."

"Habis tu kenapa?"

"Sebab saya tak takut dengan benda cantik.Tu yang saya tak terperanjat."jawab Haziq sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih saja ingin mengenakan Indah.

Pipi Indah merona merah mendengarnya.Dia berdehem berkali kali untuk menghilangkan gugupnya.

"A..apalah awak ni!!suka ke..kenakan saya."marah Indah kemudian berlalu pergi meninggalkan Haziq yang menghamburkan tawanya.

Haziq menghantar Indah dengan pandangan mata dan senyuman yang tidak lekang dari bibir.