Bab4

"Eh Ziq,jom makan sekali."ajak Puan Murni sambil memandang ke arah belakang Indah.Indah menoleh ke belakang.Kelihatan lelaki yang menolongnya tadi berdiri di muka pintu sambil memandangnya.

"Okey ma.."Haziq berjalan melintasi Indah kemudian menyalam mama dan papanya dengan sopan.Indah yang melihat agenda itu berasa sedih dan perasaan rindunya terhadap ibunya semakin membuak buak.

Indah duduk di sebelah Puan Murni dengan perasaan yang sangat kekok.Tak pernah dia makan dengan orang lain selain ibunya.

"Nama uncle Hafiz so kamu panggil uncle je la ye."kata lelaki berumur itu dan dibalas dengan anggukan oleh Indah.

"Ni anak auntie yang auntie cakap tu.Haziq namanya and dia ni form 4.Sama ngan Indah kan?"tanya Puan Murni.

"Ermm..ya.."balas Indah kemudian memandang Haziq yang turut memandangnya.Namun kali ni Haziq melontarkan senyuman kepadanya tanda selamat berkenalan.

Indah terus menundukkan wajahnya sambil bermain jari.

Mereka makan malam sambil berbual bual dengan gembira.Indah hanya membalas jika ditanya sahaja kerana dia takde mood nak berbual.

"Sekolah Indah macam mana?"tanya Puan Murni.

"Macam sekolah biasa je auntie.Takde benda yang menarik pun.Ada murid and ada guru..tu je."balas Indah.

Indah menyuci pinggan yang berada di singki.Dia biasa membantu ibunya mencuci pinggan so dia takde masalah nak cuci semuanya.

"Eh takpe Cik Indah.Biar Mak Jah buat. Kesian Cik Indah penat."kata Mak Jah.

"Takpelah Mak Jah.Indah okey lah buat kerja ni.Cuci pinggan je pun.Takde penatnya pun.."balas Indah sambil tersenyum.

"Eh takpe ke Cik Indah?"

"Takpelah..and tak payahlah panggil Indah dengan gelaran 'cik'.Indah bukan sesiapa pun kat sini."kata Indah.

"Baik Cik..err..baik Indah.."balas Mak Jah.

"Takpe Mak Jah..'Cik Indah'kan perempuan. Kena lah biasa buat kerja cam tu.Barulah ada orang nak.Kan 'Cik Indah'."sampuk Haziq tiba tiba.

Indah merenung tajam Haziq yang berdiri di sebelah Mak Jah.Mak Jah mencubit lengan Haziq.

"Tak baik tau Ziq cakap cam tu."kata Mak Jah.

"Betullah.."balas Haziq sambil mengusap lengannya bekas cubitan maut Mak Jah.

"Eh kenapa pandang saya macam tu?Saya nampak macam sabun cuci pinggan ke sampai nak pandang macam nak telan."sakat Haziq lagi.

"Apa masalah awak ni?Nak sangat rasa sabun ke?kalau nak saya boleh bagi."Indah akhirnya bersuara.

Haziq tersenyum."Sorry ganggu.Saya terdengar perbualan awak ngan Mak Jah so saya pun nak join juga.Hehe..ha ingat awak tu cuci pinggan bukan cuci muka."balas Haziq kemudian keluar dari kawasan dapur.

Indah melihat pantulan wajahnya pada tingkap dan dia mendapati ada sabun pencuci di wajahnya.Dia segera membasuhnya.

"Maaf Indah.Haziq memang nakal sikit dan kuat menyakat.Mak Jah dah banyak kali disakatnya tapi dia tu sebenarnya baik tau.Dia hormat orang tuanya dan Mak Jah.Rajin menolong kat rumah ni sebab dia je harapan puan dan tuan."jelas Mak Jah.

"Takde hal lah Mak Jah.Saya okey je."balas Indah.

"Ye ke?muka Indah dah merah sangat tu."sakat Mak Jah.

"Ni merah sebab panas,bukan marah Mak Jah."kata Indah sambil tersengih sengih.

Mak Jah hanya tersenyum memandang gelagat Indah.