PANGKALAN DICEROBOH

"ALIIIIIIIIII!!!!!!!"

"Syafiqq!! Belakang awak!!"

"Serangan dua bilah!"

"Jaga-jaga!! Belakang awak!! Guna serangan kau!!! Cepat!!"

"AAAAAAAAAAH!!! TAK SEMPAT!! MAAFKAN AKU SYAFIQ!! AKU GAGAL!!"

"TIDAK!!!!"

"Syafiq! Bangun! Syafiq! Syafiq! Bangun! Sedarlah cepat! Syafiq!" Syafiq terus sedar dari tidur. Dia perasan yang dia tidur menangis. "Saya kat mana? Apa dah jadi? Kenapa bising kat luar tu? Kenapa korang cedera? Mana.....Ali? Rudy? Iman? Alicia? Viktor? Sam? Affrin? Mana mereka? Tolong ceritakan apa sebenarnya yang jadi. Bagaimana semua ni berlaku?" Syafiq tertanya-tanya apa yang jadi pada akademi.

"Kamu tak ingat apa yang kamu buat? Kamu tak ingat apa yang jadi sekarang, Shane?" tanya General Karya.

"Shane? Siapa Shane? Saya Syafiq lah! Siapa Shane ni?! Saya tak faham apa yang General Karya cakapkan! Apa dah jadi?!" Syafiq sangat konfus apa yang General Karya katakan.

"Shane itu awaklah! Tak ingatkah?! Kau yang bawa....minion awak datang cerobohkan pangkalan kita!" General Rama sangat marah pada Syafiq setelah apa yang dia buat.

"Tak. Tak mungkin saya....yang bawa minion Doktor Ming datang ke sini. Kalau memang betul saya yang bawa, kenapa......saya tak ingat? Yang saya ingat......saya dibelasah teruk oleh Trez dan Doktor Ming. Minion Doktor Ming ada gigit saya kat leher. Saya dipukul teruk apabila nampak kelibat Alicia dekat dengan bangunan sekolah yang hancur. Dan saya diselamatkan oleh Alicia. Itu yang saya ingat sekarang. General Rama, berapa lama saya dirawat? Adakah kejadian sekolah dibakar berlaku semalam?"

"2 minggu lepas berlakunya sekolah dibakar. Selama 2 minggu awak pengsan tak sedar diri. Mereka yang lain pergi selesaikan misi mereka. Bunuh setiap X yang ada dalam pangkalan akademi. Kita panggil minion Doktor Ming X kerana susah nak bunuh setiap seekor. Mereka sanggup jalankan misi ini tanpa awak kerana mereka mahu tunjuk yang mereka boleh jaga diri juga. Mereka tak mahu susahkan awak jaga mereka." jawab General Bakar.

"Kalau begitu. Saya akan lawan X juga. Selesaikan misi saya. Misi kami sama jadi saya akan lawan X juga setelah apa yang dia buat. Saya akan balas dendam. Saya bergerak sekarang." Syafiq pergi dengan kemarahannya yang sangat luar biasa.

"Syafiq! Ingat. Jangan simpan terlalu banyak dendam. Kamu tahu apa akan jadikan? Seperti Doktor Ming. Jaga diri. Ingat pesan ia mungkin berguna suatu hari nanti." pesan General Jin.

"Hhm. Saya sentiasa ingat pesan general. Jangan risaukan saya. General kenal saya macam manakan. Hihihi." Syafiq berkata sambil sengih kat general supaya tidak dirisaukan.

~SITUASI ALI DAN RAKANNYA~

"Ali! Kamu buat apa? Kita perlu cari jalan keluar!" jerit Sam. "Tengahlah ni. Pintu ni ha. Payah sangat nak buka kunci." jawab Ali dengan marah. Sam beri satu tumbukan di atas kepala Ali. "Woi! Kita takde masa nak berguraulah. Cuba serious sikit. Itu bukan pintulah. Itu dinding!" balas Sam.

"AAAAH! Ini semua Shane punya kerja. Berani dia kawal minda Syafiq. Guna badan Syafiq." Affrin sangat bengang.
"Oooooh. Shane. Dia ada dalam cerita Scooby Doo, Mystery Shack." Ali dapat lagi satu tumbukan khas untuknya daripada Sam. "Itu Shaggy! Bukan Shane!"

"GGGGRRRRHHHH" bunyi tu datang dari sana! Semua pandang arah Ali. Mereka berenam siap sedia untuk hadapi X. Bunyi tu semakin dekat. Bayang-bayang mula muncul. Mereka mula menyerang dengan pantas. Apabila asap mula reda, mereka baru nampak siapa yang mereka serang. Rupanya kumpulan lain datang. Jet, Moon, Mika, Bulat, Chris, Roza dan Khai.

"Moon?! Korang buat apa kat sini? Bukan ke korang patut bunuh X arah sana? Kenapa datang ke sini?" tanya Alicia.
"Kamu nak cakap kamu dengar ada orang jerit arah sinikan?" Rudy meneka dengan betul sambil menembak X. "Ya. Kami juga nyaris kena kepung ngan X." Moon berkata sambil memandang Affrin kerana Affrin yang menjerit tadi. "Okey. Enough with the chit chat. X sudah pun kepung kita dari keempat-empat lorong. Kita terperangkap." Viktor memberitahu yang lain mereka kena kepung.

"Bukan ke sepatutnya Syafiq sudah sedar?! Mana dia?" tanya Ali "Alamak! Masa ni juga bekalan elektrik habis! Payah lah nak lawan dalam gelap." Roza membebel seorang diri. "Senyap. Cuba dengar. Ada bunyi orang menggunakan pedang untuk bunuh X. Itu..... Syafiq!" jerit Khai dengan gembira. "Syafiq! Kamu dah sedar. Baguslah. Tapi.... bagaimana?" tanya Affrin. "Panjang ceritanya. Sekarang ketua! Kamu tahu nak buat apakan. Ikut kumpulan. 1 kumpulan 1 lorong. Oh ye. Ketua, bagi cermin mata ni setiap seorang. Night vision. Semua dah ada? Berpecah sekarang!" Syafiq beri arahan dengan lancar kepada yang lain.

Semua bergerak dengan lancar seperti yang dirancang. Selesai sudah misi mereka. Mereka berkumpul semula selapas selesai misi. Syafiq ceritakan apa yang jadi selepas dia sedar. Semasa sibuk sangat mencerita, mereka lupa tentang Doktor Ming masih ada diluar depan Pangkalan Akademi Legend.

"Ehem. Kamu semua sudah lupa saya ada disini? Hello! Helloo! Woi! Aku masih kat sinilah! Aku bukan tungkul kayu yang duduk diam disini!" Doktor Ming marah dengan mereka punya perangai budak-budak tu. Lagipun mereka masih budak sekolah rendah. "Doktor Ming masih disini lagi! Korang!" Dalam ramai-ramai ahli, Ali ngan Alicia je masih perasan Doktor Ming masih di depan akademi.

"Kamu ingat sampai disini saje? Saya baru panaskan badan lah. Ini baru permulaan, tau? Saya baru je hantar minion saya. Oops, silap lah pulak. Saya hantar X saya 5 minit lalu. Serangan pertama sudah hantar. Kakakakakaka!"

"Kamu hantar kat mana, ha?" jerit Syafiq. "Kamukan dah tahu rancangan aku. Serangan pertama di...~"
"Haa? Tak! Tak mungkin kat situ?! World of ........ Pride, Lion, Knight?!"
"Kakakakakakaka!! Jumpa minggu depan. Kamu tahu mana nak cari sayakan, Shane? Hhhhmmm. Bye~ Jumpa lagi. Seronok berkenalan dengan kamu semua~" Doktor Ming dengan gembira sampai melompat-lompat. Tua-tua pun kuat tulang belakang. Doktor Ming gembira sangat sehingga tulang belakang dia gembira juga, jadi patah tulang belakang.