Thirteen

Ariana merenung pemandangan luar di sebalik balkoni kaca yang dikunci. Tanpa sedar, satu helaan nafas pendek terlepas dari bibir. Mata terkalih sambil kepala menunduk. Bermain dengan jari tangannya.

Sudah lebih sebulan dia dikurung dalam rumah agam lelaki ini. Tiada yang menarik baginya bila sekadar terperuk di dalam bilik. Tidak dibenarkan melangkah keluar sama sekali. Lelaki itu sangat mengawasi pergerakannya, sementelah pula dia pernah cuba ingin melarikan diri dahulu.

Ariana mengangkat kepala apabila bunyi pintu dikuak dari luar kedengaran. Dia segera bangkit dari duduknya. Kepala ditunduk apabila Nichole seperti sedang melangkah ke arahnya.

Kepalanya didongakkan oleh Nichole. Seakan tahu apa yang hendak dilakukan Nichole, Ariana hanya mampu merelakan. Dia tidak berdaya lagi untuk melawan. Seksaan yang pernah diterimanya sebelum ini sudah cukup menunjukkan betapa gerunnya seorang Nichole Riccardo.

Matanya dipejam rapat apabila sebuah sentuhan hangat menindih lembut bibirnya. Penuh sensasi. Tanpa sedar, ada air mata hangat yang mengalir dari kelopak mata bundar itu menyebabkan Nichole menghentikan tindakannya serta-merta. Berkelip-kelip mata Ariana, cuba menahan rasa pedih. Renungan tajam Nichole padanya sekarang semakin membuat dirinya tak keruan.

"Auch..." Keluar rintihan kecil dibibirnya apabila tubuhnya ditekan mengejut dan kasar, rapat ke dinding.

Ariana terus menunduk. Tak sanggup bertentang mata dengan Nichole. Tapi setiap perlakuannya tak pernah berjaya terlepas dari pandangan Nichole. Kepalanya didongakkan kasar oleh tangan berurat dan bertatu Nichole.

"Kenapa kau menangis?"

Ariana menggeleng laju. Cuba menafikan.

"You know, I hate liars!" tengking Nichole tak semena.

Terangkat sedikit bahu Ariana.

"No... I just..."

"Why?" soal Nichole, memaksa Ariana menjawab pertanyaannya.

"Sa... Saya nak keluar dari sini..."

"Did I tell you that you are mine?" Semakin tajam mata Nichole menikam sepasang mata bundar Ariana.

"I... I mean, saya tak... tak nak dikurung dalam bilik ni. Sa...saya nak dibenarkan keluar berjalan. Hirup udara segar..." bicara Ariana tergagap. Mata semakin menjernih.

Nichole pandang Ariana lama sebelum dia mengoyakkan senyumnya.

"I know. It's just your trick, ain't it? You will grab any opportunity if I let you..."

"No." Potong Ariana laju. Tersedar keterlanjurannya, dia menunduk sedikit sebelum kembali mengangkat wajahnya.

"Promise you, I will never step my legs out of this mansion. But please... Let me get out of this room. I felt bored..." Hujung baju kemeja Nichole dipegang. Matanya benar-benar kelihatan sedang merayu.

"You can ask your mens to guard me if you really can't trust me. I will not be going anywhere. There's no place I can go. I have no one now." Ayat yang hujung bernada berbisik. Memang itu hakikatnya. Ahli keluarganya telah mati. Itu yang dikatakan Nichole. Semakin padat dadanya apabila mengingati kenyataan itu.

Usapan jari di bibirnya, membuat mata Ariana terpejam. Dia takut Nichole akan memarahinya.

"Mark my words, Ariana. You are mine. Only mine. You can't run from me." Bicara Nichole terhenti.

Desahan hangat Nichole terasa jelas menampar permukaan kulit  leher Ariana.

"Aku izinkan kau keluar dari bilik ni. My mens will guard you. Do remember, cara... You can only be around this mansion. Or you will have to be ready for the worse punishment. I don't kid with my words." Sempat Nichole menyelitkan amaran dalam memberikan keizinan.

Mata bundar mula kelihatan Ariana bersinar. Dia mengangguk laju dengan segala syarat yang dikenakan. Dia tak kesah asalkan dia tidak lagi dikurung dalam bilik ini sahaja.

"Thank you." ucap Ariana, tanpa sedar bibir mengukirkan senyum kepada Nichole. Apabila mata Nichole dipusatkan padanya lama, baru dia sedar keterlanjurannya. Bibir digigit sedikit.

"My beautiful angel..."  bisik Nichole di telinga Ariana bersama satu kucupan di cuping telinga Ariana.

Ariana mengangkat kepala apabila terdengar derapan kaki Nichole semakin menjauhinya. Kemudian, dia hela nafas lelah. Tangan naik memegang dadanya.

Did I just hold my breath?

                        __________

ARIANA ukir senyum gembira. Ya, dia amat gembira kerana hari ini diberi kelonggaran oleh Nichole dari dikurung di dalam bilik sepanjang hari. Dia berjalan senang hati ditemani dua orang pengawal dibelakangnya dan seorang perempuan muda, salah seorang pelayan khas yang diarah Nichole untuk menemani Ariana.

Penat meneroka seluruh kawasan rumah agam Nichole, dia meminta untuk labuhkan duduk di kawasan halaman rumah besar Nichole. Ditemani Julie, pelayan khas untuknya sedikit sebanyak menghilangkan bosannya

"Why I didn't see any plants or flowers around this mansion?" soal Ariana sedikit aneh. Rumah Nichole ini besar. Bahkan sangat besar seperti mahligai kaca. Tetapi kelihatan suram kerana tidak dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan indah.

"I don't know. Capo never asked us to plant any flowers around his mansion, so we never bothered ask capo." ujar Julie sambil cuba bercanda.

Ariana mencerbirkan bibirnya. Tidakkah orang di dalam rumah ini berasa bosan tanpa pemandangan yang cantik menyejukkan mata mereka? Walau rumah agam Nichole kelihatan sangat indah tetapi jika  tiada tumbuhan yang hidup subur, bukankah itu terasa pelik?

"Hey..." Satu suara mematikan lamunan Ariana.

Ariana menoleh.

Seorang lelaki tegap berdiri tidak jauh dari Ariana. Mengecilkan pandangan ke arahnya sambil kaki perlahan-lahan mendekati Ariana.

Ariana mengerling Julie di sebelah. Wanita ini menunduk sedikit.

Siapa lelaki ini?

"Good afternoon Mr. William." Terdengar sapaan daripada bibir Julie. Ariana kerutkan kening, semakin tidak faham.

"Who is she?" soal William kepada Julie apabila sedari tadi fikiran diburu tanda tanya meskipun dia sudah dapat meneka siapa gadis di sebelah Julie.

"She is..."

"Mine." Sampuk satu suara.

Kesemua mereka menoleh. Giliran Ariana pula menunduk sedikit. Mengelakkan matanya bertembung pandang dengan Nichole.

Lelaki tegap yang berdiri di hadapan Ariana tergelak kecil. Ariana menelan liur. Tahan seram. Kenapa semua lelaki di rumah agam ini kelihatan menakutkan? Lelaki di hadapan dirinya juga tidak terlepas. Dengan corak tatu naga di pergelangan tangannya... Belum lagi senjata yang diselit pada pinggangnya.

"Finally... I got a chance to meet our big boss's girl."

William mengalihkan pandangan kepada Ariana.

"What is your name?" soal William sambil menjongketkan keningnya.

Ariana angkat kepala. Dia menatap wajah William dengan pipi yang sedikit berona. Malu sebenarnya.

Belum sempat dia menjawab, pinggangnya dirangkul oleh satu tangan kasar. Menyebabkan tubuhnya automatik kaku untuk bereaksi.

"Don't bother asking her name. What brought you here?"

William tertawa kecil. Faham dengan pandangan Nichole.

"What else..."

"Get into your room, cara. I think you had enough with enjoying this mansion scenery."

"But..."

Pandangan tajam mata Nichole mematikan kata-kata Ariana yang selanjutnya. Ariana mencebik sendirian.

"Julie, bring her into her room." arah Nichole tegas.

"Si, capo."

Julie segera berlalu dengan menggamit Ariana perlahan.

William masih mengukir senyum nakalnya melihat Ariana beredar.

"She is so cute." puji Willian tanpa khuatir akan jelingan Nichole.

Beberapa ketika, timbul gelak besar daripada William.

"Oh, hell! You should look herself when I was asking her name. She was fu*king blushing. Can you share her with me? Even a night?"

"Don't talk shitty things here. Or you better get you fu*king as* out of this mansion. Now or after I kill you."

"Okay, okay. Relax, dude. We have things to discuss." William kembali kepada tujuan utamanya bila pandangan Nichole semakin tajam kepadanya. Dia membetulkan suara terdahulu.

Nichole memberi jelingan kepada anak-anak buahnya, mengarahkan mereka beredar dari situ.

"What is it?"

William mula memberi seluruh laporan kepada Nichole. Sementara Nichole hanya bereaksi kosong. Matanya mengerling Ariana yang kelihatan di sebalik balkoni kaca tingkat paling atas rumah agamnya. Perlahan-lahan hujung bibir tertarik ke atas.

"Get our mens ready!" putus Nichole selesai mendengar laporan daripada William.

"Si."