Three

       “Words are not enough to describe how attractive you are. It's magnetic.”

                         ______

ARIANA tersenyum dan melompat kegirangan bersama rakan-rakan yang lain. Akhirnya mereka berjaya menamatkan peperiksaan terbesar mereka. Boleh la mereka bebas lepas ni. Cuma dia harus banyak berdoa agar dia dapat keputusan yang baik untuk membanggakan mummy dan daddynya.

Balik sahaja ke rumah, terus batang tubuh mummynya yang dicari.

"Mummy! Mummy!"

"Ya, mummy di sini!" sahut Puan Roseline dari dapur.

Segera Ariana mengubah langkah kakinya menuju ke dapur. Dia melihat mummynya yang sedang menyusun lauk di meja makan. Terus dia mengambil peluang memeluk tubuh itu manja.

"Aik? Balik-balik terus peluk mummy? Dah la busuk." gurau Puan Roseline.

Ariana ketawa kecil.

"Adik dah habis exam." beritahu Ariana tanpa disoal.

"Ya. Mummy tahu. Sebab itu mummy sediakan makan tengah hari khas untuk adik. Semua makanan kesukaan anak ibu yang manja ni."

Ariana mengerling makanan di atas meja. Semua makanan kesukaan dia. Ini yang buatkan dia kecur air liur ni.

"Adik nak makan sekarang boleh?"

Puan Roseline menggeleng.

"No. Adik mandi dulu baru boleh makan. Nanti jangan lupa panggil kakak dalam bilik. Daddy biar mummy yang panggil."

"Ala. Ingat dah boleh makan." Ariana merungut kecil.

"Boleh tapi lepas ni. Adik mandi dulu ya sayang?"

Mahu tak mahu Ariana mengangguk bila ibunya pujuk.

Puan Roseline menggeleng kecil melihat anaknya yang mula menaiki tangga sambil bibir melorekkan senyum sedikit. Dah besar dah anak dia. Dah habis sekolah pun. Tapi tu la, manja tak kurang pun. Makin bertambah adalah.

Selesai saja keluarga kecil itu makan malam, Encik Daniel membuka bicara pada ahli keluarganya.

"Hari sabtu ni ada majlis ulang tahun sebuah syarikat dan kita sekeluarga diundang. Jadi daddy nak semua anak-anak daddy ikut."

Ariana dan Sandra mula melepaskan keluhan kecil. Macam biasa. Mereka berdua memang susah kalau diajak pergi majlis-majlis korporat ni. Bukan apa. Disana mereka sudah boleh membayangkan betapa bosannya mereka. Tambah lagi dengan sesi, 'meet and greet' yang tak berpenghujung.

"Boleh tak ni?" Encik Daniel menyoal.

Kedua-duanya mengangguk malas.

"Tapi kan, kalau adik tak pergi takpe kan? Adik bukan orang penting." Ariana cuba untuk memujuk daddynya. Sementara Puan Roseline di sebelah mula tarik senyum sedikit. Mulalah tu nak pujuk daddy dia.

"Please, dear. Majlis ni penting sebab diadakan oleh syarikat ternama. Jangan kecewakan daddy ya." Situasi terbalik. Encik Daniel pula memujuk anaknya.

"Yelah." Ariana cuba menayangkan senyumnya walau kelihatan hambar.

"Good." Kepala Ariana diusap lembut. Ariana mengeluh sedikit.
Bosan! Bosan! Bosan! Hrmmmm.

                       
                         _________

Ketukan di luar pintu bilik kerjanya tidak dihiraukan. Mata dinginnya yang masih terpancar kemarahan dililaukan ke serata bilik. Bila dia sudah tidak tahan dengan ketukan di luar pintu bilik baru di membenarkan orang di luar masuk.

"What the fu*k you want?" jerkah lelaki itu lantang pada anak buahnya. Dia paling tak suka bila dia sedang marah ada orang menganggu.

Anak buahnya menunduk. Takut menjadi mangsa kedua bosnya. Fail yang dibawa bersama diletakkan di atas meja bosnya.
"Sorry, capo but here is the details that you asked me to. About a girl..."

"Ariana." potong lelaki dingin itu.

"Yes."

Lelaki dingin itu mula membuka fail yang diberi. Setiap maklumat yang disertakan dibaca dengan teliti. Senyum sinis perlahan-lahan terukir.

"Another things, capo. About the company's birthday party. Will this year also be running without you?"

"No. I will be going." Anak buahnya terus angkat kepala. Tidak pernah-pernah bosnya akan menyertai majlis seperti ini.  Setiap tahun dia disuruh untuk mencari orang lain bagi menggantikan bosnya.

 "Are you sure?"

 Lelaki dingin itu angkat kepala. Tajam matanya menikam anak buahnya. Bermakna dia tidak akan mengulanginya buat kali kedua.

"Va bene."

                         _______

ARIANA memandang dirinya di hadapan cermin. Tubuh kejap dipusing ke kiri dan ke kanan. Lama dia membelek dirinya sehingga terbit rasa puas hati.

"Cantik tapi nak cantik untuk siapa?" gumamnya seorang diri. Ini semua hasil seni juruandam yang didatangkan khas untuk menyiapkan dirinya dan kakaknya.

"Ariana!"

"Yes, mummy. Adik dah siap!"

Dia segera mengambil beg tangan kecil di atas meja soleknya dan beredar dari biliknya.

                         ______

ARIANA dan Sandra melilaukan mata mereka ke serata ruang di dewan besar itu. Setibanya mereka di sana tadi, memang tempat ini sudah mula dipenuhi orang. Mummy dan daddy mereka juga sudah meninggalkan mereka sebentar untuk berbual dengan rakan yang lain selepas memperkenalkan mereka.

"Sandra!" Seorang perempuan mula mendekati mereka.

"Liana. Kau buat apa kat sini?" Teruja Sandra bila berjumpa rakannya di sini. Taklah dia rasa bosan sangat.

"Teman papa aku. Kau?"

"Same reasons."

Mereka berdua mula mencebik.

"By the way, come and join us. Boleh borak kat sana."

"Okay tapi adik..."

Ariana menggeleng.

"Takpelah. Nanti adik datang sana." Lembut dia menolak ajakan kakaknya. Bukan apa cuma dia tak selesa dengan rakan seusia kakaknya.

"Janji nanti adik datang?"

"Ya. Janji." Ariana ketawa kecil sebelum melihat kakaknya beredar dari situ.

Dalam tak sedar dia mencebik seraya melepaskan keluhan kecil. Semua orang dengan kawan diaorang. Dia seorang aje kesunyian kat sini.

Kemudian ada seorang pelayan lelaki datang mendekati untuk mempelawa dia mengambil minuman. Dia menggeleng. Pelayan itu juga beredar. Buat masa sekarang dia tak terasa nak minum apa-apa. Tekaknya belum haus.

Ariana menggosok lehernya perlahan. Dia tidak biasa berdiri keseorangan di sini. Entah kenapa dia mula rasa seperti ada mata yang memandangnya. Bila dikerling, tiada siapa yang dilihat sedang memandangnya. Semua sibuk berbual antara satu sama lain.

Ariana mula rasa tidak selesa. Dia mula beredar untuk ke tandas. Rasa betul-betul tak selesa berdiri di tengah dewan seperti boneka.

Dia menenangkan dirinya di dalam tandas. Nafas ditarik perlahan kemudian dihembus berulang kali. Lama dia berdiri di situ sebelum dia mula ingin mengangkat kaki beredar dari situ.

"Kau tahu tak tahun ini ada perbezaan kat majlis ni?"

Langkah kaki Ariana berhenti seketika. Telinganya mencuri dengar perbualan mereka yang turut berada di dalam tandas.

"Well, changes are needed. Memang setiap tahun majlis ni nampak berbeza pun."

"That's not my point. Tahun ni pengarah urusan syarikat yang menganjurkan majlis ni sendiri hadir. Sebelum ni orang lain yang gantikan."

"Seriously? What a lovely suprise!"

"Aku tak pernah tengok muka dia. Tapi aku banyak dengar khabar angin tentang pengarah syarikat Julian co. Ramai orang kata dia hot."

"Aku pun dengar macam tu. Tak sabar aku nak tengok bila dia bagi ucapan nanti."

Kemudia dua wanita tadi tergelak.

Ariana mengerut kening. Itu aje. Kalau lelaki tu hot pun apa masalahnya kecuali dia tertarik pada wanita tadi. Kali ini Ariana betul-betul beredar dari tandas.

Tetapi bila beberapa langkah dia keluar, terasa tangannya ditarik. Dia ingin menjerit tetapi mulutnya telah ditekup. Matanya tidak mampu dibuka kerana ketakutan.

"Ermmm... Ermmm." Dalam hatinya mula berdoa agar dia tidak diapa-apakan.