Twelve

"I'm-Your-Man. Don't make me repeat my words."-Nichole Riccardo

~___________~

"MUMMY... Daddy!"

Tersentak tubuh Ariana. Separuh badan terangkat laju dan mata segera dibuka. Peluh sudah merenik di dahi. Ditambah dengan dada berombak laju, membuat Ariana sedaya-upaya menstabilkan pernafasannya.

Dia meliarkan mata ke persekitaran. Kerutan mula timbul di dahi. Bukankah dia berada di dalam bilik seksaan semalam? Bagaimana dia boleh tidur di atas katil?

Bunyi pintu bilik air dibuka menyebabkan pandangan berkalih. Lelaki bengis itu baru keluar dari tandas...

Automatik tubuh Ariana mengesot ke belakang. Sisa takutnya masih ada setelah apa yang dilakukan oleh lelaki itu semalam. Melihat lelaki itu semakin mendekatinya, tubuh Ariana mula bertindak balas. Sedikit menggigil.

"My beautiful angel has awake." bisik suara garau itu perlahan. Tangannya yang cuba mengusap kepala Ariana ditepis kasar.

Nichole menjongketkan hujung bibirnya. Menarik.

"Don't-touch-me." bisik Ariana dengan suara di celah gigi. Namun, air mata masih mengalir membasahi pipi.

Nichole terseringai jahat. Dia menunduk. Merapatkan wajah dengan Ariana. Sebelah tangan memegang sisi katil.

"Believe me, cara. You need me. You have no one now besides me.... Your man..." Suara garau itu menampar gegendang telinga Ariana. Desahan hangat jelas terasa di cuping telinganya. Ariana memusingkan kepala bila lelaki itu menggigit telinganya. Geli. Seram.

"But... You are not my family." ucapnya polos. Dia menggigit bibirnya yang masih tinggal sisa getaran.

Lelaki itu ketawa kecil. Meliarkan tangan bertatunya, mengusik anak rambut yang menutupi wajah Ariana. Kepala Ariana didongakkan dengan ibu jarinya. Mata perangnya menusuk tajam ke dalam sepasang mata bundar milik Ariana. Mata yang mempesonakannya buat pertama kali. Mata yang sentiasa menaikkan rasa ghairah dalam dirinya dan juga... bibir Ariana.

Sepantas kilat bibir Ariana sudah berada dalam taklukan Nichole. Ariana sedia menegah dengan tangan sedikit menolak dada bidang Nichole, namun lelaki itu bagaikan sengaja meraih tangan Ariana dan mengubahnya. Melilitkan tangan kecil Ariana di leher bertatunya. Ciuman semakin diperdalamkan oleh Nichole. Hangat dan sensasi. Hampir sesak nafasnya di bawah taklukan Nichole tapi kehangatan ciuman Nichole menyebabkan dia terpaksa menyerah. Tewas.

Pagutan dileraikan. Nichole mengusap pipi mulus Ariana seketika. Gadis itu masih memejamkan mata sebelum dibuka dan pandangan mata mereka bertemu.

"Kau milik aku, Ariana. Selamanya. Aku tak izinkan kau lari daripada aku." Selesai mengucapkan ayatnya, bibir mungil Ariana kembali dicari. Buat kesekian kali bibirnya dipagut, Ariana tidak lagi menolak. Hanya membiarkan. Entah kenapa tindakan tidak seiring dengan rasa hatinya. Dia masih marah akan Nichole tetapi mengapa tubuhnya seakan tidak mampu menolak sentuhan Nichole? Malah dirinya sentiasa mencari tubuh Nichole ketika dalam kekecewaan.

Perlakuan mereka terhenti bila beberapa ketukan mengganggu mereka. Nichole menjeling tajam ke arah pintu sebelum bergerak membuka pintu. Sempat Ariana tangkap sebaris makian keluar dari mulut lelaki itu.

"What fu*k do you want?"

"Mi dispiace, capo. Someone wants to meet you." (I'm sorry, boss.)

"Who's the he*k?"
 
"It's William."

Nichole berubah riak. Bagaikan memang menanti kehadiran lelaki tetamunya itu.

"Ask him to wait."

"Va bene."

Pintu terus ditutup lelaki itu. Ariana hanya melirik tubuh Nichole yang menghilang di sebalik tempat persalinan dan kini sudah lengkap berkemeja. Segak dan kemas tapi masih terselah pelbagai corak tatu yang menghiasi kulit tangan dan lehernya. Belum termasuk yang tersembunyi iaitu badan lelaki itu.

Lelaki itu menuju ke arah Ariana.

"Do remember what I told you. Behave yourself or..."

"I know." cantas Ariana perlahan sambil menunduk.

Nichole senyum senget. Satu kucupan dijatuhkan pada ubun-ubun Ariana sebelum beredar meninggalkan bilik itu.

Ariana mengangkat wajah. Tangan perlahan naik menyentuh bibir. Terkelip-kelip matanya sambil berfikir.

'Is he really created to be my man?"

Tapi dia tak suka lelaki kasar dan bengis. Lelaki itu menggerunkan. Segala tingkah lelaki itu kelihatan menakutkan termasuk pandangannya.

'Tapi kenapa aku selalu jatuh dalam sentuhannya?' akalnya menyoal sendiri. Ariana diam. Terdengar keluhan nafas berat keluar dari bibirnya.

I hate myself right now.

                        _______

"GOT a better things to do, ha?" sapa seorang lelaki yang santai duduk mengangkat sebelah kaki ke sebelah lagi pehanya. Asap rokok berpusu keluar dari rongga mulut dan kerongkongnya. Satu senyum kacak terlakar di bibir.

"None of your business. When it comes to work, strictly to the business. Don't mess into my life." Nichole mengambil tempat di sofa empuk yang terdapat di ruang khas untuk tetamunya. Muka serius dipamer.

"Woo, the devil has comeback. Chill up, man. Just curious cause I've been heard you brought a girl into this house. I wonder who is she..."

"Don't make me repeat my words..." Sebuah pistol ditarik dari celah pinggang. Diletakkan ke atas meja tanda amaran.

William hanya memerhatikan perbuatan Nichole tanpa rasa gentar. Dia sudah biasa dengan ancaman Nichole. Ugutan Nichole sudah serasi padanya. Tetapi jangan ambil mudah, ada masanya lelaki ini tidak menggunakan ugutan untuk melemahkan musuh tetapi nyawa di kalangan mereka.

"Kau tahu tentang Black Snake?"

Nichole memandang tajam. Tangan mengusap dagu tajamnya.

"That stupid old man. Nothing better he can do than making chaos."

"He still alive. I heard what's been happened with his party. That was you, right? You were the one who gave all his information to his enemy. And you almost killed him that night."

Nichole selesakan tubuhnya. Muka kekal tidak beriak.

"That was my last warning. Aku akan bunuh dia bila-bila masa aku suka. Lucky him. Sepatutnya malam itu juga aku bunuh dia."

"And why you didn't do so?"

Nichole tarik senyum.

"I lost his life but I got my angel."

William turut ikut sengih. Dia pandang wajah Nichole.

"Aku harap aku berpeluang jumpa perempuan tu."

"Don't bother her. She's fu*king mine. Sekarang, aku nak kau cari lelaki tua tu. Find and bring him to me. He wants to play and let's play along. Let's see how long he takes to die."

Riak ngeri jelas terpapar di wajah Nichole.

William menggeleng perlahan sambil ketawa kecil. Menyembunyikan seram dengan bicara Nichole. This devil... Never give a damn on people's thought of him. Really a devil!

"Another one, aku nak kau uruskan sesuatu untuk aku..." Pistol yang berada di atas meja diputar-putar dengan jarinya. Diangkat dan dikucup.

She is mine. No one can take her from me.