Five

"GIVE a big applause to our chairman of Julian co. , Mr Nichole Roccardo."

Serentak itu, dewan yang sedang mereka berada sekarang bergema dengan tepukan gemuruh para tetamu.

Ariana hanya melihat kelibat seorang lelaki yang sedang menaiki pentas dewan. Lelaki itu menaiki dewan sambil menundukkan kepala membetulkan tuxedo hitam yang dipakainya. Apabila tiba di hadapan mikrofon, lelaki itu panggung kepala.

Semua wanita dan para gadis mula berbisik antara satu sama lain.

"He looks so hot."

"His sexy body..."

"He's damn hot with his sexy tattoes on his hand."

Dia hanya melihat. Mata dikecilkan. Memfokuskan pandangan pada objek yang disebut mereka. Seketika, pandangan dia dengan lelaki yang berada di atas pentas bertaut. Dia mengerut kening sedikit. Lelaki di atas pentas itu...
Lelaki sama yang menciumnya tadi! Ternyata lelaki itu ialah pengarah urusan Julian co. Yang sering disebut-sebut oleh para wanita. Dia mula jadi tidak yakin dengan dirinya. Jika dia menceritakan kejadian sebenar, adakah kakaknya akan mempercayainya? Dan jikapun kakaknya mempercayainya apa yang boleh dilakukannya? Lelaki itu seorang yang berpengaruh.

"First of all, I would like to thanks for all who coming tonight. Nothing much to say. Just thank you."

"Oh, I forgot something. Actually, no reason for me standing here except the arrival of someone who brought me here. Alright, enjoy your night."

Dia mengangkat sedikit kening. Agak kurang mengerti dengan apa yang lelaki itu katakan tetapi dia merasakan seperti ada kaitan dengan dirinya.

Seisi dewan mula bertepuk tangan bila lelaki itu turun dari pentas. Ramai ahli korporat mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan lelaki itu.

Ariana mula tak senang hati. Dia ingin pulang. Tak betah dia berlama-lama di situ.

"Akak, adik nak balik."

Sandra pandang adiknya. Kemudian, dia melihat mummy dan daddy mereka sedang memanggil mereka berdua.

"Tapi, mummy dan daddy tengah panggil kita. Kita pergi kat mummy dengan daddy dulu. Nanti, akak cakap dengan daddy adik nak balik."

Sandra cuba memujuk adiknya. Dia tidak tahu punca adiknya tergesa-gesa nak balik tetapi dia cuba memujuk adiknya.

Ariana mengangguk. Segera dia mengikuti langkah kakaknya. Kalau boleh dia ingin pulang segera.

Sampai pada mummynya terus kucupan mummynya singgah di pipinya.

"Macam mana majlis ni? Seronok tak?" Puan Roseline bertanya.

Ariana hanya tersenyum nipis.

"Are you okay, dear?" Puan Roseline bertanya lagi. Sekadar tidak puas hati menerima jawapan anak bongsunya.

"I'm okay." Ariana cuba menyedapkan hati mummynya. Lengan Puan Roseline dipeluknya.

"Okay then. Mummy dengan daddy nak kenalkan Ariana dengan Pengarah Syarikat Julian co. Ni, kenalkan Mr. Nichole Roccardo."

Saat itu, baru Ariana perasan akan lelaki yang sudah lama berada di kalangan mereka. Atau lebih tepat memandangnya.

Dia cuba mengukir senyuman sedikit pada lelaki di hadapannya walaupun jelas senyumannya kelihatan hambar.

"Get know to both of my lovely daughters, Sandra and Ariana."

"I'm Sandra."
Sandra menundukkan kepala pada lelaki yang berdiri bertentangan dengannya. Senyum ditayangkan sopan. Bila berdiri lebih dekat, lelaki ini nampak lebih kacak.

"You?" Mata dingin lelaki itu melirik pada Ariana yang sedang memeluk lengan mummynya. Sengaja dia bertanya walaupun sebenarnya dia sudah tahu.

"Ariana." jawab Ariana ringkas. Seperti tidak mahu menjawab.

Tiba-tiba terdengar suara lelaki itu tergelak sinis. Ariana memandang lelaki itu. Tidak tahu apa yang lawak dengan dirinya.

"She looks so cute." puji lelaki itu. Penuh maksud tersirat yang tidak dapat ditangkap oleh keluarga Ariana.

"Yes, she is. Indeed, she is our beloved youngest daughter. Spoiled girl who always wants more attention rather than her sister. Therefore, a man who wants to approach her has to pamper her for first of all."

Encik Daniel ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Lelaki itu juga terlihat seperti menarik senyumannya yang sinis.

"Perfectly. I can be that man." kata lelaki itu sambil mata melirik kepada Ariana. Mummy dan daddy Ariana juga ketawa memikirkan itu ialah gurauan Nichole tanpa sedar ada maksud yang ingin disampaikan pada Ariana.

Ariana memandang Nichole dengan jelingan tajamnya. Dia pura-pura ketawa kecil. Ketawa yang mengundang perhatian lelaki itu.

Nichole mengangkat keningnya.

"Sure you can but I do not like men older than me. We might have different levels of thinking. That's not even a romantic love story."

"But the man who older than you can give you different levels of experience. The experience of love. Besides, love cannot be measured by age."

Ariana mencebik mendengar jawapan lelaki itu.

"Yeah, you are right." Ariana menutup kata-katanya dengan memberi sepenuh kemenangan pada Nichole. Dia tahu dia pasti akan kalah juga bila berbicara dengan ahli korporat seperti lelaki itu. Lagi pula, bukannya dia akan bercinta dengan lelaki itu. Siapa juga yang akan memilih untuk hidup bersama lelaki itu?

Lelaki yang nampak bahaya. Bersembunyi di sebalik kedinginannya.

                        ?? ?

ARIANA merebahkan badannya yang lemah di atas katilnya. Mata  dipejam rapat. Udara disedut perlahan. Mengusir jauh segala kepenatan dari majlis yang dihadirinya tadi.

"My angel..."

Kedua-dua matanya automatik terbuka. Ditoleh ke sisi kiri dan kanannya. Tiada orang lain tapi kenapa telinganya seolah mendengar bisikan lelaki tadi.

Dia memejamkan matanya semula.

"My beautiful angel..."

Dia mengangkat separuh tubuhnya. Kenapa bayangan lelaki tadi seolah bermain di matanya?

Arghhh! Get rid of him from your mind, Ariana!

Dia memegang bibirnya. Menyentuh lembut sekitar itu. Tempat di mana ciumannya telah dirampas.

Nichole Riccardo

Lelaki pertama yang telah mencuri ciumannya.

Segalanya bagai turut dicuri lelaki itu apabila mengingatkan ciumannya telah dirampas. Semuanya seperti turut hilang dibawa lelaki itu.

He's something... Bad, dangerous yet he is full of evil's sides.

But...

He's so tempting. So hot. Like no one can resist him.

What does it feels like when you are spending your whole life with the devil? The devil who can kill you with his attraction?

Arghh! You might lose of your mind! Why you should bother yourself thinking 'bout him?

Segera dia mengusir jauh bayangan lelaki itu. Mungkin dia memerlukan rehat yang cukup. Harap sahaja bila dia buka mata pada esok pagi segala bayangan tentang lelaki tadi sudah diusir. Jauh dari fikirannya.

Dia bangun dari katil. Menuju ke bilik air. Dia belum menggantikan bajunya lagi. Dia juga perlu menggosok gigi dan mencuci mukanya.