Ten

"I am not the man who you expected to be. I am a devil." - Nichole Riccardo

_______

"MADAM, capo asked you to get your lunch."

Ariana menoleh. Memandang susuk tubuh seorang wanita tua yang menghantar makanan ke biliknya. Sudah hampir seminggu dia tidak melihat Nichole di rumah jauh sekali bercakap dengannya. Ingin sekali dia menyoal lelaki itu atas sebab apa dia harus dikurung di sini tapi dia takut bila bertentangan dengan mata perang lelaki itu.

Wanita tua yang ingin beredar dari bilik Ariana berkalih bila suara Ariana memanggilnya.

"Can I meet your boss? Where is him?"

Wanita tua itu menunduk.

"Sorry, madam. Capo is not around. He seems to be so busy this lately. He might not be home for a week." beritahu wanita tua itu sebelum benar-benar beredar.

Ariana memandang lama pintu yang sudah terkatup rapat.

Lelaki itu tiada di rumah. Apa yang harus dilakukannya? Gaya dia tidak jauh beza seperti burung dalam sangkar. Dikurung  tanpa dibenarkan ke mana-mana. Dia juga ingin menikmati udara di luar.

Dia ingin keluar tapi dia tahu ada penjaga yang selalu mengawal kediaman lelaki bertatu ini. Dia mengalihkan pandangan. Merenung lama pada tingkap biliknya. Seketika, dia mula berfikir akan sesuatu.

Dia bangkit dan menjenguk ke bawah melalui tingkap itu. Rumah lelaki ini kelihatan sangat tinggi. Dia jadi was-was akan rancangannya. Tetapi dia perlu yakin. Dia harus! Demi melarikan diri daripada lelaki yang tidak dia kenali itu.

Ariana memandang pula ke arah susuk tubuh lelaki yang mengawal di halaman rumah mewah ini. Boleh ke dia melepaskan diri daripada lelaki itu? Bagaimana jika dia ditangkap nanti? Anak buah Nichole bukan sedikit. Dia memejamkan mata. Cuba menambahkan keyakinan dalam diri.

Dia tekad. Dia harus cuba melarikan diri dari sini. Belum tentu dia akan ditangkap jika dia belum mencuba. Tapi sekarang bukan masa yang sesuai. Mungkin dia perlu menunggu sehingga lewat malam di mana dia kira masa yang paling sesuai.

                          ______

ARIANA terus memerhati sekeliling rumah agam milik Nichole. Kepalanya menunduk ke bawah melihat beberapa orang pengawal masih lagi berjaga di sekitar rumah. Berdiri tegap seakan tidak gentar kepada ancaman musuh.

Satu keluhan terbit di bibir halus Ariana. Bagaimana aku nak larikan diri kalau anak buah lelaki tu begitu setia di situ tanpa berganjak sedikitpun? Belum lagi yang termasuk di dalam rumah. Mesti hampir belasan orang... Atau mungkin puluhan orang?

Ariana mundar-mandir seketika di dalam bilik dimana dia telah dikurung. Sangat luas dan kelihatan mewah namun tak cukup menarik perhatiannya untuk terus tinggal di sini. Dia amat rindukan keluarganya. Bagaimana kalau ahli keluarganya sedang merisaukan dirinya? Dan... Salah satu alasan lain dia mahu pergi adalah kerana dia takut dengan Nichole... 

Dia tak tahu apa yang lelaki bengis dan dingin itu mahukan daripadanya tetapi pandangan mata lelaki itu sentiasa kelihatan menggerunkan. Sentuhan lelaki itu... Entah kenapa tubuh dia sering kaku bila disentuh lelaki itu. Seakan terjatuh dalam pesona lelaki bengis itu. Tidak! Dia tak boleh leka! Lelaki itu telah menculiknya. Ingat Ariana! Lelaki itu yang bawa kau ke sini.

Dalam matanya meliar, dia terpandangkan satu botol wain yang isinya kosong dalam tong sampah kecil di hujung bilik. Tingkahnya berhenti seketika. Berfikir.

Tanpa membuang masa, dia mengambil boto kaca itu dan dipecahkan kuat jatuh ke lantai. Satu serpihan kaca yang agak besar diambilnya segera. Berbaur rasa takut, dia beranikan diri menghiris tapak tangannya sehingga kelihatan aliran darah merah laju mengalir keluar jatuh menitis ke lantai. Segera dia tahan tangisan yang hendak terlerai dengan mengemam rapat bibirnya.

"Anyone, please help me!" Jeritnya kuat di dalam bilik.

"Anyone..."

Tak sampai seminit, muncul satu kuakan di pintu biliknya. Dua orang anak buah lelaki bengis itu tiba di biliknya.

"Please help me... It's hurt..." Perlahan suaranya, melirih. Matanya memohon simpati daripada anak buah Nichole.

Seorang lelaki hendak mendekati Ariana tetapi seakan ditahan oleh rakannya.

"Devi essere pronto a perdere la testa se osi toccare la sua ragazza ."(You need to be ready to lose your fu*king head if you dare to touch his girl.)

"And we two might lose our head if capo knows she tried to kill herself in his room." jawab rakannya tadi.

Lelaki yang terhenti langkahnya tadi terus mendekati Ariana. Seperti Nichole, dengan riak dingin melihat keadaan tangan Ariana. Lelaki itu melarik senyum sedikit. Senyum yang agak sinis.

"You hurt yourself, capa. You might be punished by capo if he knows you tried to kill yourself."

Ariana termanggu seketika.

"You can't fool us." sinis lelaki itu menyambung

Ariana tak peduli. Dia terus merintih. Tetapi bila tangan lelaki itu hendak menyentuhnya segera dia hiris kuat pergelangan lelaki itu dengan kaca yang sedari tadi di genggamannya.

"Sh*t!" sumpah lelaki itu.

Dia cuba bangun tetapi Ariana terlebih dahulu menendang celah kelangkangnya menyebabkan dia meringkuk jatuh seketika. Satu lagi torehan besar dan dalam di kakinya dibuat oleh Ariana. Menjadi punca lelaki itu tidak dapat bergerak ke mana-mana buat seketika.

Seorang rakannya yang sedari tadi memerhati di muka pintu mula mendekatkan dirinya. Melihat lebih dekat akan apa yang berlaku pada kawannya.

Kegusaran mula berputik di hati Ariana. Kaca yang tajam di tangannya mula diacahkan di sekeliling tanpa arah yang pasti.

"Damn you. What have you did to him?" Terdengar desahan nafas lelaki itu. Cukup menggerunkan Ariana. Tetapi cuba dikawal riaknya sebaik mungkin. Hatinya kian resah sebenarnya. Risau jika anak buah Nichole yang lain turut menuju masuk ke biliknya.

"Let me go." bisik Ariana jelas, satu persatu.

Lelaki itu hanya ketawa. Kening Ariana sedikit berkerut dengan reaksi lelaki itu sebelum dia tersedar lelaki itu cuba menapak laju ke arahnya. Dia ingin menghiris lengan lelaki itu tetapi nasibnya malang bila lelaki itu terlebih dahulu menangkap pergelangan tangannya.

Meronta Ariana apabila mulutnya ditekup lelaki itu. Tangannya dikilas ke belakang menyebabkan dia menjerit sakit.
Mummy... Daddy... Tolong adik...

"Shut your mouth or I will kill you." bisik lelaki itu di telinga Ariana.

Ariana terus menggigil dalam dakapan anak buah Nichole. Lelaki itu dekatkan wajahnya ke leher Ariana. Seakan menghidu aroma dari tubuh badan kecil itu.

"Now I know why capo fu*king badly want you." Lelaki itu tergelak jahat. Leher Ariana dijilatnya.

Bergetar bibir Ariana. Akalnya tak henti-henti menyalahkan dirinya kerana tindakan bodohnya yang mendatangkan sia-sia.

Tangannya yang dikilas lelaki itu ke belakang tubuh cuba meraba badan lelaki itu sedikit sebelum menangkap sesuatu di celah pinggang lelaki itu. Seakan pistol rasanya. Perlahan-lahan dia ambil saat lelaki itu begitu leka dengan nafsunya. Pantas kakinya dihayun sekuat hati ke belakang dan ditendangnya kelakian lelaki itu. Lelaki itu berdesis kuat.

Melihatkan lelaki itu bangun segera Ariana melihat dengan pasti apa yang ada ditangannya. Pistol! Bergetar sedikit tangannya tetapi dia tak mahu bazirkan masa. Segera dia mengacukan pistol itu kepada dua orang anak buah lelaki itu dengan tangan yang menggigil.

Dua orang lelaki itu pegun di kedudukannya. Memandangnya dengan mata yang penuh ketakutan. Tapi... kenapa dia rasakan pandangan mata itu bukan terarah untuknya?

Dia menoleh sedikit kepala ke belakang. Tangannya semakin hebat menggigil. Lelaki itu...

Beberapa tepukan mula bergema di dalam bilik tersebut. Tangannya yang sedang memegang pistol jatuh melorot ke sisi.

"I amazed by you, cara. Your performance looks amazing!" Pujian yang diterima tetapi menghantar amaran maut ke serata tubuhnya.

"You... How come..."

Nichole menarik senyum sinis.

Dia melirik anak buahnya yang menunduk di belakang Ariana. Bibir tersenyum herot.

"Now I found two bit*hes who can't do their work while they live peacefully in my hell."

"Please, capo... We..."
Pistol yang sentiasa diselitkan di pinggangnya ditarik keluar dan beberapa tembakan dituju pada salah seorang anak buahnya tanpa mahu mendengar alasan yang bakal diberikan.

"Stop it!" Jeritan Ariana tidak cukup menahan segala tingkah Nichole. Ariana menunduk dengan bahu terhinggut-hinggut menangis bila aroma darah mula menyelubungi bilik yang dia sedang berada... Lelaki itu benar-benar marah dan dia yang menaikkan amarah lelaki itu.

Tangan Nichole yang hendak mengacukan pistol ke seorang lagi anak buahnya terhenti seketika bila tangan kecil Ariana menahan. Dia memandang Ariana tajam. Gadis kecil itu menggelengkan kepalanya beberapa kali dengan pandangan berbalam. Seakan menghantar isyarat, "Don't kill him." Dia mengusap kepala Ariana dengan riak tak berperasaannya sebelum menarik kepala Ariana Ke dadanya. Kedengaran beberapa butir bicara keluar dari mulutnya.

"Tenang. Giliran kau menerima hukuman daripada aku selepas ini." bisik suara garau itu tenang, menusuk tajam ke pendengaran Ariana.

Terjerit kecil Ariana bila mendengar beberapa lagi bunyi tembakan menghiasi suasana malam. Tangannya menggengam erat baju kemeja Nichole. Tak sanggup melihat pembunuhan ngeri yang berlaku berdekatannya. Bercucuran air matanya mengalir ke permukaan pipi sebelum suasana hening kembali mengambil tempat setelah beberapa lama dihiasi dengan pekikan dan jeritan.

Satu kucupan terasa diliarkan di kepalanya. Buat beberapa ketika, terdengar desahan hangat lelaki itu. Ariana masih menggigil di dakapan lelaki itu.

"Anthony!"

Satu derapan kaki kedengaran melangkah laju ke bilik mereka.

"Cut their bodies into pieces and ready to serve their bodies as Derrick supper." Nichole menarik hujung bibirnya. Singa belaannya pasti sedang lapar di tempat kurungannya.

"Si, capo."

Beberapa anak buah yang lain diikuti Anthony masuk ke bilik Nichole dan mengangkat dua mayat anak buahnya.

Nichole mengerling Ariana yang masih menggigil di pelukannya. Pinggang ramping itu diusapnya halus.

"Now this is time to give you punishment."


________=]________

^_^ Sorry sebab ada sedikit scene kekejaman. Tapi... Memang itu perangai Nichole pun. That's why he is being called heartless man. Nothing to be suprised. Sorry again. Boleh bagitahu kalau ada yang tak sanggup baca scena macam ni. Nanti saya marah Nichole tu.