Six

      “You will not be able to get me off from your mind. Your efforts are useless as long as you still think of me.”

                          _________

“Mummy, mummy, mummy... Please! Bolehlah..." Ariana terus-terusan merengek. Tubuh mummynya dipeluk erat. Tak bagi ruang langsung untuk mummnya bergerak.

Begitulah perangai dia. Kalau kemahuan dia tak diikuti, melekat la dia dengan orang tu sampai ke malam.

"No. When I said no, it's mean..."

"No." Ariana memotong laju. Tahu jawapan mummy.

"Ala, mummy. Adik nak keluar kejap je. Adik dah besar. Bolehlah mummy..." Dia masih tak berputus asa.

"Mummy tak percaya adik ke?" Ariana mengelipkan matanya. Senjata kegunaan harian!

Puan Roseline lebih bijak. Tak dipandang langsung muka Ariana. Tak nak jadi lemah dengan rayuan anak bongsunya.

"Mummy!" Ariana merengek. Tubuh Puan Roseline digoncong. Kalau budak lima tahun tengok mesti budak tu keliru. Tak tahu siapa budak sebenarnya! Budak tu atau Ariana!

"Mummy memang kurang percaya dengan adik. Tak ingat ke masa adik umur 12 tahun? Masa tu mummy tengah beli buah, adik pulak sibuk pergi tempat lain. Puas mummy cari adik. Akhirnya mummy jumpa adik dengan sorang lelaki, nasib baik dia ada. Dia kata adik nyaris nak kena culik." Puan Roseline mula mengingatkan Ariana tentang cerita ketika Ariana masih kecil.

"Tapi masa tu..."

"Lepas tu, masa adik umur 15 tahun. Beberapa tahun lepas. Masa mummy dengan daddy lepaskan adik keluar dengan kawan. Konon nak tengok bunga api malam merdeka. Tapi adik dapat tengok bunga je sebab kat situ ramai orang dan adik sesat. Adik telefon mummy malam-malam sambil menangis cakap adik nak balik. Adik dah lupa?"

Ha! Bila strategi tak berjaya, benda lain pulak yang berjaya. Berjaya membuat Puan Roseline mengimbau kenangan payau Ariana dahulu!

"Masa tu adik muda lagi. Sekarang adik dah besar. Adik takkan sesat lagi. Promise!" Lima jari diluruskan ke atas sambil memandang mummynya dengan penuh yakin.

"Habis, umur 17 tahun ni dah besar la ye? Dah boleh lawan orang? Dah takkan call mummy sambil nangis-nangis?"

"Adik keluar dengan kawan. Kawan adik ramai. Boleh tengokkan diri masing-masing." Ariana masih cuba meyakinkan Puan Roseline.

"Kawan tak kawan. Adik tetap tak boleh keluar. Kalau tak, mummy bagi tahu daddy."

Bila nama daddynya disebut, terus Ariana diam. Tidak lagi membantah seperti tadi. Kalau bagitahu Encik Daniel, lagi teruk dia kena ceramah.

"Yelah. Adik duduk bilik aje. Tak payah keluar. Tak payah jumpa siapa-siapa. Tak payah makan." Ariana mengangkat kakinya untuk naik ke bilik. Nak lancar perang dingin!

Puan Roseline memandang tubuh anaknya yang menghilang disebalik tangga. Dia mengeluh sedikit. Ariana ni bukan boleh dibiarkan. Kalau tak, sampai ke malam tidur tak nak makan. Tak nak jumpa sesiapa. Merajuk dia... Kalah budak kecik!

Puan Roseline berfikir seketika. Mencari idea. Dia tersenyum apabila satu idea muncul di kotak fikiran.

                         ______    

ARIANA hanya terus-terusan melayan lagu di telefonnya. Tak dihiraukan ketukan pintu bilik yang memanggilnya untuk keluar. Sengaja buat tak dengar.

"Adik... Ni akak ni. Bukaklah pintu ni."

"Tak nak. Adik tahu, mummy suruh akak pujuk adik. Adik tak nak bukak pintu melainkan mummy izinkan adik keluar. Titik!"

Sandra mengeluh di luar pintu. Keras betul kepala Ariana ni.

"Takpa la kalau adik tak nak bukak pintu ni. Sebenarnya, akak cadang nak ajak adik teman akak keluar tapi adik macam tak nak aje. Akak boleh pergi sorang."

Ariana toleh kepala ke pintu. Dia tersenyum walaupun tidak dapat dilihat kakaknya. Lagu di telefon ditutup segera. Berlari dia segera ingin membuka pintu bilik bagi menghalang kakaknya beredar dari situ.

"Betul adik boleh keluar?" Segera dia mengajukan pertanyaan pada kakaknya yang ingin bergerak ke bilik. Nada teruja jelas dipamer.

Sandra sembunyi senyum. Akhirnya...

Sandra mengangguk sekali.

"Boleh. Akak dah bagitahu mummy tadi. Mummy tak halang." yakin Sandra.

"Yeayy!!" Ariana melompat keriangan. Tubuh kakaknya dipeluk erat.

"Kejap ek. Adik nak tukar baju."
Segera dia memboloskan diri ke dalam biliknya lagi. Tak sabar ingin keluar. Takpelah keluar dengan Kak Sandra pun janji dapat keluar.

Sandra mengerling mummynya yang tadi memerhati. Kening dijongketkan bersama bibir yang tersenyum nipis.

Puan Roseline tersenyum. Dia sudah boleh agak. Jika kakaknya yang memujuk pasti jalan. Lagipula, dia tidak terlalu risau mengizinkan Ariana keluar jika ada anak sulungnya yang menjaga gerak-geri Ariana.

                          _____

ARIANA memerhati sekitar jalan yang mereka lalui. Dia mengerling kakaknya dengan wajah teruja.

"Akak, kita nak pergi mana?" Dia menyoal Sandra di sebelah yang sedang memandu. Tak sempat dia bertanya sebelum mereka keluar rumah.

"Hari ni, adik kena teman akak shopping sebab Isnin minggu depan akak ada sesi temu duga. Jadi akak nak beli baju yang sesuai."

Ariana membulatkan mulutnya membentuk huruf 'O'. 

"Ok!" balas Ariana dengan nada teruja.

"Tapi, adik pun boleh shopping jugak kan?" Saja Ariana menyoal. 

"Mestilah boleh. Akak belanja."

"Betul ni?"

"Betul la. Tapi sebelum tu, kita pergi makan dulu sebab sebelum keluar mummy cakap ada orang tu tak sempat makan nasi tadi. Kan dia merajuk tadi." Perli Sandra sambil ketawa kecil.

Ariana mencebik.

"Bukan merajuk tapi adik memang tak lapar."

"Yelah tu."

Kedua-dua mereka bergabung. Menghamburkan tawa masing-masing. Tanpa sedar ada mata yang sentiasa diarah mengekori si gadis manja itu. Segala tindak-tanduknya pasti akan dilaporkan kepada seseorang nanti.