Fourteen

Ariana keluar dari bilik mandi dengan bathrobe yang sedia diikat kemas pada pinggang. Tuala yang berada di tangannya ligat bergerak bagi mengeringkan rambutnya. Dia menghentikan tingkahnya. Tangan lembutnya dilalukan di setiap inci lengannya. Terasa lembut. Mummynya selalu berpesan supaya sentiasa menjaga kulit dan tambah mummynya, Ariana bertuah kerana sehingga dewasa kulitnya masih selicin bayi.

"Angelo..."

Langsung kaku tubuh Ariana apabila tubuhnya dipeluk dari belakang oleh Nichole. Tak sempat dia hendak bereaksi, leher jinjangnya terus dikucup Nichole penuh berahi. Ariana mula tak selesa. Dia mengalihkan posisi badannya.

"Nich..."

Nichole angkat kepala. Ada senyuman sinis terukir di bibirnya. Pertama kali mendengar Ariana memanggil namanya dengan begitu ringkas.

Tak sempat Ariana memulakan kata-kata, tubuhnya dicempung dan dibawa ke katil. Terlepas jeritan kecil di bibir Ariana. Setiap inci kulit wajah dan lehernya kembali dicium penuh rakus oleh Nichole. Ariana semakin tak keruan. Sedaya-upaya dia cuba menolak dada Nichole agar menjauhinya walau dia tahu perbuatannya sia-sia.

"Nich, please..."

Tak lama kemudian, perlakuan Nichole berhenti. Ariana mengangkat kepala dengan dada berombak. Cuba menyekatakan nafas yang beralun ganas.

Dia pandang wajah Nichole dalam kesamaran cahaya bilik yang sedikit suram. Pandangan Nichole kelihatan lebih mengerunkan pada malam ini.

"Mine." Bisikan halus oleh suara garau Nichole jelas menampar pendengarannya.

Ariana telan air liur kesat.

Belum sempat nafasnya kembali sekata, tangan kecilnya pula dicapai. Dikucup dan dihidu Nichole.

"Kau hak aku. Aku akan tuntut hak aku selepas aku pulang nanti. Aku akan pastikan desahan kau menemani tidur aku nanti."

Nichole angkat tubuh dari terus menindih tubuh kecil Ariana. Kaki melangkah turun dari katil dan menuju ke wardrobe. Satu kemeja hitam dicapai dan disarung ke badannya. Dikancing butangnya kemas. Pistol Revolvernya diambil di dalam laci dan diselit di celah pinggang.

Nichole melangkah ke arah pintu. Tangan yang baru hendak memulas tombol pintu terhenti. Dia kalihkan badan. Melirik Ariana yang kini berdiri di katil sambil mata polos itu tak lepas kepadanya. Dia dekati Ariana.

"Why?" suara garau Nichole menampan telinga Ariana menyebabkan Ariana sedikit terkejut. Tak sedar bila Nichole sudah berada di hadapannya.

"Nothing." Ariana menggeleng kaku sambil mata bundar memandang Nichole yang berjarak hanya beberapa inci dengannya.

"Don't step out of this room. I'll be back."

Satu kucupan dilekatkan pada permukaan dahi licin Ariana sebelum dia melangkah pergi. Terkedu Ariana sekejap. Kenapa akhir-akhir ini dia sering bereaksi aneh terhadap perlakuan Nichole? Atau lebih tepat... Have I fallen in love to him?

Ariana pegang dadanya. Rasa tak sedap hati tiba-tiba mengambil alih. Kenapa ya?

                       ________

Beberapa tembakan dilepaskan Nichole pada beberapa orang penjaga yang mengawal sebuah markas besar di hadapannya. Isyarat mata dihantar pada anak buahnya. Semua mula mengambil kedudukan masing-masing. Sementara, Nichole ditemani Anthony dan William mula melangkah masuk.

Peluru Pistol Revolver berjenis WG M701 Airsoft-nya diisikan peluru dengan cekap. Semua ahli kumpulan yang lain menunduk ketakutan bila melihat kelibat Nichole masuk ke markas itu.

Kaki Nichole sudah berhenti di hadapan salah satu bilik dalam markas itu.

"Voglio incontrare il tuo capo." (I want to meet your boss.) Nichole bersuara dingin.

Pintu dibuka untuknya. Ada seorang jejaka sudah sedia menyambutnya dengan senyuman melebar.

"Where is Leonard?" soal Nichole dingin.

Jejaka itu melorek senyum.

"He's not here."

Pandangan mereka mula bersabung. Nichole dengan pandangan tajamnya sementara jejaka itu dengan senyuman jahatnya.

"You know what the consequences if one of us breaks the Code which has been set."

"It's either you or me who will die." Nichole memberi kata akhirnya. Senyum sinis diukir. Perlahan-lahan pistol ditarik keluar dari pinggangnya. Picu keselamatan dibuka dan tembakan dilepaskan dengan wajah bengisnya.

Anak-anak buah yang lain turut mengambil peluang berbalas tembakan. Tidak ketinggalan juga William dan Anthony yang mula memanjat kasar meja di bilik itu dan melepaskan tembakan masing-masing.

                      ________

ARIANA membetulkan posisi tidur tubuhnya buat kesekian kali. Tidak tahan dengan asakan hati, dia angkat tubuhnya supaya bangkit. Dadanya dipegang.

My heart is beating so fast.

"Nichole..." Hanya nama itu yang terluncur di bibirnya saat ini.

Jam yang tergantung di dinding dikerling. Sudah hampir pukul empat pagi, namun kelibat Nichole masih tidak kelihatan. Ariana mengesot sedikit ke hujung katil dan kaki mula mencecah lantai. Dia termenung sendirian.

Kenapa hati aku ni? Kenapa tiba-tiba perlu fikirkan tentang dia?

Ariana menggeleng sendirian. Rambut diselitkan ke celah telinga. Nafas ditarik dalam untuk beberapa kali. Setelah hatinya lega sedikit, dia mula mengambil tempat pada katilnya kembali. Mata cuba dipejam rapat. Berharap tidurnya akan lena sepanjang pagi dan ditemani mimpi indah. Dia akhirnya terlelap. Diculik oleh ketenangan suasana malam.

Setelah beberapa lama, Ariana betulkan posisi tidur. Dahinya berkerut. Mata dibuka dalam mamai. Serasa ada satu tangan kasar memeluk pinggangnya.

Ariana mendekatkan mukanya. Terbuntang matanya seketika.

"Nich..."

"Syhhh, just sleep." bisik suara garau itu perlahan.

Ariana cuma diam. Dia tak selesa sebenarnya tidur dalam posisi dipeluk Nichole. Mata cuba dipejam dek kerana bisikan yang menyuruhnya untuk tidak mengendahkan. Tetapi... Ada sesuatu yang mengganggu lenanya.

Kenapa nafas lelaki ini berbunyi? Setahunya lelaki ini tidak pernah berdengkur.

Dia menjauhi tubuh Nichole.

"Nich..."

Nichole diam tak menyahut. Ariana membawa tangan menyelit rambut ke belakang. Saat tangan kecilnya menyentuh pipi gebunya, bagaikan terasa satu cecair basah menyapa kulit. Didekatkan tangannya ke hidung.

"Nich..."

Ariana mula cemas. Detak jantungnya benar-benar tidak menentu saat ini.

Segera dia melangkah turun dari katil dan lampu bilik dibuka. Dia kembali mendekati Nichole.

Hampir dia terjerit kalau dia tidak segera menekup mulutnya.

"Nich, you are bleeding."

Ariana alihkan pandangan pada cecair merah yang mula membasahi sedikit ruang atas katil mereka. Dirinya mula kalut.

"You are bleeding and..." Bibirnya bergetar. Entah kenapa dia rasa takut sekarang. Dia tak tahu kenapa tapi dia takut...

"It's nothing." bisik suara garau itu. Berbunyi tenang tetapi Ariana tahu lelaki itu perlu mengerahkan tenaga untuk bercakap.

"No, how come..."

Ariana mendekati tubuh Nichole dengan riak cemas. Ditolak sedikit dan dibelek tubuh sasa yang bertatu itu.

"You've been shot." Matanya mula menjernih. Kelopak mata sudah bertakung di bawah.

"You need to get a doctor. This bullet... Need to... Need to..." Kata-katanya sudah berterabur dek kerana rasa khuatir yang mengasak jiwa. Tanpa dia sedari, air mata mula meluncur laju di pipi.

"Nich, please... You need to get a doctor. Please..." rayunya bila Nichole seakan tak endah akan dirinya yang sedang cedera parah. Ariana bagaikan tak percaya? Bagaimana lelaki ini boleh tenang berbaring di sebelahnya tanpa terkesan sedikitpun dengan lukanya?

"Don't worry. Aku dah suruh anak buah aku keluarkan peluru tu."

"Tapi, luka awak dalam. Tetap perlu dijahit..."

"Cara..."

"Nich..."

Mata Nichole yang kuyu menatap Ariana lama. Wajah yang basah dengan air mata itu menarik perhatiannya.

"Kau risaukan aku?"

Ariana diam lama. Bibir masih bergetar.

"Please... You need to get a doctor." rayu Ariana. Langsung tidak menjawab soalan Nichole. Dia letakkan kepala ke atas dada Nichole berhati-hati. Cuba memujuk lelaki itu dengan cara baik. Dia benar-benar cemas sekarang.

"Please..."

Oh God, what has gotten into myself? Why am I too worried about him? Why I must cry for this heartless man?