One

       “When you least expect it, the more expectation shows you things you never thought.”

                         _________

Mata dinginnya melilau ke serata Pusat Membeli Belah terkenal di Ibu kota. Persekitaran disana memudahkan kerjanya kerana semua orang disana kelihatan leka dengan apa yang mereka lakukan seperti membeli-belah.  Hoodie yang dipakai ditarik sedikit menutup kepalanya.

Dia kembali mengatur pergerakan bila ada satu kelibat yang dikehendaki mula mendapat perhatian matanya. Diikuti dua orang anak buahnya di belakang, bakal memudahkan lagi kerjanya. Awal-awal lagi anak buahnya disuruh menyamar.

Dia menghentikan pergerakannya apabila musuhnya berhenti di sesuatu tempat. Tempat yang dimana mendapat perhatian banyak orang jika dia bertindak sekarang. Tetapi bukan itu difikirannya...

"Capo..." tegur salah seorang anak buahnya.

"Let him be, Tony. Lascia che si goda il suo ultimo giorno sulla terra." Hujung bibirnya menarik senyum sinis. Senyum yang dingin tetapi lebih kepada berbahaya.

'You messed with the wrong person.'

Memberi isyarat kepada dua orang anak buahnya supaya berpecah. Tidak mahu mendatangkan rasa curiga kepada sesiapa. Walaupun itu, orang yang dikehendaki tetap berada di bawah pengawasan mereka.

Dia membawa langkahnya memerhatikan musuh yang lagi bersenang-senang tanpa merisaukan maut yang sedang menanti bila-bila masa. Anak buahnya kini sedang menjalankan kerjanya. Mereka tahu apa yang patut mereka lakukan tanpa melanggar arahan bos mereka.

Let the old man enjoy his life first!

                          ______

"Akak, cerita yang akak beli tiket tadi mula pukul berapa? Adik rasa nak pergi jalan-jalan dulu la.  Boleh tak?"
Mata dikelip-kelipkan meminta pelepasan kakaknya. Lagipun, kakaknya memang selalu cair pun tengok matanya.

"Again? Those eyes?" Perlahan, perempuan yang dipanggil kakak tadi mendesis kecil. Suka sangat buat mata macam tu. Kan dia dah cakap jangan buat. Sebab selalu kalau adik dia buat mesti dia jadi lemah. Mummy and daddy jugak!

Ariana mengangguk. Apa saja sanggup dilakukan agar boleh berjalan tanpa pengawasan kakaknya. Tambahan lagi, hari ni dia keluar berdua. Lagi la ketat kakak dia kawal sebab mummy dah pesan, "Nanti kakak jaga adik. Jangan bagi adik jalan sorang-sorang. Jangan bagi adik cakap dengan mana-mana lelaki yang tak dikenali. Jangan bagi adik... Bla... Bla... Bla..." Sampai dia dah boleh hafal pesanan mummy. Walhal, dia bukan anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Itu lainlah. Memang berisiko tinggi nak hilang. Tapi dia... Gadis remaja belasan tahun yang kian meningkat dewasa. Lagipun siapa nak culik kat sini? Banyak orang memerhati.

"You know that I always lose to your puppy eyes?"

Ariana tahan senyum. Dah nampak bunga-bunga keizinan.

"So, can I? Lagipun adik pergi Popular bookstore aje.  Adik nak tengok buku. Adik kan kaki buku. Adik janji tak pergi mana-mana." Jari kelingking dihulur. Dengan gaya manja dia, setakat ni tiada siapa mampu tolak.

Hatinya mula bersorak riang bila jari kelingking ditaut bersama jari kakaknya. Tapi kakaknya tetap menayangkan mungkin cemberut. Mungkin terpaksa.

"Thanks, akak. Jangan bagitahu mummy tau. Nanti dah selesai, adik datang sini. Kita tengok wayang sama-sama." Sengaja dia hendak membuat kerisauan kakaknya surut. Sempat juga dia menaruh pesanan agar mummy mereka tidak diberitahu. Nanti mesti dia kena bebel. Tapi tak kisah. Dia buat muka comel terus  mummy diam. Itu senjata utama dia!

"Kalau apa-apa call akak."

"Ok." Eleh! Rileks la! Bukan jauh pun. Dia gelak dalam hati. Selalu keluarga dia risau kalau nak melepaskan dia jalan sorang-sorang. Bukan sebab dia tak tahu jaga diri tapi sebab dia anak manja. Keluarga dia ingat dia masih anak kecil. Padahal dia sudah meningkat remaja. Nak habis sekolah menengah pun.

                        _____

Ariana mengerling jam di tangannya. Hampir sejam dia di sini. Baru dia sedar dia sudah melebihi had masa. Pasti kakaknya sedang mencarinya kerana wayang akan dimulai sebentar lagi.

Dia meletakkan buku di tangan kembali ke tempat asal. Dia memang begini. Masuk kedai buku pasti lupa dunia!

Dia mempercepatkan langkahnya. Beg kecil yang dipakai di bahu dikemaskan lagi.  Kaki masih berjalan sambil mata membetulkan tali begnya.

Tanpa sedar, kepalanya telah bertemu sesuatu yang sedikit keras. Agar kuat langgarannya hingga dia hampir terdorong kembali ke belakang. Mujur ada tangan yang melilit kemas pinggangnya dan tangannya juga berpaut pada tangan yang sama.

"So... Sorry." Dia cuba melepaskan pegangan orang itu tetapi ternyata pinggangnya masih kemas dililit. Dia mula memandang tangan yang dipautnya. Tangan yang dipenuhi tatu sedang berada di pinggangnya. Cepat-cepat dia melarikan tangan daripada memegang orang di hadapannya. 

Dia nak angkat muka tapi entah kenapa melihat tatu yang memenuhi tangan orang yang memegangnya sudah membuat dia merasa aura kegelapan. Silap cakap boleh buat tubuh dia menggigil!

"Can you please... let me go?" Tangannya berusaha menolak dada tegap yang memeluk pinggangnya. Tetapi tolakannya seperti tidak diendah. Selang beberapa saat dia mengangkat wajahnya. Memberanikan diri memandang orang yang masih tidak melepaskannya.

Wajah yang dingin tanpa sebarang riak telah menghantar satu rasa seram pada tubuh padannya. Belum lagi tengok mata. Mesti lagi membunuh!

Seolah tahu yang apa yang tidak mahu dilihatnya, lelaki itu mengangkat dagunya agar mata dia bertentang tentang lelaki itu. Segera dia menutup mata.

"Don't close your eyes." jelas lelaki itu sedang membisik di telinganya saat ini dengan suara yang lebih kepada arahan. Ariana segera menurut perintah lelaki itu. Dia membuka matanya. Cuba menatap mata lelaki itu. Terserlah mata keperangan lelaki itu yang sedang memandang tajam pada matanya.

"So... Sorry, sir. I..."

"Bellissimo." Dia mengerutkan dahinya. Tidak faham akan bahasa yang dikatakan lelaki itu bila memotong kata-katanya.

"Par... Pardon?" Dia ingin lelaki itu mengulang sekali lagi.

"What's your name?"

"Ariana." jawabnya ringkas.

Tiba-tiba tubuhnya menjadi kaku bila lelaki itu mendekatkan wajahnya. Matanya segera tertutup. Nafas ditahan sebaiknya.

" 'Till we meet again, Cara." Lama-kelamaan dia mula merasakan pinggang yang tadi dililit kemas menjadi longgar. Dalam tubuh yang sedikit menggigil, dia membuka matanya.

Tubuh yang tadi berada hampir dengannya sudah tidak ada di hadapannya. Barangkali lelaki tadi sudah pergi. Dia melepaskan nafas kecil bila memikirkan bahawa lelaki itu sudah pergi. Lelaki tadi kelihatan sangat menyeramkan. Ternyata aura lelaki itu masih belum pergi dari dirinya.

Segera pandangan diangkat bila ada seseorang seperti memanggil  namanya. Kakaknya sedang melambai tangan sambil menuju ke arahnya. Segera dia berlari menuju ke arah kakaknya.

"Akak."

"Ya. Kenapa dengan muka adik ni? Lain macam. Ada orang ganggu adik ke?" Risau kakaknya, Alia bertanya.

"Tak. Tak ada apa-apa." Ariana cuba menutup kegugupan. Riak tenang dipamerkan.

"Betul ni?"

Ariana mengangguk bersungguh-sungguh.

"Betul."

"Kalau macam tu, jomlah. Wayang dah nak mula." Ariana mengangguk. Lengan kakaknya dirangkul manja.