Two

             “You are addiction.”

                           ______

Mata perangnya hanya memandang dari jauh seorang gadis yang telah pergi bersama seorang gadis lain. Timbul senyum sinis di bibirnya. Bau yang timbul dari badan gadis tadi masih terlekat di badannya. Malah lebih kuat dari harumannya.

"Capo..."

"Where is he now?"

"He's gone from our sight. Sorry, capo."

Kedua anak buahnya menunduk ketakutan. Kesalahan yang disebabkan kecuaian memang takkan terlepas dari amarah bos mereka. Mungkin kepala mereka akan hilang bila-bila masa.

"Lucky you two I'm in a good mood. Go and get him now. Don't lost him or you two will lost your fu*king head."

"Va bene, capo." Anak buahnya segera beredar dari situ bila mendengar kata-kata bos mereka. Lebih baik segera sebelum bosnya menukar fikiran ingin membunuh mereka.

Lelaki yang mengarah tadi hanya menghantar kepergian anak buahnya dengan jelingan tajam. Kedua anak matanya beralih pula pada tempat di mana gadis tadi berada. Gadis tadi sudah tidak kelihatan. Sudah pergi. Dia memandang tangannya sendiri. Tangan yang memegang pinggang tubuh kecil gadis tadi. Bau yang masih melekat dihidu puas menggunakan hidungnya.

"You got bum to the wrong person. 'Till we meet again, Cara." desisnya sinis sebelum kaki turut beredar pergi.

                        ______

ARIANA membuka dan menutup matanya. Perlakuan itu diulangnya untuk beberapa kali. Kenapa aku tak boleh tidur ni?

Mata cuba dipejam kembali tetapi hasilnya masih sama. Setiap kali dia tidur pasti bayang lelaki di Pusat Membeli-Belah tadi mengganggunya. Seakan ditarik untuk memikirkan lelaki tadi. Masih ingat lagi Ariana tentang pandangan membunuh lelaki tadi. Pandangan yang menghantar perasaan lain dalam dirinya. Pandangan berbahaya!

'Ariana, stop thinking about him!'
Kepala diketuk beberapa kali. Cuba menghilangkan bayangan lelaki siang tadi.

Jam di dinding dikerling sekilas. Sudah hampir sebelas malam. Sepatutnya jam macam ni dia dah lena. Apa aku nak buat?

Satu aliran umpama bergerak ke sel otaknya bila satu idea muncul iaitu... Menganggu kakaknya di bilik sebelah!

Selimut diselak dari menutupi tubuhnya. Segera dia turun dari katil.

Dia membuka pintu bilik kakaknya perlahan tanpa mencuri perhatian kakaknya. Kepala dijengah sedikit. Kak Sandra juga masih belum tidur. Sandra sedang baring di atas katil dengan laptopnya. Kehadirannya langsung tidak disedari.

Bersama langkah yang perlahan, dia memasuki ruang bilik kakaknya. Mungkin jika tiada siapa dalam bilik tu dia boleh dikategorikan sebagai pencuri.

"Akak!" Terkejut Sandra bila adiknya tiba-tiba mengambil tempat disebelahnya bersama posisi yang serupa iaitu menelentang. Laptop segera dilarikan.

"Akak buat apa tu? Adik nak tengok jugak!" Matanya gigih mencuri pandang apa yang sedang dilakukan kakaknya. Semakin jauh laptop kakaknya ditarik, semakin ligat matanya mendekati.

"Tak boleh! Akak sorang je." Lidah dijelir pada adiknya. Sengaja.

Ariana mula memasamkan muka. Orang nak tengok sikit aje!

"Adik bagitahu mummy!" Dia berura-ura hendak bangun dari katil. Konon nak mengadu pada mummy.

"Pergilah bagitahu. Nanti akak boleh cakap adik yang masuk bilik akak." Sandra tersenyum jahat. Nak mengusik adiknya. Siapa suruh kacau orang tak bagitahu?

Ariana mati langkah. Tubuh tak jadi nak pergi. Dia memusingkan badan. Kakaknya masih selamba di atas katil.

"Akak tengok video porno ek?" Ariana masih cuba memancing.

Terus membulat mata Sandra apabila dikata begitu. Wajah segera dipaling.

"Adik bagitahu mummy. Mesti mummy tak marah adik." Giliran dia pula ketawa jahat. Apabila tangan baru bekerja hendak memulas tombol pintu, suara Sandra terlebih dahulu menghalangnya.

"Yelah... Yelah. Adik boleh tengok.  Sini."

Ariana senyum kemenangan. Hehehe. Lagi sikit aje nak bagitahu. Tapi sebenarnya dah malam. Mummy dan daddy pun mesti dah tidur. Takkan dia nak kejut mummy semata-mata hal kecik?

Dia mengambil kembali posisinya disebelah kakaknya.

"Apa tu kak? Siapa lelaki dalam gambar tu?"

"Akak kan ada cakap nak temuduga kat satu syarikat ni minggu depan. Jadi, akak selidik la dulu pasal syarikat yang akak nak kerja."

"Oooo." Mulut Ariana mula membuat bentuk O.

"Tapi kan kak, siapa ni?" Ariana mula berminat ingin mengambil tahu tentang lelaki yang berada di skrin laptop kakaknya.

"Bos besar syarikat tu la. Hensem kan?" Sandra tersenyum nakal sementara Ariana mengangguk bersetuju.

Lama mata Ariana memerhati gambar itu sehingga dia menangkap perkara lain di skrin laptop kakaknya.

"Akak buka page apa yang lagi satu tu?" Jarinya menunjuk pada satu halaman internet lagi yang timbul di bawah skrin.

"Tadi akak search pasal syarikat terbesar di dunia tiba-tiba muncul page ni. Akak bukaklah."

"Nak tengok jugak."

Sandra hanya mengikuti kemahuan adiknya. Halaman lagi satu dibuka.

"Ni salah satu syarikat yang terkenal di China. Tapi China memang banyak syarikat besar pun." Jarinya mula menggosok tetikus untuk ke bawah.

"Tapi ni akak rasa lagi hebat. Antara syarikat terkenal di Itali. Ada khabar mereka dalam proses ingin membuka syarikat di Malaysia jugak." 

"Mesti best kan kak? Boleh akak kerja situ."

"Tak nak la."

"Kenapa?" Ariana memandang kakaknya pelik.

"Sebab ada khabar angin mengatakan keluarga syarikat ni merupakan mafia yang terkenal di Itali. Cuma tidak ada pihak yang mengesahkan. Lagipun pihak mana yang nak kisah kalau betul pun. Keluarga diorang kaya. Kejahatan mampu ditutup dengan bayaran nyawa." cerita Sandra.

"Macam seram aje." Ariana mula menggosok lengannya. Konon-konon bulu romanya menegak.

"Adik jangan risau. Diorang takkan kacau kita kalau kita bukan musuh diorang." tambah Sandra menyedapkan kata.

"Ye ke? Mana akak tahu? Diorang kan kejam."

"Akak tak tahu tapi akak rasa la. Melainkan untuk orang yang berurus niaga dengan diorang."

"Tapi macam mana untuk orang yang terikat dengan golongan Mafia ni tanpa sengaja?" Ariana menyoal berminat. Tiba-tiba tertarik nak tahu.

"Mungkin salah dia. Dia mungkin ada ambil sesuatu daripada diorang."

"Sesuatu? Apa?" Fokus mata Ariana merenung kakaknya. Ambil apa? Dadah? Senjata api?

Sandra membalas pandangan adiknya. Dia mula berwajah serius.

"Maybe dia ada ambil..." Adiknya direnung lagi dekat.

"Hati." sambung Sandra sebelum meledakkan tawanya kuat. Pipi adiknya dicubit geram. Beria sangat nak tahu tu kenapa?

"Akak!!" Bantal diambil untuk memukul kakaknya.

Sandra masih tak berhenti ketawa. Begitu asyik dia mengingati muka adiknya yang serius tadi.

"Betul-betul la kak!" Ariana mula merengek. Tak suka bila dipermainkan! Jantung dia dah berdebar tadi.

"Adik jangan risau. Pastinya diorang takkan nak buat jahat dengan adik."

                        ____

Seorang lelaki merintih kesakitan buat kesekian kalinya bila satu alat logam yang tajam dilibas mengenai perutnya. Darahnya umpama tiada nilai sekarang bila lantai yang dia duduk kotor hanya dengan darahnya.

"Where did you keep my 'things'?"
Seorang lelaki merenung tajam kepadanya.

"My mouth will never tell you." Bersama senyuman sinis yang dipaksa, lelaki yang diseksa masih lagi kelihatan angkuh.

Ternyata lelaki yang diseksa itu berjaya membangkitkan amarahnya. Urat-urat biru sudah mula kelihatah di kepala dan tangannya.

"If you want to see your family suffers..."

Lelaki yang diseksa itu terus panggung kepala.

"Please... Please... Don't..." Dengan kepayahan, dia cuba menuturkan kata-kata.

"You were late!" Lelaki itu beriak kejam. Dia membalikkan tubuhnya.

"It's Leonard."

Lelaki kejam tadi mula mematikan langkah. Senyuman sinis perlahan-lahan terukir.

"I gave... to him."

"Antony, look for his family and kill them. And you two..." Wajah bengis itu memandang lelaki yang terkulai layu. "Finish him!"

Lelaki yang terkulai layu tadi mula meraung.

"No... No... Don't hurt my fa..." Kata-kata lelaki itu berhenti sesuai dengan riwatnya.

Lelaki bengis itu mula keluar dari tempat seksaannya. Diikuti seorang pembantunya.

"Ask them to settle that bit*h."

Pembantunya mengangguk.

Tiba-tiba lelaki bengis itu menghentikan langkahnya.

"Yes, capo? Is there anything else?"

"Find someone for me. Within a day I need all her details on my table."

"May I know what is her name?"

"A girl named Ariana."
Senyuman sinis mula terukir di bibirnya. Senyuman yang penuh maksud tersirat.