Seven

       “Where did you think you want to go? You can't run from me. I am your shadow.”- Nichole Riccardo.

                          ~~~~~

SEDANG leka kedua adik-beradik menikmati makanan di meja mereka, kedengaran beberapa kali ketukan di meja mereka. Keduanya mendongak.

Bulat mata mereka memandang seorang lelaki yang sedang berdiri selamba di sisi meja mereka dengan sebelah tangan meraup kepala.

"Alvin?" tegur Sandra seolah tak percaya.

Lelaki itu kulum senyum nipis sebelum mengangguk.

"What these two young ladies doing in here?" Lelaki kacak itu pura-pura bertanya.

Sandra menggelengkan kepalanya. Sikap Alvin tak pernah berubah.

"Reading some books."

"Really? But I didn't see one on your hand." Alvin tayang sengih. Selamba dia menarik kerusi di sebelah Ariana.

Alvin mengawangkan tangan di hadapan Ariana yang masih terkedu memandangnya. Bibir dilorekkan dengan senyuman.

"Miss me so bad until you can't recognize me?"

Bagai baru tersedar, terus leher Alvin dipeluk Ariana, teruja. Terkekeh-kekeh lelaki itu menahan tawa melayan tingkah manja Ariana.

"Our little princess has grown up well." usik Alvin, mengakhiri satu kucupan di hidung Ariana. Tersipu malu gadis itu dibuatnya.

"Disebabkan korang berdua bernasib baik bertemu I hari ni, biar I yang belanja. Just name it, what do you want? Shopping?"

"Really?" Sandra sudah mula teruja. Alvin memang sepupu kesayangan mereka. Selalu memanjakan diri mereka walaupun bukan adik-beradik.

Anggukan daripada Alvin membuat Sandra dan Ariana berpandangan teruja.

"Okay then. With our pleasure..." balas Sandra.

Beberapa saat kemudian Sandra mengetuk kepalanya. Terus perhatian Ariana dan Alvin teralih. Memandang keributan Sandra.

"Why?"

"Gosh! I baru ingat. Adik, kita sekeluarga diundang dalam sebuah party hujung minggu ni. Kawan korporat daddy. Akak baru ingat."

Ariana beriak biasa. Sudah tidak larat lagi memikirkan majlis yang bakal diundang. Sudah biasa dengan kekacauan dalam memilih baju. Sejak kecil dia sudah didedahkan untuk sering menghadiri majlis korporat yang dianjurkan oleh mana-mana sahabat daddy.

"Adik?" Satu petikan jari di muka Ariana menyedarkan lamunannya.

"Yes?"

"Cepat makan. Lepas ni, kita shopping. Alvin akan belanja kita." usik Sandra.

Alvin tayang riak biasa. Tak lokek pun duit dia. Dia malah tak kesah.

"With my money, you two will look prettier than usual. Lagi cantik, lagi bagus. Biar ada ahli korporat yang tertarik." senda Alvin disambut gelak daripada Sandra.

Tanpa mereka berdua sedari, spontan minda Ariana mengimbau kejadian dimana ciuman pertamanya diambil. Tiba-tiba rasa takut menjalar dalam diri. Ada kemungkinankah dirinya akan bertemu lelaki yang menggerunkan itu lagi?

"Adik, have you finished?"

"Ha? Ermm.... Ya." Tersentak Ariana seketika. Terus anggukan diberi.

"Kalau begitu, jom."

Mereka bertiga mula bingkas dari duduk mereka dan keluar dari restoran beriringan. Banyak yang dibualkan mereka sambil berjalan. Sesekali muncul ketawa kecil di bibir dua beradik itu bila Alvin berjenaka.

                  _________

"Girls, you two tak bagitahu pun I lagi party mana korang nak pergi kali ni. Mana tahu I pun turut diundang." soal Alvin ketika Ariana leka memilih pakaian. Sandra kalihkan kepala memandang Alvin.

"I tak bagitahu lagi? Hrmm. If I'm not mistaken, party Mr. Don. I don't...know. I pun baru pertama kali dengar nama tu. Daddy ajak, jadi kita orang tak boleh membantah."

"Wait? Which Mr Don? Like I've heard that name before."

"Klawn Don I think. Entah." jawab Sandra acuh tak acuh.

"What... Klawn Dawn? His real name is Klawn Dawn. The one who from black snake group."

Ariana dan Sandra mula berpandangan dengan riak aneh.

"Who is him?"

"Seriously girls, you two have make your decision? He's dangerous. No, I mean... Argh! Not important but you two better take your step behind."

"But... why?"

"Dia orang berpengaruh. Selalu berlaku kekacauan dalam majlis dia. Beberapa tahun lepas pun begitu. I cuma risaukan you two. He has a lot of enemies."

"Biasalah kan. Ahli korporat memang banyak musuh. Lagipun, apa yang I tahu ini majlis tertutup. Rugilah kalau tak pergi sebab I dengar ada banyak acara di sana. Sesi menari sambil bertopeng pun ada. My favourite. Mana tahu boleh grab hot guy." Sandra cuba berlawak. Mengurangkan rasa kekok dengan bicara Alvin.

"Suit yourself. I already warned you. Jangan cakap I tak larang. Apa-apapun please take care yourself, terutama adik you."

"Kenapa dengan Ariana?"

"Nothing. She's just a way too cute. Nanti ada orang sambar daripada I." usik Alvin yang sudah kembali ke mood jenakanya.

Ariana yang mendengar sudah memerah pipinya. Dia menyambung memilih pakaian tanpa menghiraukan usikan abang sepupunya yang kacak itu.

     ___________


"CALL Antony for me." arah Nichole kepada anak buahnya. Matanya memandang dingin luar pemandangan dari syarikatnya sambil menunggu anak buah yang dipanggil muncul.

Selang beberapa minit, ada yang mengetuk pintu biliknya.

"Get in!"

"Si, capo? What can I do for you?" Dia memusingkan tubuhnya. Anak buahnya dipandang.

"Black snake's going to have his stupid party again. Let's attend his party." Senyum ngeri dilarik di hujung bibirnya.

"But capo,... Miss Ariana..."

"I know. Don't let black snake's mens touch her. One step and I will kill him for sure."

"Si."

Nichole kembali kekal dengan riak dinginnya. Tangan bertatunya dicantum agar saling bertemu. Tak sabar ingin 'bermain' dengan Black snake.