Eight

"Some said I am crazy. But doesn't love which makes me crazy?"

~~~~~~~

Majlis yang sedang berlangsung sedikitpun tidak menarik perhatian Ariana. Dia lebih memilih duduk di kerusi sambil memegang segelas air koktail di tangan dan dimain-mainkan.

Satu usapan di bahunya menyebabkan Ariana menoleh.

"Adik. Kenapa sendiri ni? Mana mummy and daddy?"

"Tu..." Mulutnya dimuncungkan ke arah hujung dewan. Sandra mengangguk.

"Sekejap lagi sesi menari memakai topeng dah nak mula. Get ready with your mask, okay?"

Ariana mengangguk lemah.

Tidak lama majlis yang sedang berlangsung tiba-tiba menjadi gelap. Seluruh lampu dimatikan. Tersentak kecil Ariana bila mendengar suara kakaknya.

"The climax of party dah nak mula. Cepat pakai topeng adik." Dia mendengar suara kakaknya berbisik dari tepi.

Ariana segera mengeluarkan topengnya dan menyarungkan di wajahnya. Pada masa yang sama, dewan yang gelap gelita tadi perlahan-lahan disirami cahaya indah yang sedikit malap. Tidak terang tetapi cukup memperlihatkan figura-figura manusia yang sudah mula mengambil tempat di lantai tari. Sebuah lagu dengan melodi seumpama balada mula berkumandang.

Dia menoleh sisi. Ada seseorang jejaka datang menghampiri mereka atau lebih tepat ke arah kakaknya, Sandra.

"Mind to dance with me?"

Terdengar deheman Sandra sekejap.

"Ya... Why not?" Dia menerima pelawaan jejaka itu sambil mengerling Ariana di sisi. Mata memberi isyarat kepada adiknya, "I bet there's another guy waiting for you."

Ariana diam melihat kakaknya sudah beredar ke lantai tari. Tanpa sedar bibir melepas keluhan kecil. Bosannya...

Mata bundarnya terus memerhati kakaknya di tengah-tengah pasangan manusia yang sedang menari.

Satu deheman menyentakkan pandangannya. Dia menoleh. Seorang jejaka tegap dengan topeng menutup separuh wajah mengambil tempat di sebelah kerusinya. Membawa masuk seluruh rasa seram bila pandangan jejaka itu tak lepas pada dirinya. Bagaimana dia tahu? Entahlah tapi dia sendiri bagai boleh menyedut aura jejaka itu. Ngeri dan Misteri!

"Let's dance with me."

Ariana menggeleng kecil. Tanda tidak mahu. Mata kembali menumpu pada sesi tarian yang sedang berlangsung. Tak sedar lelaki itu sudah berada rapat disisinya dengan pinggangnya sudah berada di rangkulan tangan lelaki itu. Wajah mereka hanya berjarak seinci dari bertemu kulit muka masing-masing. Desahan hangat lelaki itu bagai jelas menampar kulitnya. Terkedu dia sebentar.

"I never accept no as an answer." bisik suara garau itu di telinganya. Seriau dirinya dibuat lelaki itu. Rambutnya yang disanggul kemas dilurut jatuh oleh lelaki itu. Mati kata Ariana dibuatnya.

Lelaki itu bangkit. Mengucup tangan kecil Ariana sambil pandangan mata tidak lepas pada Ariana.

Ariana mengerut sedikit dahi bila terpandangkan ukiran tatu dibelakang leher lelaki itu bila lelaki itu menunduk kepala, mengucup tangan mulusnya.

Lelaki itu membawanya melintasi ramai orang yang sedang berbahagia menari bersama pasangan masing-masing. Seakan dipukau, Ariana terus mengikuti langkah lelaki itu ke lantai tari. Dia hanya berdiri kaku sewaktu lelaki itu ingin memulakan tarian.

"Why?"

"Sa...saya tak pandai menari."

Sempat dia tangkap hujung bibir lelaki itu yang ternaik sedikit. Seakan menahan lucu dengan jawapannya. Tetapi senyum lelaki bagai pernah dilihatnya. Senyum sinis yang agak ngeri bagi Ariana.

"Just follow my steps. Put your hands on my shoulders."
Ariana mengikut. Diletakkan tangan di atas bahu lelaki itu. Perlahan-lahan langkah tarian mereka pun bermula. Kebanyakan lelaki itu yang mendominasi segalanya berbanding Ariana yang lebih senang mengikuti. Tapi... Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Tatu dileher dan tangan lelaki itu. Seakan pernah dilihatnya...

Mula selesa, Ariana mengangkat wajah memandang lelaki yang sedang menari dengannya. Pandangan mata mereka bersabung dan langkah Ariana terhenti. Dia menatap ketakutan sambil menggeleng tidak percaya akan apa yang dilihatnya.

"It's been a while since our first kiss." bisik garau itu yang begitu jelas nadanya di pendengaran Ariana.

"You..."

Lelaki itu senyum sinis.

"I am your man. The first one who stole your first kiss."

"You... No. I do...not know you. I don't..." Kelam-kabut Ariana berbicara. Akalnya seperti menyuruhnya segera melarikan diri. Pandangan lelaki itu... menggerunkan. Amat menggerunkan!

Belum sempat Ariana menoleh, pergelangan tangannya terlebih dahulu ditangkap. Kuat pegangan ditangannya sehingga dia perlu meronta.

Dalam rontaannya itu, tak sedar dewan, tempat yang mereka sedang berseronok mula disergah dengan suasana aneh. Kacau-bilau mula melanda. Bunyi tembakan saling bersahutan antara satu sama lain. Ariana termanggu. Tetamu yang lain mula menjerit keributan sambil menyelamatkan diri masing-masing.

Pada saat genting seperti ini, Ariana mula diserang 'panic attack'. Nafasnya jadi tak teratur.
Tercungap-cungap dia mencari nafas sambil memegang dadanya.

"Mummy, daddy..."

"Sh*t. Black snake's never learnt from his lesson." Terdengar dengusan di bibir lelaki itu.

"Let's go!" Pantas dia menarik pinggang Ariana tetapi gadis itu berusaha mengeraskan badannya. Mukanya yang pucat memberi isyarat tanda tidak mahu. Dia mahu keluarganya.

"I want...my family."

"No. You have to follow me."

Keengganan Ariana menaikkan amarah Nichole, tembakan yang dilepaskan semakin menghampiri mereka. Ditambah dengan keadaan Ariana yang diserang panic attack.

Tanpa membuang masa, segera sepucuk pistol dikeluarkan dari pinggang Nichole dan membalas tembakan yang berkumandang. Sebelah tangan membawa kepala Ariana ke dada. Mata memberi isyarat kepada anak-anak buahnya yang berada di sekitar kawasan itu menguruskan kacau-bilau itu.

"That old man really need to fu*k up!"

Lama-kelamaan dia dapat merasakan tubuh Ariana mula layu didakapannya. Tembakan masih diteruskan tanpa perhatian teralih sedikitpun dengan tangan masih erat memeluk Ariana.

"You give me a big trouble, cara. Wait for your punishment. I bet you will love it."

Dengan keadaan yang lemah, Ariana hanya mampu mendengar sayup-sayup bisikan di telinganya. Perlahan-lahan matanya terpejam. Apa yang dia tahu keadaan masih huru-hara sebelum dia tak sedarkan diri.

____________

NICHOLE senyum sendiri sambil merenung gadis kesukaannya di atas katil. Dia duduk di sisi katil. Menghadap Ariana yang sedang lena tidur.

Tangan kasarnya dibawa ke wajah polos gadis itu. Rambut yang menutupi wajah mulus Ariana diselak. Membiarkan muka gadis itu terdedah penuh kepadanya tanpa sebarang halangan.

Tangan memainkan peranan mengusap lembut pipi mulus gadis itu. Akhirnya Ariana berada di tangannya. Akan dia pastikan Ariana tak akan lari daripadanya.

Ariana mengerutkan keningnya. Sentuhan lembut oleh sesuatu yang kasar di wajahnya membangkitkan lenanya. Mata dibuka sedikit. Pandangan matanya sedikit kabur. Tidak dapat melihat dengan jelas. Berkali-kali dia menutup dan membuka matanya baru pandangannya mula jelas.

Sedikit demi sedikit dia menangkap susuk tubuh seseorang di sisinya. Seorang lelaki yang sedang mengusap pipinya. Dia angkat tubuh. Ingin bangun.

Kepala dipegang. Terasa sakit yang mencucuk di bahagian kepala.

"Have you awaken, cara?"

Ariana cuba menstabilkan pandangannya sebelum dia berjaya melihat dengan jelas gerangan lelaki di sisinya.

"What... What are doing here? Where am I?" Ariana gelabah. Dia mengerling persekitarannya. Ini bukan biliknya.

Dia pasti sesuatu telah berlaku padanya. Mungkin dia telah diculik.

"You are in my bed. Having sweet dreams last night with me." Nichole tersenyum jahat. Kepala Ariana hendak diusap tetapi laju Ariana tepis.

"Don't touch me! Where were you bringing me to? I want to go home! I want my mummy... My daddy... My sister... I want my family." Air mata jernih mula bertakung di kelopak mata. Dia nak keluarganya.

"Syhhh. From now on, I am your family. I am your man." Ariana dibawa ke pelukannya. Berkeras juga gadis itu menolaknya.

"No, I don't want you! I want my family... Mummy... Adik nak mummy." Bahunya terhinjut-hinjut melepaskan tangisan. Rasa menyesal menyerbu di hati.

Dada lelaki itu cuba ditumbuk berulang kali.

"I don't want you. Please let me go..."

"Never. Once I get you, I will never lose you." bisik Nichole tegas. Tidak akan diulang lagi.

"No. Please... I don't want to live here." Ariana mengangkat sedikit kepala. Menatap wajah Nichole dengan pipinya yang lebat dituruni air mata. Memohon simpati dengan lelaki bertattoo itu.

Nichole tersenyum sinis.

"You have no choices. Live here and accept me as your man."

Nichole bangkit dari katil yang diduduki Ariana. Sempat lagi dia beri kucupan kecil di dahi Ariana. Tanda kecil yang menyatakan gadis itu miliknya mulai saat ini.

Jika dia mahu, boleh saja dia menyentuh Ariana sekarang. Menunjukkan dan menyatakan Ariana benar-benar miliknya. Tapi, sekarang bukan masa yang sesuai. Dia mahu memastikan gadis itu takkan lari daripadanya. Jika bila Ariana benar-benar berkeras, dia akan menyentuh gadis itu. Perlu Ariana ketahui tiada perempuan yang pernah menolaknya walaupun ia berbaur arahan.