Four

     “What kind of love is this?”

                          ~~~~~~

"Open your eyes."
Ariana menggeleng. Tidak mahu. Dia takut.

"I said, open your eyes." Keras suara orang yang menariknya tadi. Suara yang garau membuktikan yang dihadapannya ialah lelaki.

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Rupanya, posisi dia sedang bersandar di dinding dengan seorang lelaki menghalang jalannya. Dia tidak melihat wajah lelaki di hadapannya ini lagi kerana paras ketinggian mereka yang berbeza. Lelaki ini lebih tinggi berbandingnya.

Dia dipaksa memandang lelaki itu bila terasa dagunya diangkat dengan tangan kasar lelaki di hadapannya. Satu perkara yang menangkap pandangannya setelah itu.

His eyes... Remembering me to someone.

" 'Till we meet again, cara."

Umpama sebuah rakaman, suara itu bermain di ingatannya.

Matanya meluas. Ya! Dia ingat lelaki di hadapannya.

Lelaki itu tersenyum sinis memandang Ariana.

"Remember me?"

Perlahan-lahan Ariana mengangguk. Mulutnya yang ditekup tadi juga sudah dilepaskan.

Dia dan lelaki di hadapannya saling berbalas pandangan. Ariana dengan pandangan polos dan ketakutannya sementara lelaki itu dengan pandangan tajam dan dinginnya.

Perlahan-lahan lelaki itu memegang pipinya. Ibu jari lelaki itu mula menyelusuri pipinya yang merona merah. Malu campur takut.

Lama-kelamaan ibu jari lelaki itu berhenti di bibir munggilnya. Dia melihat lelaki itu telan liur.

"My angel." bisik lelaki itu

"My beautiful angel." bisik lelaki itu lagi sebelum tanpa amaran bibirnya dipagut lelaki itu. Matanya terbuntang.

Tangan kecilnya cuba menolak dada lelaki itu dengan seluruh tenaganya. Tapi hampa, dia seperti menolak batu besar yang tidak akan berganjak. Lelaki itu juga mula mendalamkan ciuman mereka dalam Ariana leka menolak lelaki itu. Dek kerana ketakutan yang terlampau, tak sedar air mata Ariana mula menitis perlahan. Dia tak rela diperlakukan sebegini. Ciumannya diambil tanpa rela.

Kali pertama dia dicium oleh orang yang tidak dia kenali. Kali pertama juga dia dicium oleh orang lelaki selain papanya. Kakaknya Sandra pernah mengatakan bahawa lelaki yang menciumnya selain papanya ialah orang yang mengambil ciuman pertamanya. Kakaknya juga berkata bahawa ciuman pertama adalah selayaknya untuk suami dia. Tapi lelaki yang menciumnya ini bukan sesiapa padanya. Air matanya mengalir lagi.

Setelah hampir berpuluh saat, baru bibir Ariana dilepaskan. Tercungap-cungap Ariana mencari nafas. Setelah nafasnya sekata segera dia mengangkat kepala. Lelaki itu sedang tersenyum sinis memandangnya. Dia merasakan dirinya terlalu murah sekarang kerana membenarkan lelaki yang tidak dikenali menciumnya. Tambahan lagi, tiada riak bersalah di wajah lelaki itu.

"I hate you." Dada lelaki itu ditumbuk dengan tangan kecilnya. Air mata memainkan peranannya kembali.

"Encik jahat! Encik curi ciuman pertama saya! Saya benci encik!" Dada lelaki itu terus ditumbuk.

"Encik jahat!" Ariana menjerit sedikit.

"Syhhhh..." Lelaki itu cuba memujuknya. Tapi Ariana tidak peduli. Meskipun lelaki itu tidak terkesan dengan tumbukannya tapi dia tetap ingin melunaskan rasa marahnya.

"Better you stop or else, I will..."
Tanpa perlu lelaki itu menghabiskan sisa kata-katanya, tangan Ariana sudahpun berhenti. Terkejut dengan suara keras lelaki itu.

"Good girl." Kepalanya digosok.

Ariana menggigit bibir bagi menahan esakannya kedengaran.

"Don't bite your lips." larang lelaki itu tegas. Ariana sempat mengerling lelaki itu. Jelas rahang lelaki itu bergerak-gerak. Umpama menahan dirinya.

Dia tidak lagi mengigit bibirnya. Tetapi esakan kecilnya mula kedengaran. Tanpa dia sedar, tubuhnya dibawa ke pelukan lelaki itu. Dia menghamburkan tangisan dia di situ. Sesekali dada lelaki itu digigitnya. Dia juga tidak tahu mengapa dia sesuka hati bertindak ke atas lelaki itu tetapi dia cuma ingin melegakan hatinya. Untung lelaki itu tidak menolak atau memarahinya. Sudah terbiasa bila dia marah atau menangis dia akan menggigit sesuatu dan kerap kali bantal menjadi mangsanya.

"Have you done?" Terdengar bisikan lelaki itu di telinganya. Tak pastu sama ada lelaki itu menyindirnya atau benar-benar prihatin. Dia memberhentikan tangisannya. Dikerling dada lelaki itu. Basah dengan air matanya. Dia mengangkat kepalanya takut-takut.

"Your..." Jarinya menunjuk pada baju lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum sinis memandangnya. Satu sapu tangan dikeluarkan dari kot lelaki itu.

"Wipe your tears."

Ariana mengambil sapu tangan di tangan lelaki itu. Air mata dilapnya. Dia sedar lelaki itu sedang memandangnya tapi dia tidak endahkan. Walaupun lelaki itu berusaha memujuknya, hatinya masih sakit. Sesuka hati lelaki itu sahaja mengambil ciumannya tanpa izin. Dia rasa berdosa sangat.

Arian mengelap sisa air mata yang melekat di hidungnya. Pasti hidungnya merah saat ini. Matanya sendiri sudah boleh menangkap bayangan warna merah dipucuk hidungnya.

Lelaki di hadapannya hanya melihat perlakuan Ariana yang serupa budak kecil. Tambahan lagi, bila Ariana mengelap pipinya dengan belakang tangannya serta digosok pipi itu. Jelas warna kemerahan mula muncul. Hujung bibir diangkat sedikit. Sedikit cuit hati dengan tingkah Ariana.

"I'm done." Ariana meletakkan sapu tangan yang diberi itu pada tangan lelaki itu yang berada di sisi. Tak dihiraukan pandangan lelaki itu lagi kepadanya. Dia mengatur langkah pergi semula ke tandas untuk membersihkan mukanya. Dia menarik nafas lega bila kali ini lelaki itu tidak menyekat jalannya.

Lelaki itu tersenyum sinis. Sapu tangan yang digunanya dicium sekali. Ibu jarinya juga digosok bertemu hujung jari telunjuknya. Masih terasa kelembutan wajah dan bibir gadis tadi di tangannya.

"My angel... Ariana." Dia tersenyum lagi. Kali ini dengan penuh makna.

                        _________

"ADIK! Adik pergi mana tadi? Puas akak cari adik tadi. Risau akak bila tak jumpa adik. Nanti mesti mummy marah akak."

Masuk sahaja majlis itu kembali terus kakaknya muncul dengan riak kerisauan di wajah.

"Akak..." lirih dia memanggil Sandra. Dia nak menceritakan tentang kejadian sewaktu dia keluar dari tandas tadi. Dia jadi takut lelaki itu akan menganggunya.

"Ya. Adik okey? Kenapa mata berair ni? Ada sesiapa ganggu adik?" Bertubi-tubi soalan diajukan pada Ariana.

Ariana memejamkan matanya beberapa saat. Meminta sedikit kekuatan dalam dirinya. Memang jika dilihat dia seperti seorang yang cengeng tapi dia tidak kisah dikata begitu. Ini merupakan pertama kali buatnya. Pertama kali dia dicium oleh seorang lelaki selain papanya. Mengingatkan renungan lelaki tadi padanya membuatkan dia tak senang hati. Bisikan lelaki tadi...

"My angel... "

"My beautiful angel..."
Seolah-olah menyatakan dia adalah milik lelaki tadi!

"Tadi..."

Kata-kata Ariana berhenti bila terdengar bunyi mikrofon dari pentas dewan majlis. Ariana dan Sandra sama-sama mengalihkan pandangan.

"Ladies and gentlemen, as we know this year there is a difference in the company's birthday party this time. The event was held with the presence of Managing Director Julian co.

"Give a big applause to our chairman of  Julian co. , Mr. Nichole Riccardo."