Bab 1

Peristiwa terserempak dengan penunggu laut yang berlaku waktu aku remaja masih segar dalam fikiranku sehingga sekarang. Pengalaman yang takkan ku lupakan sampai bila-bila. Malam tu aku, Azrul, Amir, Bob, Rita, Anis, Ani dn Huda pergi ke tepi pantai nak buat camp fire. Oh.. lupa nak bagitahu.. malam tu malam Jumaat.. idea gila si Azrul.. Org malam Jumaat pergi masjid, kami pulak ke tepi pantai. Kaum lelaki ditugaskan untuk mencari kayu api, perempuan pulak memasak.. Dah tu memang kerja orang perempuan kan.. he he.. Setelah mengutip kayu api, kami pun ke tampat Anis, Huda, Ani dan Rita.. Tiba- tiba, Anis berkata, "A..A..pa tu..!!"sambil menunjuk ke tengah laut, kami serentak memalingkan muka ke arah yg di tunjuk oleh Anis. Berderau darah kami bila ternmpk sepotong badan tanpa kepala, tangan dan kaki terbang perlahan-lahan tiba-tiba badan itu seolah-olah membelok menuju ke arah kami. "Tu le kau Anis, siapa suruh kau tunjuk." kataku memarahi Anis. Kami apa lagi terus bertempiaran lari.. yang paling malang akulah, kerana terlalu ketakutan, aku berlari sambil berpaling ke belakang.. dan tiba-tiba tanpa aku sedar, aku terlanggar pokok.. hu hu.. rasa nak pitam pun ada, tapi aku gagahkan diri juga untuk bangun dan terus berlari. Fuhh.. sampai jugak aku kt tmpt kami memarkir motosikal.. Aku tengok si Amir dah tercongok kat tepi motosikal.. Bila saja Amir nampak aku dia terus jerit nama aku, "Man, cepatlah.." Kami dengan dada yang masih berdebar , Amir terus start motosikal, takut punyer pasal smpai terlepas rumah.. dah jauh baru tersedar yang rumah jauh kat belakang.. Hujan mulai turun renyai2. Kami pun mengambil keputusan untuk mencari tempat berteduh. Dari jauh kami nampak sebuah rumah yang nak kira usang tu tak lah tapi tingkap dah tak ada.. Kami pn berhasrat untukmenumpang teduh di beranda rumah tu sementara nak tunggu hujan teduh. Setelah memarkir motosikal kat depan rumah tu. Kami pun duduk kt luar beranda rumah. Aku tengok Amir terjengok-jengok macam nak cari sesuatu . Aku tegur, "Mir, kau cari apa tu?" " Aku nak tengoklah sama ada rumah ni ada pintu ke tak " jawab Amir " Ka pernah tak dengar orang tertelan signboard" tanya aku kat dia.. "Tak pernah lah pulak knpe?" tanya Amir balik kat aku.. " Jangan sampai kau orang pertama yang tertelan signboard tu.. dahlah "Kenapa kau nak bagi aku telan signboard pulak?" tanya Amir.. "Dah kau tu yang bengap sangat", marah aku kat Amir.. "Dah tu takkan nak duduk luar ni je",nnt kalau cik pon beri salam perkenalan bru tau.." kata Amir sambil matanya meliar memandang keliling "Isyyy.. x sayang mulut btul," mrh aku dlm hati... nak je aku hempuk kepala dia dengan helmet.. tapi nanti xpasal-pasal aku kna 302 lak.. hu hu.."Man, sini kejap.." Amir tiba-tiba panggil aku lpas dia melilau sekeliling "Ape dye?" tanya aku."Kau jangan banyak tanya boleh x?" Dengan langkah yang malas, aku pn pergi kt dia.."Kau nampak apa yang aku nampk?" Tanya Amir.. " Kau nampak apa, kau jangan nk macam-macam Mir.." jawabku. "Nie ha.. Pintu ni.. x berkunci?" kata Amir lagi.. "Dah tu kau nak buat apa?" tanya ku polos.. "Apa lah punye bengap sepupu aku seorang ni" marah Amir.. "Aik.. kau pulangkan paku buah keras kat aku, Mir" Amir hanya tersengih mcm kerang busuk... tapi aku rasa kerang tu x sebusuk sengihan si Amir yang mengangkat2 keningnya tu.. Amir mengajak aku masuk ke dlm rumah tu.. " Oit, kau jangan nak jadi gila.. " jeritku kecil . "Dah tu, takkan nak lepak kat luar ni je.. Dahlah sejukkk...." kata Amir sambil mengusap kedua belah lengannya.. Akhirnya aku pun mengalah.. Kami pun masuk ke dalam rumah tu.. (maaf yer, tak reti nak buat bunyi efek pintu kayu dibukak.. ) Dalam rumah masih lengkap dengan kerusi meja walaupun usang... Kami berdua pn duduk di kerusi.. Tiba- tiba aku terdengar bunyi seakan-akan orang bercakap dalam bahasa Melanau kuno.. "Ahhh.. Sudahhhh.." kata ku dalam hati.. Aku menggamit Amir sambil bertanya, Mir, kau dengar x apa yang aku dengar" Amir menggangguk tanpa memalingkan muka ke arah aku.. " Aku tak sedap hati lah Mir.. " Jom kita keluar dari rumah nie.." Kata ku kat Amir.. Baru saja kaki nak melangkah, bunyi org batuk.. Kami berdua terus melajukan langkah keluar dr umah tu.. Setelah keluar, tiba- tiba bahu aku di gamit.. " Yer, Mir.. ada apa?" "Apa dia..?" tanya dia balik.. " Engkau yang gamit bahu aku tadi kan?" tanya aku lagi.. Amir menafikannya. Tetiba bahu dia pulak yg di gamit.. "Man, berhenti dulu.." kata Amir . "Nape lak?" tanyaku tanpa menoleh ke belakang "Kalau kau kat depan, siapa pulak yang gamit aku ni?" Kami serentak berpaling ke belakang.. Tak ada siapa pun yang ada kt belakang Amir.. Jadi kami pun terus berjalan ke motosikal.. Tetiba.. belakang Amir kena gamit lagi.. "Man, dia gamit lagi.." kata Amir lg.. "Buat tak tau je," kataku.. Aku menoleh ke arah Amir, dan terus menjerit, "Makkkkk....!!!!!!!" Aku ternampak sesuatu yang menakutkan kat belakang Amir...."Man, Kenapa dengan kau ni," tanya Amir kehairanan melihat muka aku yang pucat.. Kalau korang tengok muka aku masa tu memang pucat habis, kalau di toreh dengan pisau, konfirm x da darah yang kleuar..." Tu.. Tu.. Kt.." itu saja yang mmpu aku ckp. Dengan perlahan Amir menoleh ke belakang.. Tu dia.. Sesosok badan tanpa kepala sedang menggenggam parang ilang ( sejenis senjata kaum iban ), Apa lagi.. kami berdua terus berlari menuju ke motosikal.. "Mir, cepatlah..." kata ku dgn suara yg ketakutan... Amir terus saja start motosikal sambil memulas trottle, apa lagi, motosikal tu bergerak laju dn terus terjunam ke dalam parit.. tanpa menghiraukan kesakitan akibat kemalangan itu, kami pun naik dan terus berlari, dah tak ingat dah motosikal yang tertinggal dlm parit.. Waktu tu hujan renyai² ataupun hujan serindit bak kata orang Sarawak..dan pada malam tu bulan mengambang penuh..


Sesampainye di rumah, kami pun terus ketuk pintu bertalu2.. "Kreeekkk..." pintu pun di bukak.." Kenapa ketuk pintu cm tu? ," tanya mak aku... Kami x menjawab dan terus masuk ke dalam.. Setibanya di bilik, kami pun merebahkn diri di atas katil masing-masing... Keesokkan pagi nya, kami berdua dgn menaiki EX5 kesayangan pak nek, menuju ke rumah tu balik nak ambik motosikal yang tertinggal mlm tadi.. Sampai kat tempat tu, kami pelik, mana rumah yang kami tumpang teduh semalam, yang ada hanya pokok buluh je kat tempat tu.." Man, semalam kita berteduh rumah siapa?.." tanya Amir . Tiba- tiba saja bulu roma kami berdua terus meremang....Kami pun terus turun ke dalam parit... Dengan susah payah kami menolak motosikal tu ke atas jalan raya..

Setibanya di rumah, dalam hati kami masih lagi tertnya-tanya, rumah siapa yang kami tumpang teduh semalam..