/Eight\

"Laey?" aku duduk di atas sofa apabila dipelawa oleh ibu Dani.

“Ya saya." tiba-tiba aunty Hena memelukku erat.

“Pasti Laey tak kenal aunty siapakan?" aku tercengang tak berbicara.

"Ya aunty." Leo yang jawabkan untukku.

"Aunty sebenarnya sepupu papa kamu, Lezo. Sejak aunty dah berkahwin dengan hubby aunty dari puak manusia, jarang aunty melawat. Sejak hubby aunty mati, aunty terlalu sibuk. Mujur Dani beritahu aunty, Laey dan Leo adalah anak kepada Lezo. Khabar buruk itu sangat membuatkan aunty sedih." luah aunty Hena.

Aku hanya mendiamkan diri. Aunty Hena memelukku erat lagi. Bersama Leo. Dani hanya memerhatikan kami.

"Marilah makan dan kemudian berehatlah dahulu." aku hanya akur dengan arahan aunty Hena.

“Esok aunty akan bawa kamu berdua ke tempat asal kita." aku sangat teruja apabila aunty Hena memberitahu pekara yang sememangnya aku ingin ke sana. Ketempat asal papa.

"Berehat ya." aunty mencium ubun-ubunku dan Leo. Leo hanya banyak mendiamkan diri.

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mataku. Leo sudah lena tidur di bawah lenganku. Dia memang macam ni dari kecil, tidur nak berkepit dengan aku dari baby lagi. Hatiku tertanya siapa je yang ada lagi kat tempat tu. Papa cakap keturunan Riville dah nak pupus disebabkan jadi mangsa puak Vampire. Puak vampire lagi kuat daripada Riville tapi sekiranya tak ada pengkhianat dalam puak Riville, tak adanya Riville menjadi mangsa puak vamp.

Aku nak cari jawapan aku sendiri. Siapa pengkhianat tu? dan kenapa dia mengkhinati keluarga dia sendiri? aku berazam yang aku akan teruskan puak Riville dan ada lagi yang mewarisi puak ini dan aku akan buat papa gembira. Dan mama, aku akan ajak puak manusia supaya bersatu dengan puak Riville. Pasti akan aku lakukan!

Jauh aku termenung mengenangkan mama dan papa sudah lama meninggalkan aku. Aku sungguh kasihan dengan dua beradikku, Lonz dan Leo. mereka sama sekali tidak pernah melihat mama dan papa apatah lagi merasa kasih sayang mereka. Kasih sayang papa aku hanya dapat merasa selama tiga tahun sahaja manakala mama hanya 6 tahun sahaja aku dapat merasai kasih sayangnya. Kedua-duanya aku samgat merindui. Tapi kenapa mereka sanggup bunuh papa dan mama? kenapa begitu kejam sekali mereka memusnahkan keluarga yang aku sayang? Aku dan adik-beradikku menjadi anak yatim piatu sekelip mata sahaja. Tak adakah mereka terfikir tentang aku dan adik-beradikku? kenapa mereka mahu sahaja terus-terusan mahu memusnahkan keluarga aku? lonz dan Leo tidak sempat berjumpa dengan papa, Lonz dari bayi lagi sudah diculik tidak sempat diselamatkan, mama hanya sempat menyelamatkan aku daripada penjahat itu. Leo menggesel-gesel kakinya pada kakiku. Aku mengusap-usap kepalanya mungkin dia sedang bermimpi.