/Ten\

Kami mulakan perjalanan kami, Dani menjadi pandu arah aku dan Leo. Dani tidak seceria dulu sejak maknya menjadi mangsa seterusnya. Dani kekal serius. Sekarang aku berada di dalam sebuah hutan berdekatan dengan sungai yang terpanjang di negeri ini. Dani ada berpesan padaku supaya tidak lembik dan sentiasa kuat. Katanya tempat yang nak dituju ini banyak cabaran dan rintangannya.

"Jangan bising." beritahu Dani apabila kami terdengar bunyi sesuatu yang aneh. Aku memegang erat tangan Leo. Aku memberikan fokus 100% pada Leo, takut dia diambil orang dan aku tidak mahu adikku menjadi mangsa musuh ketat aku sekeluarga. Aku harap aku dapat bertemu dengan Lonz pabila sampai disana.

Beberapa ekor haiwan yang agak pelik bagiku sedang berkeliaran dihutan ini. Dani menarik pantas lenganku dan kemudian kami bersembunyi dibelakang batang pokok hutan yang agak besar dan lebar.

Salah seekor haiwan tersebut dapat mengesan kami dan dia mula mengejar kami bertiga, Aku mengekori Dani sehingga masuk je dalam sebuah gua kecil sementara kami berlindung daripada haiwan aneh itu. Leo mengadu sakit pada betisnya. Dia terjatuh semasa berlari tadi. Aku mengubati betisnya dan dia berehat di dalam pangkuanku.

"Kita kena lalu jalan keluar yang lain." beritahu Dani. Aku hanya mendengar Dani bercakap.

“Kita terpaksa ikut arah sini, jalan ni nampak je dekat tapi banyak cabaran. Cabaran dia kita kena jalan melepasi sungai dan mendaki bukut tinggi. Kau sanggup?" tanya Dani.

“Aku apa sahaja sanggup Dani janji aku dapat pergi ke situ. Aku nak...." ayatku tersangkut apabila teringat peristiwa yang membuatkan aku jadi sedih.

“Tak perlu kau beritahu, aku faham. Ok? Biar aku gendong Leo, kita gilir-gilir." aku mengangguk setuju dengan rancangan Dani.

Hari sudah semakin gelap. Cuaca seperti mahu hujan tapi ia tidak menghalangkan kami untuk meneruskan perjalanan. Sekarang kami sedang berusaha memikirkan untuk melepasi sungai panjang ini. Leo sudah ketakutan. Aku dan Dani bingung. Tiba-tiba ada sesuatu menyerang kami secara mengejut. Aku mula bertindak. Benda yang boleh mencederakan kami iaitu anak panah yang sangat halus boleh menembus masuk ke dalam kulit kita 100% dan ia boleh menyebabkan otot dalam atau organ dalaman kita cedera parah. Aku menyelamatkan Leo daripada terkan anak panah tersebut. Dani juga sedang berusaha mengelak anak panah halus itu. Lama juga ianya aktif. Hampir 1 jam barulah anak panah itu berhenti daripada menyerang kami. Cepat-cepat Dani mengambil papan-papan terpakai yanh memang wujud di dalam hutan ini kemudian dia membuat rakit kecil. Sungai itu tidaklah jauh perjalanannya cuma air yang dalam membuatkan kami susah untuk menyeberanginya. Bahaya sekiranya menyeberang sungai ini tanpa sebarang alatan keselamatan ianya kelihatan seperti air ini menakutkan dan seperti memakan manusia. Leo aku dukung dibelakang badanku. Dia memegang dengan erat dan memejamkan matanya sewaktu rakit ini mula bergerak. Dani menggunakan tenaga lelakinya mendayung rakit ini sehingga ke hujung sungai sana tempat yang sesuai untuk kami mendarat.

Tidak sampai setengah jam akhirnya kami sampai ke destinasi yang dikehendaki dan....

Kami sekali lagi diserang........