/Six\

Laey dan Leo dijaga oleh abang kandung Lezo, Mik. Mir dan Mea dikebumikan bersebelahan. Hanya tinggal Mikk, Meo dan Marv sahaja, mereka yang menjaga Laey dan Leo. Mereka mengambil keputusan untuk berpindah dari situ dan mereka tinggal di bandar puak manusia. Rumah mereka agak tersorok sedikit dan mereka terpaksa menyamar menjadi manusia. Mik, Meo dan Marv membesarkan Laey dan Leo dalam keadaan yang baik. Mereka sanggup lakukan apa sahaja janji mereka berdua selamat.

5 tahun kemudian,

Aku dan Leo pergi ke sekolah dihantar oleh Uncle Meo. Dia yang selalu menghantar dan mengambil kami di sekolah. Ya, sengaja Uncle Mik menghantar aku dan Leo ke sekolah kerana senang untuk kami tahu lebih lanjut lagi tentang kehidupan manusia memandangkan aku kacukan manusia juga. Tapi Uncle Mik menukarkan nama kami supaya nama sebenar kami tidak diketahui oleh orang ramai. Namaku diambil sempena nama mama, Mea dan Leo ambil nama papa, Lezo. Sebenarnya Leo lebih cekap dan cerdik berbanding aku walaupun usia manusianya baru 5 tahun dan nak diikutkan usia mengikut puak Riville dia sudah 10 tahun. Memang sangat berbeza.

"Kak, jauh termenung." tegur Leo. Aku terkejut daripada lamunanku sendiri. Pensel aku letakkan di atas meja kemudian aku mengemas beg aku dan kami berdua berjalan ke arah tempat menunggu. Hari ni lambat pula Uncle Meo ambil kami.

"Hey Mea!" jerit seorang budak perempuan ke arahku kemudian dia membaling batu ke arah aku. Aku dapat menangkap ketulan batu itu dengan tepat. Budak itu agak kaget.

“Kau pelik!" jerit lagi budak itu lagi membuatkan aku panas hati.

"Kau dan adik kau pelik!" dia mula sesi ejek-mengejek dengan aku dan adik aku. Leo hanya membuat riak wajah biasa. Aku sudah tercabar dengan budak perempuan tak guna ni.

"Diam lah!" marh aku. Budak itu memanggil kawan-kawannya kemudian mengajak yang lain untuk turut mengejek aku. Aku menarik tangan Leo kemudian aku berdiri di luar sekolah. Hatiku sebal. Geram. Marah. Kadang-kadang sampai aku naik jemu nak pergi sekolah tapi Uncle Mik tak kasi aku berhenti. Dia suruh aku belajar habis sama dengan manusia-manusia lain. Mereka sanggup bekerja seperti manusia lain hanya untuk mendapatkan pendapatan untuk menyekolahkan kami berdua.

Aku rindu mama dan papa. Tanpa mereka hidupku terlalu sunyi. Aku rindu senda gurauan mama dan papa. Dan amat menyedihkan lagi, Leo tidak dapat merasai semua itu. Lonz juga sama. Adik kembarku kemanakah dia sehingga kini menghilang tidak ditemui. adakah dia masih hidup atau sudah tiada? Di Manakah harus aku mencari dia? aku sudah janji dengan mama dan papa yang aku akan mencari Lonz sehimgga jumpa. Hurmmm... Aku memandang Leo yang sedang termenung memandang jalan raya.