/Five\

Laey mengacah-acah lelaki itu.

“You think so?" tanya Laey apabila lelaki itu cuba untuk mengejarnya menggunakan parang. Seorang lagi cuba untuk mencederakan aku menggunakan pisau tajam miliknya. Perutku semakin lama semakin sakit. Dalam keadaan macam mana pun aku tidak membenarkan mereka ambil anak dalam kandungan aku ini. Laey entah hilang ke mana bersama lelaki tadi. Semoga Laey dapat menyelamatkan dirinya kerana aku tidak kuat lagi untuk berlawan dengan mereka yang kuat-kuat belaka.

"Abang Mikk..." panggil aku lemah apabila dia berjaya menewaskan tiga orang sekaligus kemudian dia mencempung badanku dan membawa aku masuk ke dalam bilik.

“Mea, jangan keluar dalam bilik ni." aku akur dengan arahannya.

Perutku semakin memulas dengan kuat. Aku menahan sehingga berpeluh-peluh. Tiba-tiba seseorang merempuh pintu bilikku dan aku lihat Laey berada di belakang lelaki itu. Aku mengesot kebelakang apabila lelaki itu memdekati aku semakin lama semakin dekat.

“Dont touch my mama!" Laey cuba berlawan dengan lelaki itu. Kudrat lelaki lagi kuat. Aku sedikit menjerit apabila dahi Laey terkena hujung mata pisau menybabkan dahinya bercalar panjang dan berdarah. Laey tetap gagah berlawan dengan lelaki itu.

Sungguh ligat lelaki itu melawan dan mengacah Laey dengan pisaunya. Aku sudah tidak dapat tahan lagi dan sampai masanya aku mahu meneran dengan kuat. Darah sudah mengalir pada betisku. Aku memegang perut yang agak tegang dan sangat sakit. Air mataku mengalir laju. Laey menjerit memanggil aku tetapi aku tidak kuat untuk menyahut panggilannya.

"Mama!" tiba-tiba sebilah pisau terpacak pada dadaku dan aku mula sesak nafas. Separuh nyawa aku sudah hilang melayang. Aku mati.

"Tak guna!" jerit Laey. Dia menikam lelaki itu menggunakan pedang miliknya bertubi-tubi. Laey mendapatkan ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi. Tiba-tiba Laey terdengar tangisan bayi. Dia menyelak kain ibunya dan terlihat bayi yang berdarah dan kemerahan lagi menangis. Ibunya sempat melahirkan adiknya. Laey mengendong adiknya dan kemudian dia menarik tuala yang terletak di atas katil lalu membaluti adik lelakinya itu.

"Leo, mama dah tak ada. Papa dah lama tinggalkan kita, Leo!" ngadu Laey pada adiknya. Nama itu sudah lama Mea memberitahu Laey. Nama adik lelakinya Leo Riven. Laey memeluk adiknya sambil menangis. Leo terdiam daripada menangis dia seolah-olah tahu kakaknya sedang bersedih.