BAB 7

Sejujurnya, aku tak suka dengan pertemuan tersebut. Aku dapat rasakan Hairi bukanlah lelaki idaman aku sebab dia terlalu mengharap kepada orang lain untuk mendapatkan aku . We talk about effort okay! Aku sejenis perempuan yang suka melihat usaha seorang lelaki mendapatkan wanita pilihannya. Orang kata gentleman. Aku tak mahu hidup bersama dengan suami yang selalu mengharap belas ihsan dan malas berusaha. Aku jelak dengan sikap lelaki seperti itu.

Pejam celik pejam celik dah masuk tujuuh tahun aku bermandi peluh, bersengkang mata dan berhempas pulas dengan thesis, exam dan bermacam experiment yang membabitkan terma kedoktoran dan perubatan, maka aku pulang ke tanahair. Dan kini aku menunggu keputusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengagihkan posisi aku di hospital yang telah aku pilih. Katanya aku masih dalam senarai menunggu namun bila-bla masa akan dipanggil untuk temuduga.

Pada masa yang sama hari graduasi sengaja aku tak pergi sebab bagi aku apa guna pergi hari graduasi tanpa keluarga. Keluarga adalah segalanya bagi aku sekarang meskipun jauh di sudut hati aku yang paling terdalam aku masih mendambakan kehadiran seseorang menemani aku menempuh hari-hari yang gembira dan adakalanya sukar ini

“Doktor Allana !” panggil seseorang dari belakang.

Aku tak berapa kenal dengan sosok tubuh agak tinggi yang berlari menghampiri aku itu namun aku cuba juga untuk mengecam sosok tubuh tersebut.

Dengan bersahaja, lelaki becermin mata bingkai hitam dan menyarung jubah doktor itu berkata, “Doktor Allana ingat lagi saya tak ?”

Aku cuba mengecam siapa gerangan orang ini namun gagal, lalu aku menggelengkan kepala. Juju raku tak kenal.

“Ohh Tak ingat eh… Tak apalah kalau macam tu. Saya ni doktor baru kat sini. Kalau tak keberatan boleh doktor tunjukkan jalan kat kawasan sekitar Hospital ni?”

“Maaf. Saya bukan tak nak tunjuk tapi aku rasa semua jalan kat kawasan hospital ni dah ada papan tanda. Baca dan ikut saja direksi papan tanda tu, InsyaAllah selamat dan pergi ke jalan yang benar. Dah namanya doktor kan pasti membaca papan tanda bukan tugas yang sukar” ujar aku menjawab dingin. Bukan apa, sudah terlalu biasa aku disapa sebegitu oleh kebanyakan doktor atau pergawai perubatan lelaki di hospital ni yang niatnya cuma satu, nak try market!. Jadi tolakan aku ni bukanlah kali pertama aku lakukan sejak hari pertama aku mula berkhidmat di hospital ini. Sebab itu aku digelar doktor garang.

Aku kemudian membawa diri di sebuah taman yang direka khas oleh pengurusan hospital untuk warga hospital yang stress dengan kerja mereka. Aku menghirup secawan kopi ais yang aku dapatkan dari vending machine yang diletakkan di situ. Sambil mengurut leher dan menghela sisa lelah kepenatan bekerja, fikiran aku sekali lagi mengelamun panjang memikirkan tentang nasib aku yang semakin dimamah usia ini.