BAB 9

“Ikut mak… Lana letih ni mak, tadi ada beberapa pembedahan. Badan dah tak larat nak berfungsi. Ikut suka makla, nak doktor ke, doktor haiwan ke, doktor gigi ke, pelayan restoran pun saya on je mak. Restu ibu lagi berkat kan?’’. Jawabku acuh tak acuh.Aku sendiri dah cakap macam orang lalok.

“Okey! Maksudnya Lana nak kahwin dengan siapa sahaja yang mak pilih la ni Tak menyesal ye? Muktamad?”

“Ya, mak titik! Muktamad. . Mak pilihlah siapa pun… Lana penat ni, mak!”

Seperti yang diatur oleh pihak kedua belah keluarga maka hari ini berlangsunglah hari pertunangan aku.

Sumpah aku lupa yang hari ini merupakan hari pertunagan aku. Aku benar-benar lupa mujur ada seorang doktor bercermin mata ala John Lennon menegur aku tentang hari pertunangan. Mulanya aku pelik macam mana doktor tu tahu pasal pertunangan aku , tapi memandangkan aku dalam keadaan kelam-kabut aku tak berapa ambik port sangat.

Setibanya di rumah, telinga ku berdesing dengar leteran dan bebelan mak. Mak diserang panik, mak ingatkan aku sengaja tak nak balik kononnya nak lari dari majlis ni. Mujur juga dia faham yang aku dah terbiasa ke hospital setiap hari. Kalau sudah tak pergi ke hospital, tu dah memang kes misteri nusantara dah tu.

Selepas siap bersolek dan pakai baju tunang, baru aku teringat siapa bakal tunang aku sebenarnya.

Aku pun bertanya pada mak, “Mak, siapa nama bakal tunang dan dia kerja apa?”

“Ya Allah! Budak bertuah. Dah berapa kali mak bagitau kamu. Kan mak ada bagitahu hari tu!”

“Er yeke mak pernah bagitau saya, macam taka da je mak.”

“Ada. Mak ada bagitahu. Masa tu kamu balik dari kerja, puas mak cerita pasal budak laki tu sampai kamu tertidur berdengkur dah serupa mak bacakan bedtime story kat kamu!”

“Mana aci, masa tu saya penant. Bila penat memang semua tak masuk dalam otak mak,’’ jawabku.

“Hish kamu ni, time genting macam ni baru kamu nak tengok. Jangan cakap kamu nak cancel sudahlah. Ada… Kejap mak pergi ambil.” Marah mak.