BAB 1

Hei kau,, apa yang kau tahu tentang perkahwinan? Kau boleh kata macam-macam jawapannya dalam pelbagai pandangan, sudut agama dan sebagainya. Namun bagi aku ia sebuah institusi yang suci.

Allah telah menciptakan setiap kita berpasang-pasangan. Maka mereka hidup dalam keadaan yang tidak sempurna jikalau pasangan mereka tidak ada. Umpama sayap yan patah. Begitulah sifat fitrah manusia. Manusia akan merasa tidak sempurna jika tiada pasangan bersama mereka walaupun hidup dalam keadaan yang mewah, banyak harta benda tapi tiada pasangan. Perkara ini telah berlaku pada Nabi Adam a.s. Walaupun hidup dalam syurga Allah. Hidup yang penuh mewah. Tetapi beliau masih lagi merasakan tidak sempurna.

Allah cipatakan Hawa sebagai suri hidup Nabi Adam a.s,selepas itu barulah beliau merasakan hidupnya sempurna. Nikah atau perkahwinan adalah sunnah nabi kita.Sabda Rasullulah "Nikah itu adalah sunnahku". Jadi jelaslah di sini bahawa perkahwinan ini adalah ibadah dan ia adalah salah satu ibadat yang perlu kita tunaikan.

Namun dalam konteks dunia masa kini, kahwin adalah simbolik kepada penyatuan dua hati yang disulami rasa cinta akhirnya mengikat mereka kepada sumpah janji sehidup semati, menjalani kehidupan mendatang berdua, ebrtiga berempat seterusnya ke anak cucu hingga ke akhir hayat.

Hmmm… Aku hanya mampu mengeluh panjang mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias mnerusi program ‘Kalau Dah Jodoh’ di saluran Astro ini.

Entah kenapa setiap kali bercakap soal kahwin hati aku dihurung bunga-bunga bahagia. Membayangkan rumah kecil yang boleh menjadi mahligai buat tua berdua kasih tersimpul hingga ke syurga. Itu adalah matlamat aku dan impian paling teratas ku semai dalam hidupku.

Apa definisi kahwin pada manusia lain aku tidak tahu tapi bagi aku ianya mudah. Segerakan perkahwinan dan lakukan mana yang afdal dan harus. Namun ironinya aku sukar untuk bertemu jodoh bahkan untuk merealisasikan hasratku ini kerana keluarga menghalang niatku. Berkali aku menyuarakan hasrat untuk berkahwin, bercerita tentang kesediaan ku namun dipandang sepi.

‘’Kamu ni asyik sangat cakap pasal kahwin dah kenapa? Cuba fikir buat apa nak kahwin awal? All out belajar elok-elok, habiskan semua sampai ke peringkat tertinggi barulah fikir soal kahwin. Kalau kahwin awal, gerenti susah nak ke mana-mana asyik macam belangkas je dengan suami nanti. Ikut cakap suami satu hal pula.’’ Itula pesanan dan amaran seorang ibu.

Fine! Fine! aku turutkan kehendak semua. Puas hati? Aku melanjutkan pelajaran ke luar negara sudahnya aku hanya habiskan ussia mudaku melepak dengan kawan-kawan sekampus yang ku anggap seperti keluarga di sini. Namun yang menyemarakkan lagi keinginan aku adalah melihat sendiri bagaimana hampir kesemua kawan aku di sini membina mahligai bahagia dengan pasangan masing-masing meskipun kahwin di usia muda. See mereka boleh je bergerak ke sana sini, sukses mengeccapi cita-cita walau melekat bagai belangkas!

Yelah aku tak kata aku betul 100%. Tak dinafikan ada juga yang terkandas dari menamatkan pelajaran namun jumlahhnya berapa persen sahaja jika dibandingkan yang sudah berkahwin namun masih ligat dan bersemangat meneruskan pengajian. Kalau aku pun, ada suami disisi menemani pastinya semakin bersemangat!

Aku tengok ada juga kawan aku yang suami mereka melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Tiada yang susah aku tengok bahkan mereka lagi bersemangat dan saling menyokong satu sama lain. Jadi kalau mereka boleh, sudah pasti aku pun boleh.

Eh Tipu kalau kata hati aku tak terusik bila melihat kawan-kawan yang dah kahwin semua mesra dengan pasangan masing-masing. Aku hilang dalam ramai, merasa kosong.

Alangkah indahnya mereka berpasang-pasangan sedang aku menyendiri macam kerang busuk. Adakalanya macam nyamyuk kacau daun. sudah tentu ditemani dengan kawan berbeza bila bersama orang tersayang yang kau anggap teman sehidup semati. Bila lihat kawan aku melayan baik suaminya dan si suami memuji baik kawan aku. Aku tumpeng bahagia namun sebagai manusia, tidak dapat aku menipu diri, betapa aku juga mendambakan kebahagiaan yang sama.