BAB 8

Adik ketiga aku, ALora akan menamatkan zaman bujangnya dua bulan lagi semantelah aku pula masih begini, masih bujang. Saban hari balik lewat pulang balik memikirkan kerja yang menggunung.

Mak dah lama bising sebabnya aku selalu sangat tolak calon-calon suami yang dicadangkannya sehingga mak sendiri beri aku kuasa untuk putuskan siapa pilhan hati aku. Mungkin sudah terbiasa menutup hati dan patuh pada arahan keluarga bertahun lamanya membuat aku tak kisah sangat tentang kewujudan lelaki meskipun jiwa ku merasa kosong. Entah kenapa aku tawar hati untuk berkahwin ia bukan lagi menjadi priority ku dan kini sudah terbalik, keluarga ku pula yang kelam-kabut dan kalut memikirkan aku belum lagi bertemu jodoh. Padaan muka merka, baru tahu kelam-kabut.

Aku ingin sukses dalam karierku. Apatah lagi beberapa hari lagi, aku dimaklumkan aku akan dinaikkan jawatan sebagai Ketua Jabatan Kardiologi hospital ini bagi menggantikan seorang doktor senior yang sudah bersara. Dalam usia muda, aku berjaya melonjakkan nama aku dan kemahiran aku dalam masa yang singkat. Aku semakin dahagakan kejayaan demi kejayaan.

Namun, apa jua yang telah aku lakukan, kekosongan itu tetap wujud dalam hati aku. I abagai jantung kau ditembak di bahagian tengah dan dibiarakan berlubang namun kau masih survive. Kau masih hidup. Saat yang tepat sudah tiba namun hatiku masih belum beranjak dan mampu digoncangkan. Perlukah aku cari lelaki idaman sendiri? Sejujurnya aku sudah penat memikirkan tentang ini. Ah, biar mak sahaja yang tentukan! Getus hati aku mula tak tahan menanggung rasa kekosongan dalam hati. Apa perlu aku isi boring cari jodoh secara atas talian?

“Sejujurnya Lana, Mak tak tahu apa yang kamu tengah fikirkan… Tapi petang tadi, ada seorang lagi datang nak merisik pasal kamu. Mak kata lah yang kamu tu single dan kalau nak boleh terus hubungi kamu, mak cari selama ni tak ada satu pun yang kamu berkenan...”

Entah apa yang mak bebelkan pun aku tak beri ambil port sangat. Aku terlalu penat. Seharian di hospital sambil memikirkan tentang nasib aku yang boleh dianggap bakal memasuki angka 30-an meskipun aku rasa ia muda namun aku kena terima hakikat bahawa zaman muda aku semakin dimamah waktu, sungguh memenatkan. Entah datang mana kekuatan Akhirnya aku hanya kata pada mak, “ saya ikut je apa yang mak pilih, mana yang baik di mata mak, maka baiklah di mata saya ye mak.”

“Kalau mak pilih yang doktor nak tak?”