BAB 2

“Jangan merungut, ambil ia sebagai satu yang positif ya. Sabarlah sayang, kebahagiaan pasti akan jadi milikmu, its just a matter of time actually.” ujar Ogy ketika aku menjadi pengapitnya.

Ya, selepeas puas dipujuk rayu, akhirnya aku pulang ke Malaysia selepas Ogy menyuarakan kesanggupannya untuk membelanjakan sejumlah wang membeli tiket kapal terbang ku. Sungguh dia tidak mahu orang lain menjadi pengapitnya selain aku di majlis resepsinya.

Pelamin bertemakan zaman kesultanaan Melayu tersergam indah. Ogy dan pasangannya anggun sama cantik dan sama padan mengenakan persalinan songket, persis raja dan permaisuri zaman dulu kala. Tema klasik sememangnya tak pernah gagal, tak dimamah waktu, sentiasa jadi pilihan selamat dan indah buat raja sehari.

Melihat senyuman tersipu malu Ogy dan pasangannya sudah menunjukkan betapa indahnya perkahwinan itu. Semua yang hadir tidak lekang dengan senyuman gembira.. Kesemuanya tersenyum ceria seakan mendoakan jinjang pelamin yang dibina akan kekal sehingga ke hujung usia. Aku juga membayangkan yang saat ini akulah yang berdiri dipelamin tersergam indah itu bersama pasangan ku yang kacak menawan seperti pelakon Korea. Alahailah.

Selesai sudah majlis resepsi Ogy dan aku sengaja memanjangkan cuti aku sebab dah alang-alang di Malaysia kan, bolehlah aku meluangkan masa bersama keluarga atau buat sesi food hunting merasa makanan yang asyik viral lewat sosial media. Nanti dah pulang ke negara orang, taklah ralat dan menyesal tak merasa makanan tempatan.

Dan, sedar tak sedar tinggal beberapa bulan lagi abang aku akan menamatkan zaman bujangnya. Aku tumpang bahagia dan dalam masa yang saa menitipkan doa dan yakin bahawa tak lama lagi pasti tiba masa aku pula. Ya bak kata Ogy, positive kan. Yelah aku sedang menebarkan jala positive vibe aku ni!

Aku sempat berseloroh dengan abang aku dan mengatakan yang tak lama lagi giliran aku namun ia dibalas dengan sindiran dan pesanan tajam. Pergh bukan main dia sentap.

‘’Toksah nak fikir kahwin awal, belajar jauh-jauh takkan nak berhenti di tengah jalan. Lepas tamat study baru fikir nak kahwin,’’ seloroh abang aku namun ia disokong dengan nada serius oleh ibu aku yang bersetuju dengan kata-kata abang aku.

Apakah mereka sedar yang usia aku meningkat apatah lagi aku ini pelajar perubatan. Bidang aku takkan habis hanya dalam masa empat tahun. Tujuh tahun adalah tempoh yang perlu diambil hingga aku berjaya menjadi pengamal perubatan. Kalaau nak diiukutkan tempoh itu sudahnya aku hanya gigit jari melopong tengok dua adik perempuan aku kahwin terlebih dahulu sebelum aku. Yes we talk about langkah bendul okay!