prolog

"Aku terima nikahnya Nur Balqis Suhana binti Amirul Hakim, dengan mas kahwinnya yang tersebut...." dengan sekali lafaz Nik Niel Aryan bin Tan Sri Nik Mikhail sah menjadi suami kepada Balqis. Isteri yang tidak 'diundang' itu pasti akan menjadi parasit di dalam hidupnya selepas ini. Pasti perempuan kampung itu akan menyusahkan hidupnya. Huh! kau tahu lah nasib kau perempuan.

Balqis kelihatan sangat cantik berbaju kurung moden berwarna putih lengkap dengan tudung dari warna yang sama, bajunya yang dihiasi dengan kain lace serta ditambah dengan manik dan labuci yang berwarna perak sangat memukau mata yang memandang. Nampak sangat simple namun kerana kecantikan Balqis yang asli dan ditambah pula dengan solekan yang natural ianya kelihatan sangat menawan sehingga tidak jemu mata para tetamu melihatnya.

Aryan tersenyum sambil melambai kepada para tetamu dan beberapa wartawan yang hadir. Almaklumlah dia anak kepada orang yang ternama dan berpangkat tinggi, lagi pula namanya tidak asing lagi dalam dunia perniagaan di Malaysia, kerana baru saja mencecah 28 tahun dia sudah menjadi salah seorang usahawan muda yang berjaya, apalagi dengan wajahnya yang sangat kacak dan perwatakannya yang sangat 'gentleman', serta badannya yang sado dan tinggi lampai persis model.

Dalam hati Aryan dia menyumpah seranah terhadap isteri yang baru dinikahinya itu. Memang cantik, ayu, dan lemah lembut, namun gadis kampung itu bukanlah setaraf dengan pangkat keluarganya yang kaya-raya. Lagipula Balqis anak yatim piatu dari mana yang Walid dan Bonda kutip bagi dia kawin. Entah-entah muka saja cantik, lemah lembut, sopan bagai tapi hurm! Malas nak cakap. Dia belum bersedia untuk berumah tangga, tapi atas desakan Walid dan Bonda terpaksa juga dia ikutkan.Ahh! biarlah.. taulah nasib perempuan itu nanti.

Balqis tersenyum malu apabila dirinya diusik oleh sanak saudara yang dia tidak kenali. Dia bersyukur apabila Tan Sri Mikhail dan Puan Sri Zainab sudi menjadikan dia sebagai seorang menantu. Dia mengenali mereka berdua suami isteri tiga tahun yang lalu, apabila arwah ayah membawa mereka ke rumahnya kerana kenderaan mereka rosak dalam perjalanan ke daerah utara tanah air. Sejak dari itu mereka kerap datang bertandang ke rumahnya dan tinggal di situ beberapa hari sehinggalah Arwah ayah meninggal dunia, lalu dia diambil dan dijaga oleh kedua manusia berhati mulia itu. Sebenarnya Balqis tidak pernah tahu bahawa pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki, sehingga mereka melamar dirinya untuk dijadikan isteri kepada Aryan. Selama setahun Balqis tinggal bersama mereka tidak pernah sekali pun dia bertemu dengan Aryan, katanya Bonda Aryan tidak suka dikongkong dan suka hidup berdikari. Mereka amat bangga dengan satu-satunya pewaris tunggal itu. Seperti mana ibu bapanya, pasti begitu juga parangai anak teruna mereka. Harap Balqis dalam senyuman.

--------------------------------------------

Usai solat isyak Balqis bersiap-siap untuk turun kebawah memandangkan masih ada tetamu yang hadir dan juga sanak saudara yang masih tinggal. Dari tadi dia masih belum sempat berbual dengan suaminya. Sibuk barangkali! Maklumlah pengantin baru katakan, ramai yang perlu dia bertemu, biarkan saja dulu!

Balqis baru saja mahu memulas tombol pintu untuk keluar, namun pintu itu terlebih dahulu dibuka. Terpacul wajah Aryan yang kelihatan sangat penat. Balqis tersenyum manis. Bukan gatal tapi sebagai salam perkenalan yang pertama sebagai suami isteri.

Aryan berjalan menuju ke katil. Punggungnya dihenyak dan terus berbaring tanpa memperdulikan Balqis yang dari tadi hanya memandang perlakuannya.

"Abang..." lembut dan gemersiknya suara itu. Terasa sangat dekat dengan lubang telinga Aryan.

"huish!... terkejut aku. Kau apa hal dekat-dekat ni.. dah jauh sana... aku nak relaks." kasar ayat yang keluar dari mulut Aryan. Balqis terasakah? Arhhhh! lantak lah..

Terkesima Balqis mendengar ayat yang keluar dari mulut Aryan. Kasar! Terus hilang senyuman dari bibirnya yang menawan.

"heeh... engkau ni pekak ke tuli... aku cakap blah sana lah... kau ingat mak bapak aku suka kau. Aku pon kena suka kau ke? pergi mampos lah..." Kali ini lebih tajam dan menghiris pendengaran Balqis. Hatinya terluka sangat dalam dengan kata-kata Aryan.

"Abang tak nak mandi, solat dulu ke. Saya siapkan pakaian abang okay." Tanpa memperdulikan kata-kata kesat dari mulut puaka Aryan dia masih bersopan dengan suaminya. Itulah syurga buat dirinya, dia perlu menjaga dengan sebaik mungkin.

"hoi pompuan! Kau dengar sini elok-elok. Aku kawin dengan kau sebab Walid dengan Bonda yang paksa tau. Kalau ikut aku tak hingin tau tak. Kau jangan ingat aku nak jatuh hati, jatuh cinta pada kau. Sedangkan model yang cantik, cun melecun pon aku tolak inikan pula pompuan kampung macam kau. Sedar di kau sikit okay... you do your thing, i do my thing" panjang dia memberi amaran kepada Balqis. Walaupun itu bukan caranya. Dia perlu bertegas. Itu saja caranya untuk menjauhkan gadis itu darinya.