Part 1

Bunyi derapan kaki mula kedengaran di luar pintu bilikku. Memang cukup jelas kerana rumah ini hanya diperbuat daripada buluh. Lagi lagi lantai nya yang banyak lubang lubang kecil. Aku mula menggigil ketakutan. Terus sahaja aku menyelimuti seluruh tubuhku.

Kedengaran tapak kaki seperti sedang mundar-mandir. Sempat lagi aku mengerling jam loceng yang berada di atas meja yang bersebelahan dengan katil ku ini. Jam tersebut menunjukkan sudah pukul 3 tepat pagi. Aku dikejutkan lagi dengan suara... Kali ini bukan bunyi tapak kaki tetapi tombol pintu bilikku pula yang dipulas pulas.

Pintu bilikku dikuak. "Arrghh! " Aku mejerit sekuat hati lalu bersembunyi di balik langsir tingkap.

Tiba-tiba aku mendengar suara seperti seseorang yang sedang menyanyikan lagu ' Selamat Hari Jadi ' . Aku dengan perlahan menyelak kain langsir sambil menutup mata. Aku sangat - sangat merasa takut. Aku membuka mataku perlahan-lahan. "Selamat Hari Jadi Balqis! " Jerit suara itu. Pandanganku masih kabur.. Lampu pun hanyalah menggunakan lampu pelita sahaja. Aku memisat-misat mataku.

Aku melihat seorang gadis yang berada di hadapanku sambil memegang sebiji kek.
Aku tertanya-tanya pada diriku sendiri. "Hari jadi aku ke? Siapa gadis ini? Mengapa wajahnya seiras aku? Permainan apakah ini? " bisikku.


#To be continued...