RESET : DARK

Sarah segera masuk ke dalam biliknya setelah terdengar bunyi pintu dibuka. Sarah menarik kerusi kecil dibawah meja kayu lalu menolaknya ke belakang pintu.

"Sarah,"

Sarah segera memanjat kerusi itu lalu mencapai kayu rotan yang tergantung di belakang pintu.

"Sarah!"

"Sarah datang!" jerit anak kecil itu.

Sarah turun dari kerusi itu lalu berlari ke arah bapanya yang berdiri di tengah ruang tamu.

"Papa, maaf sebab Sarah lambat." Sarah menyerahkan kayu rotan itu kepada bapanya.

"Sarah, hari ni Sarah nak bentuk apa ?" Soal bapanya.

"Bentuk hati!" Jawab Sarah sambil tersenyum.

"Kalau hati, kita kena pakai pisau." Bapa Sarah mengeluarkan pisau lipat dari poketnya.

Sarah meniarap di hadapan bapanya. Bajunya diselak sehingga menampakkan sedikit tubuh badannya. Bapa Sarah mula mengukir bentuk hati di belakang badan anaknya. Begitulah aktiviti harian mereka anak beranak. Setiap hari bapanya akan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Setelah itu, bapa Sarah akan mengukir atau melibas rotan ke tubuh anaknya. Sarah langsung tidak terkesan dengan tindakan bapanya. Sedih dan marah tiada di dalam kamus hidupnya. Apa yang anak kecil itu tahu hanyalah menghiburkan hati si bapa walaupun caranya salah.

Suatu hari, Sarah keluar dari rumahnya untuk mencari makanan. Dia terlanggar dengan seorang lelaki muda yang berusia dalam lingkungan 20-an ketika cuba membawa lari makanan yang dicuri olehnya. Lelaki itu membantu Sarah mengutip bungkusan makanan yang bertaburan di atas jalan raya.

"Hoi pencuri!" Penjual makanan yang diambil oleh Sarah itu menghampiri mereka.

"Kalau dah miskin sangat pergi kutip makanan dekat tong sampah sana!" Marah penjual makanan itu.

"Encik, berapa harga semua makanan yang dia ambil ? Saya bayar." Lelaki muda itu mengeluarkan dompet.

Setelah selesai berunding dengan penjual makanan itu, lelaki muda itu memandang Sarah. Mata lelaki itu tertangkap pada lebam yang berada di tubuh Sarah. Lelaki itu menutup baju Sarah yang terselak sedikit itu.

"Siapa buat lebam-lebam dekat badan adik ni ?" Soal lelaki itu.

"Papa!"

"Adik tinggal dengan siapa ?"

"Mama dan papa Sarah!"

"Mama Sarah tak marah ke papa Sarah buat Sarah macam ni ?" Soal lelaki itu.

"Tak! Papa pernah cakap yang setiap pertunjukan mesti ada penonton. Papa cakap mamalah penonton pertunjukan kami." Lelaki itu tersenyum mendengar kata-kata Sarah.

"Sarah rasa seronok ke bila papa Sarah lukakan badan Sarah ?" Sarah mengangguk.

"Seronok! Sebab papa gembira bila Sarah bagi papa lukis-lukis dekat badan Sarah!" Sarah menyelak kedua belah lengan bajunya dan menunjukkan lebam-lebam yang mempunyai pelbagai bentuk kepada lelaki itu. Lelaki itu kemudian menarik lengan baju Sarah sehingga menutupi seluruh lebam itu.

"Sarah nak tak gembirakan mama dengan papa Sarah ?" Soal lelaki itu.

"Nak!" Lelaki itu mendekatkan mulutnya ke telinga Sarah dan membisik sesuatu.

"Kalau Sarah buat macam yang pakcik cakap, pakcik akan bawa Sarah ke tempat yang lagi seronok."

"Janji!" Lelaki itu mengangguk.

"Pakcik tunggu Sarah dekat sini. Sekarang pukul 6 petang. Pakcik akan tunggu Sarah sampai malam." Sarah segera berlari pulang ke rumahnya.

Dua jam kemudian, Sarah muncul dengan pisau lipat milik bapanya di tangan. Bajunya yang mulanya dipenuhi dengan kotoran hitam kini berlumuran dengan darah. Sarah berlari ke arah lelaki itu dan berkata,

"Pakcik! Sarah dah buat macam yang pakcik cakap! Mama dengan papa gembira sangat sampai mereka tertidur."

"Bagus. Seperti yang pakcik janjikan, pakcik akan bawa Sarah ke tempat yang seronok."

Lelaki itu memegang tangan Sarah dan memimpinnya ke dunia baru. Dunia yang penuh dengan kegelapan dari zaman kecilnya.