BAB 1

Keadaan lapangan terbang KLIA yg begitu sibuk membuatkan Liya sukar untuk mencari kawan baiknya disitu. Tidak lama kemudian,Liya membuat keputusan untuk duduk di sebuah kerusi yang tersedia di sana.Dia pun membuka begnya lalu mengambil sebuah novel untuk dibaca sementara menunggu kawan baiknya itu.Setelah lama menunggu , Liya menutup novelnya dan disimpannya ke dalam beg semula.

"Ehh? mana Nana nie? janji nak jemput jam 10? Haa, nie dah jam 11 nie.Hmm , dia tu kalau tak lambat memang tak sah."Liya mengeluh sendiri dengan nada yang perlahan.
"Oii ! kau kutuk aku eh?"Nana berkata dengan nada yang agak tegas.
"Haa tulah lambat lagi, kan dah kena kutuk.Lepas tu tak reti nak bagi salam kan?"balas Liya
"Hehehe sorry . Best kau bercuti kat Paris?"Nana cepat-cepat menukarkan topik kerana malas mendengar bebelan Liya.
"Bestlah juga tapi solo-solo jalan tu tak best lah. Eh dah lah , mana kereta kau? Jomlah aku nie dah rindu katil aku kat rumah . Aku nak rest" balas Liya
"Ehh bukan ke awak pergi dengan ayah awak? kereta ada kat sana dah jom . Sini aku tolong kau" kata nana sambil menolong Liya mengangkut barang barangnya.
"memang aku dengan ayah aku tapi dia tu sibuk dengan kerja.So, aku jalan lah sorang sorang . Nie aku balik nie pun sebab bosan takde kawan kat sana" balas Liya sambil berjalan menuju ke arah kereta.

Semasa perjalanan balik ke rumah , Liya hanya tidur kerana terlalu letih dengan keadaan kapal yang kurang selesa .Setalah sampai ke rumah , nana meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Liya hanya mampu berkata okay sahaja kerana terlalu letih.Setelah Nana pergi , Liya terus ke biliknya dan berehat .