BAB 1

Tercungap-cungap dia berlari semata mahu menyampaikan berita sensasi abad ini! Dengan tubuhnya yang tinggi dan besar seperti pemain rugby, Zaty merempuh siapa saja yang menghalang laluannya dari menyampaikan berita tergempar itu.

‘’Korang! Tahu tak kita dah ada mangsa baru untuk cuci mata selepas Mael bajet lots of mix tu. Tadi ada budak kembar baru daftar kolej kita ni. Lagi handsome tahap selebriti Hollywood okay muka diorang!’’ ujar Zaty berkobar-kobar.

“Amboi kau Zati, benda macam laju je kau tahu kan? Macam mana kau boleh tahu?”

“Bukanlah aku kebetulan nampak masa berdating sakan dengan Fauzan kat cafeteria, dengar citer dorang satu course dengan fauzan.’’

Noni kemudia mengalihkan pandangan pada sepasang kembar yang menjadi rakan sebiliknya sejak lima bulan yang lepas, dan mereka berempatlah kawan yang sudah sseperti belangkas, ke mana sahaja sentiasa bersama.

“Rose dah alang-alang ada adik beradik kembar lelaki ni, aku rasa inilah masanya kau masuk line. Gerenti korang akan jadi pasangan kebar paling sensasi dan entah-entah bolehlah viral masuk Vockett ke, Oh Bulan ke atau Siakap keli,’’ seloroh Noni.

Rosa dan Rose adik beradik kembar yang cukup sempurna rupa paras dan sering menjadi rebutan peljar lelaki di kolej. Sungguhpun terkenal dan menjadi perhatian, mereka tetap merendah diri dan tidak melayan lelaki sembarangan.

‘’Aku bukan apa Noni, kau kan tahu yang aku malas fikir tentang lelaki ni, buat pening je. Tujuan aku adalah untuk menimba ilmu bukan cari laki,’’ balas Rosa.

“Alaa Rosa . Bukannya salah pun kalau nak cari jodoh kat sini. Kau kena pandai-pandailah aturkan masa dan hidupkau. Belajar belajar juga, jodoh tu kau tak boleh tolak. Kau tengok aku dan Fauzan, bila study kami fokus, bila masa enjoy pandai-pandailah kau nikmati.’’ Jelas Zaty lagi.

Mankala Rose yang tekun menelaah pelajaran hanya mendengar saja perbualan mereka. Dia tak mahu masuk campur kerana urusan sebegini dia akan serahkan pada kakaknya Rosa.