Prolog

Syafiq, pelajar tahun akhir jurusan seni bina. Dia seorang pelajar biasa, tidak terlalu menonjol di dalam aktiviti fakulti malah tidaklah terlalu pasif dalam bergaul dengan pelajar lain. Dia bersama-sama dengan rakan-rakan nya yang lain bakal bergraduasi hujung tahun ini. Namun sebelum itu, dia perlu lulus di dalam semua subjek terutamanya projek tahun akhirnya itu. Jika gagal, dia harus mengulang kembali projeknya itu dan bergraduasi bersama junior-juniornya kelak.

Kebanyakkan kawan-kawan nya sudah hampir selesai dengan projek mereka. Malah mereka hanya perlu tinggal membuat laporan bagi melengkapkan lagi projek mereka itu. Namun sebaliknya yang terjadi pada Syafiq. Sebulan yang lalu, supervisor nya Dr. Lisa sudah mula cuti bersalin. Mahu atau tidak Syafiq terpaksa menukar supervisor nya. Dan yang lagi malang, hanya Prof. Idris sahaja pilihan yang dia ada.

Prof. Idris sangat terkenal dengan sifat cerewetnya. Dia sangat mementingkan kesempurnaan sehinggakan Syafiq terpaksa memulakan semula projeknya itu. Prof tidak mahu menerima idea yang lama, jadi Syafiq terpaksa mengolah idea baru dan melakukan segalanya semula. Disebabkan itulah, projeknya masih belum siap. Dan kerana itu jugalah, Syafiq terpaksa bekerja lebih keras bagi memastikan projeknya itu berjaya.

"Saya tak kira. Macam mana sekalipun, awak kena siapkan projek ni sebelum naik semester yang baru. Kalau tidak, saya akan gagalkan awak dalam projek ni." Marah Prof. Idris pada nya.

"Baiklah Prof. Saya akan cuba siapkan projek ni sebelum naik cuti. Tapi makmal dekat fakulti tu bukak ke sepanjang cuti semester?" Tanya Syafiq perlahan.

"Kalau kamu nak guna, maklumkan je pada kerani dekat pejabat ni. Nanti dia akan buka kan makmal tu untuk kamu." Kata Prof. Idris sambil menaip sesuatu di hadapan komputernya.

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu ye Prof. InsyaAllah saya akan cuba siapkan secepat yang mungkin." Kata Syafiq sambil menghulurkan tangannya untul bersalaman dengan Prof. Idris.

"Jangan cakap je, buktikan pada saya yang awak boleh siapkan sebelum naik semester baru ni. Macam yang saya cakap tadi, kalau awak nak grade sekali dengan kawan kawan awak, awak mesti siapkan. Kalau tak, grade tahun depan lah jawabnya." Prof. Idris mengingatkan Syafiq lagi.

Syafiq cuba sedaya upaya untuk terus tersenyum. Walaupun dalam hatinya dia merasa geram, namun kerana tidak mahu menimbulkan sebarang masalah lain dia tetap mengukir senyuman di bibirnya itu.

Dia kemudian nya melangkah keluar dari bilik itu lalu berjalan perlahan ke arah parkir keretanya. Sepanjang perjalanan ke keretanya, dia memaki hamun Prof itu di dalam hatinya. Ialah, kalau Prof terima idea nya yang lama, pasti dia sudah menyiapkan projeknya itu. Nampak gayanya, terpaksalah dia melupakan waktu cutinya dan menumpukan sepenuhnya pada projek nya itu.

Enjin kereta kancilnya dihidupkan, lalu dia pun beredar dari fakultinya itu. Hatinya masih marah, namun memikirkan ianya tidak akan mengubah apa-apa membuatkan dirinya sedikit reda. Dipandunya kereta itu perlahan, sambil dia menikmati angin yang berderu laju masuk dari tingkap keretanya.

"Ala, bukan nya teruk pun tinggal dekat sini. Dekat rumah pun nanti aku bukan nya buat apa-apa pun. Lagipun sebulan je, bukannya lama." Monolog Syafiq sendirian dalam usaha untuk menenangkan hatinya.