BAB 9

Setelah berbincang, keluarga Zharif dan Sarah setuju untuk mereka berkahwin dalam masa 6 bulan lagi. Mereka tidak bertunang, terus bernikah sahaja.

Hari ini Sarah dan Zharif akan ke butik untuk fitting baju pengantin mereka. Sarah sudah bersiap-siap. Sebentar lagi Zharif akan menjemputnya. Itu pun Zahra yang memberitahunya. Nak harapkan Zharif? Lelaki itu langsung tidak menghubungi Sarah.

Sementara menanti Zharif sampai, Sarah membuka laci almari soleknya. Sebuah bingkai gambar dia dan Zharif ketika mereka belajar dulu dikeluarkan. Dia tersenyum kecil apabila mengingati pertemuan pertama dia dengan Zharif dulu.

5 tahun lepas...

Sarah berjalan sendirian menuju ke pejabat pendaftaran. Hari ini ialah hari pertama dia di University Of Cambridge.

Tiba-tiba tubuhnya dilanggar oleh seseorang. Sarah terduduk jatuh. Habis kertas-kertas yang berada di tangannya bertaburan.

" Aduhh sakitnya " .

" I'm so sorry miss. Are you okay? " soal lelaki itu.

" Sakit tahu tak? Mana awak letak mata awak tu ha? " soal Sarah sambil mengutip semula kertas-kertasnya.

" Cik ni daripada Malaysia ke? " soal lelaki itu.

Sarah terus mengangkat wajah memandang lelaki itu.

" Ha'ah. Awak pun orang Malaysia? " .

" Ha'ah saya daripada Malaysia. Alhamdulillah jumpa jugak orang Malaysia kat sini " Zharif mengucap syukur.

Sarah memandangnya pelik.

" Err siapa nama awak? " soal Zharif.

" Sarah Aleeya. Panggil Sarah jer " .

" Saya Zharif. Eh mari saya tolong " Zharif menghulurkan tangannya.

Sarah menyambut huluran Zharif. Lelaki itu membantunya bangun.

" Sorry ea Sarah. Saya tak perasan tadi" .

" It's okay takpa " .

" Awak nak pergi mana? " .

" Pejabat pendaftaran " .

" Haa kebetulan. Saya pun sama. Jom lah pergi sekali " ajak Zharif.

Sarah mengangguk setuju. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke pejabat pendaftaran. Sambil itu banyak benda yang mereka borakkan.

Sejak itu Zharif dan Sarah mula rapat. Kebetulan mereka mengambil jurusan yang sama. Dalam diam perasaan cinta antara mereka mula hadir. Zharif terus meluahkan perasaanya pada Sarah. Sarah juga mempunyai perasaan yang sama. Sejak itu mereka mula menyulam cinta.

Sarah tersentak daripada lamunannya apabila telefon bimbit miliknya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama 'Zharif' pada skrin telefon.

" Hello Zhaf " .

" Berapa lama lagi I nak kena tunggu you ni ha? I dah ada depan rumah you. Boleh cepat sikit tak? Leceh betul lah. Cepat sikit! " .

Sarah terkedu mendengar bebelan Zharif. Belum apa-apa dah kena marah. Dia terus mencapai tas tangannya dan berlalu turun ke tingkat bawah.