BAB 23

Mereka semua menanti Sarah di ruang menunggu wad kecemasan. Ibu bapa Sarah dan ibu bapa mertuanya turut ada. Begitu juga dengan Edri dan Zahra.

Zharif dihimpit rasa kesal. Semua ini terjadi kerananya. Dia tidak pernah nampak keikhlasan hati Sarah. Selama ini gadis itu banyak bersabar dengannya.

Seorang doktor keluar daripada bilik rawatan Sarah.

" Doktor macam mana keadaan isteri saya? " soal Zharif.

" Pesakit dalam keadaan kritikal sekarang ni kerana dia banyak kehilangan darah. Kami akan cuba sedaya upaya " .

Lemah lututnya saat mendengar kata-kata doktor itu. Datin Salma sudah menangis teresak-esak. Dia ditenangkan oleh suaminya, Datuk Fuad.

Zharif melangkah masuk ke dalam ruangan wad yang menempatkan isterinya. Wajah Sarah yang masih belum sedarkan diri itu ditatap lama. Satu kucupan lembut didaratkan di dahi Sarah.

" Sarah, maafkan saya Sarah. Saya tak pernah nak dengar penjelasan awak. Saya terlalu ikutkan hati. Sampai saya dah buat awak terluka dengan kata-kata saya selama ni. Maafkan saya Sarah. Bangunlah cepat, saya rindukan awak.. " Zharif mengambil tangan Sarah kemudian dikucup lembut tangan itu.

Sebentar tadi Edri telah menceritakan dia yang sengaja mengedit gambar Sarah agar Zharif dan Sarah putus. Zharif benar-benar menyesal dengan apa yang telah dia lakukan pada Sarah.

" Sarah, kalau awak nak tahu kata-kata saya selama ni semuanya tipu. Saya tak pernah bencikan awak Sarah. Saya tak pernah lupakan sema kenangan kita. Saya masih cintakan awak lagi. Daripada dulu sehinggalah sekarang, perasaan ni tetap sama. Saya cuma cintakan awak " .

Lama Zharif menemani Sarah yang masih belum sedarkan diri sehingga dia sendiri terlena di sisi gadis itu dengan kepalanya yang terletak di birai katil sambil tangannya erat menggenggam tangan Sarah.

Zahra dan Edri hanya memerhati daripada pintu kaca wad itu. Mereka tidak berhenti doa agar Sarah cepat sedar. Ibu bapa mereka sudah pulang ke rumah terlebih dahulu. Zharif yang menyuruh mereka pulang kerana hari sudah lewat. Kasihan dia melihat ibu bapanya dan ibu bapa mertuanya. Esok mereka akan datang semula.

" Zahra bersyukur sangat abang Zhaf dah sedar yang kak Sarah tak salah " .

Edri mengangguk perlahan.

" Semua ni salah saya. Kalau tak disebabkan saya, dia orang tak akan terpisah " kesal Edri.

" Jangan cakap macam tu. Semua orang pernah buat silap. Yang penting awak dah sedar kesilapan awak. Saya akan ada selalu di belakang awak " .

Edri tersenyum nipis sambil memandang Zahra.

" Terima kasih Zahra " .