BAB 16

" Zhaf, mummy nak cakap sekejap " panggil Datin Aima.

" Ada apa mummy? " soal Zharif.

" Mummy nampak Tasha datang tadi. Bukan main mesra lagi Zhaf layan dia" .

" Mana ada mummy. Zhaf layan dia biasa-biasa jer. Dia ajak Zhaf temankan dia makan tadi. Itu jer " jawab Zharif.

" Iyalah tu. Zhaf kena ingat ea, Zhaf dah kahwin tau. Buat cara dah kahwin. Bukannya mummy tak tahu yang Tasha tu masih simpan lagi perasaan pada Zhaf. Jangan nak melayan sangat. Tolong jaga hati Sarah tu. Jangan buat dia terluka " pesan Datin Aima.

" Yelah " jawab Zharif.

" Ingat pesan mummy ni. Dah pergi lah naik rehat " .

" Okay. Zhaf naik atas dulu " Zharif terus berlalu naik ke biliknya.

Sebaik pintu biliknya dibuka, Zharif melihat Sarah sudah pun berada di dalam biliknya. Gadis itu sedang duduk di balkoni.

Sarah terus menoleh saat melihat Zharif sudah masuk ke dalam bilik. Dia mendekati lelaki itu.

" Zhaf " panggilnya lembut.

" Hmm " jawab Zharif.

Dia sudah merebahkan badannya di atas katil.

" Dah lama awak kenal Natasha tu?" soalnya.

" None of your business " jawab Zharif. Matanya sudah dilelapkan.

Sarah mengetap giginya menahan geram.

" Saya berhak tahu sebab saya dah jadi isteri awak " .

Zharif ketawa sinis.

" Isteri? Isteri pilihan keluarga I. Bukan pilihan I " .

" Zhaf, tak boleh kalau kita start semua ni daripada awal? Sampai bila kita nak macam ni? " soal Sarah.

Zharif terus bangun. Dia duduk di birai katil.

" You nak kita mulakan semuanya daripada awal? No! I dah tak nak ambil risiko untuk terluka lagi dengan apa yang you dah buat dulu. Sekali you buat, tak mustahil you akan ulang benda yang sama kan? " .

" Masalahnya saya tak buat semua tu".

" Kenapa ea you tetap nak tegakkan benang yang basah? Dah terang Sarah, you memang curang dengan I dulu. Lelaki mana yang nak ada isteri macam you? Lelaki mana yang sanggup diduakan? Sarah kalau orang lain tahu perangai sebenar you, tak ada siapalah nak jadikan you isteri. Kira beruntung I setuju untuk kahwin dengan you tau. Jadi tolong jangan pertikaikan layanan I pada you. You deserve it, after what you did " Zharif terus berlalu masuk ke dalam kamar mandi.

Sarah terduduk lemah di birai katil. Mengalir lagi air matanya. Kadang-kadang dia rasa ingin mengalah. Tapi demi cintanya pada Zharif, dia akan pertahankan rumah tangganya ini.