BAB 6

Seperti biasa, Sarah bersiap-siap untuk ke pejabat. Semenjak Datuk Fuad jarang masuk ke pejabat kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan, Sarah lah yang mengambil alih syarikat.

Setelah puas dengan penampilannya, Sarah turun ke tingkat bawah untuk bersarapan.

" Morning papa, mama " ucapnya.

Dia menarik kerusi di hadapan Datin Salma dan melabuhkan punggungnya di situ.

" Morning " .

" Papa tak masuk office ya hari ni? " soal Sarah. Dia mencapai sekeping roti lalu disapukan dengan nutella.

" Papa tak berapa sihat hari ni. Esok papa masuk " jawab Datuk Fuad.

Sarah mengangguk perlahan.

" Sarah " panggil Datin Aima.

" Ya? " .

" Mama ada benda nak beritahu Sarah sebenarnya ni " .

" Apa dia? " soal Sarah.

" Aunty Aima, dia tanya pasal Sarah " .

" Tanya pasal Sarah? Tanya apa? " .

" Sarah dah ada boyfriend ke belum, kalau belum dia nak jodohkan Sarah dengan Zharif " .

" Apa? Uhukk..uhukk " Sarah terus tersedak.

Datuk Fuad terus menghulurkan segelas jus oren padanya.

" Gelojoh lah Sarah ni makan " tegur Datin Salma.

" Ma, biar betul aunty Aima nak kahwinkan Sarah dengan Zharif? " soalnya seakan tidak percaya.

" Betul lah. Apa pulak tak betulnya. Kalau Sarah setuju, kira jadi jer lah ea" .

" Tapi takkanlah tiba-tiba jer " .

" Sarah, apa salahnya kalau kahwin dengan Zharif tu. Dia okay apa. Hensem pun hensem. Papa suka kalau dia jadi menantu papa " sampuk Datuk Fuad.

Sarah menelan air liurnya. Aikk sejak bila pulak papa macam ni?

" So macam mana? Sarah setuju tak?" soal Datin Salma teruja.

Sarah tidak terus menjawab. Dia termenung seketika. Jika ditanya sama ada dia mahu atau tidak berkahwin dengan Zharif, tentulah jawapannya ya. Tapi bagaimana dengan Zharif sendiri? Boleh ke dia terima Sarah menjadi isterinya.

" Sarah? Mama tanya ni. Termenung pulak budak ni " .

" Hmm diam tu tanda setuju lah tu " jawab Datuk Fuad.

" Eh tak, bukan macam tu " bantah Sarah.

" Kira setuju jer lah Sarah. Apa lagi yang nak ditunggunya. Sarah tu pun bukannya muda sangat. Dah 24 tahun. Sesuai sangatlah kalau kahwin pun " .

Sarah menelan air liurnya. Terasa berpasir. Untuk apa Datin Salma meminta pendapatnya jika pada akhirnya dia tetap harus berkahwin dengan Zharif.

" Alhamdulillah bang. Tak lama lagi, dapat menantu lah kita " Datin Salma sudah tersenyum lebar.

Sarah hanya mampu mengeluh perlahan. Jika dia membantah sekali pun, keputusan Datin Salma tetap sama.