BAB 15

" Zahra " panggil Sarah.

" Ya kak? " .

" Nampak abang Zhaf tak? " soalnya.

Zahra tersenyum kecil.

" Amboi tak boleh jauh sikit dengan husband dia " perli Zahra.

Sarah tergelak kecil.

" Tak adalah. Tadi akak nampak dia, ni dah tak nampak pulak. Zahra tahu mana abang Zhaf pergi? " .

" Zahra pun tak pasti lah kak. Rasanya abang Zhaf dekat khemah kot. Tadi dia berborak dengan kawan-kawan dia " .

" Oh okay. Akak pergi tengok sekejap" Sarah terus berlalu keluar daripada rumah. Dia mencari Zharif di bawah khemah.

Matanya tertancap pada Zharif dan seorang gadis yang sedang rancak berborak di bawah khemah. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa cemburu. Siapa perempuan tu? Soalnya sendiri.

Dia melangkah menghampiri Zharif.

" Hai awak. Kat sini rupanya " Sarah tersenyum kecil.

Zharif dan Natasha serentak menoleh ke arah Sarah.

" Tasha, kenalkan ni wife I. Sarah nama dia " .

" Hai Sarah. Congratulation " Natasha tersenyum kecil pada Sarah.

" Thank you. Awak kawan Zhaf ya? " .

" Saya Natasha. Panggil Tasha jer. I actually kawan rapat Zhaf. I hope you tak kisah kalau I dengan Zhaf still berkawan " .

Sarah tersenyum kelat.

" Yaa of course I tak kisah " jawabnya. Padahal dalam hati lain pula jawapannya. Mana mungkin dia suka jika suaminya itu rapat dengan perempuan lain.

" Thank you Sarah. Oh by the way, I pernah ada hati dekat Zhaf tau. You beruntung sebab Zhaf pilih you sebagai wife. I jugak yang makan hati tengok Zhaf dah kahwin " .

Sarah terkedu mendengar kata-kata Natasha.

" Tasha, janganlah cakap macam tu. You akan jumpa lelaki yang lebih baik nanti " kata Zharif.

Dia perasan air muka Sarah berubah apabila Natasha berkata begitu.

" Sarah, jaga Zhaf baik-baik. Jangan salahkan I kalau I rampas Zhaf daripada you nanti. So jangan betul-betul. Jangan sampai husband you ni cari lain " .

Panas pula hati Sarah saat mendengar kata-kata Natasha. Ada hati nak rampas laki aku konon. Eiii geramnya.

" Jangan risau Tasha, I akan jaga Zhaf baik-baik. Tapi kalau I dah jaga dia baik-baik, orang still caras dia I tak boleh buat apa-apa lah kan. I harap you bukan perempuan macam tu " perli Sarah.

Natasha terus terdiam. Zharif pula sudah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dua orang gadis di depannya itu saling perli-memerli.