BAB 22

" Abang, Edri dah berubah. Dia bukan macam dulu lagi " bela Zahra.

Zharif tersenyum mengejek.

" Berubah? Orang macam dia ni nak berubah? Jangan harap lah. Abang nak Zahra putuskan hubungan Zahra dengan jantan tak guna ni " .

" Zhaf, jangan cakap macam tu. Mana lah tahu kalau memang Edri betul-betul dah berubah. Beri dia peluang" pujuk Sarah.

Kesian pula dia melihat Zahra.

" Beri peluang? Hei memang tak lah. Entah-entah dia sengaja rapat dengan Zahra sebab nak berhubung dengan you kan?!" .

" Zhaf! Awak cakap apa ni? Awak ingat saya ni perempuan jenis apa ha?" marah Sarah. Geram pula dia dengan tuduhan melulu Zharif.

" Zhaf, Sarah tak salah. Aku yang salah. Selama ni aku yang tergila-gilakan Sarah. Tapi Sarah cuma cintakan kau seorang jer. Dalam hati dia cuma ada kau " ujar Edri yang sejak daripada tadi hanya diam.

" Dah lah. Aku takkan percaya kata-kata penipu macam korang ni. Dan you Sarah, kalau you nak kembali pada Edri I boleh lah lepaskan you. Then you dengan jantan tak guna ni boleh pergi berambus! " .

" Abang Zhaf! " marah Zahra.

Air mata Sarah sudah laju mengalir.

" Abang Zhaf ni kenapa ha? Kan Edri dah cakap dia yang salah dan dia dah berubah. Kak Sarah tak salah " .

" Zahra, dengar sini baik-baik ea. Abang tak nak Zahra ada apa-apa hubungan lagi dengan jantan tak guna ni. Tolonglah jangan percaya sangat dengan pengkhianat ni. Jangan membelakangkan keluarga semata-mata untuk jantan ni! " Zharif terus berlalu meninggalkan mereka.

Dia ingin pulang ketika ini. Tiada mood lagi untuk sertai majlis malam ini. Hatinya benar-benar sakit. Dia baru saja ingin membuka hatinya untuk menerima Sarah, tapi rupa-rupanya gadis itu ada rancangan lain. Dia gunakan Zahra untuk berhubung semula dengan Edri. Sarah memang benar-benar sudah melampau.

" Zhaf! Zhaf tunggu " Sarah berlari mengejar langkah Zharif.

" Arghhh! " .

Tiba-tiba sebuah kereta memecut laju sehingga merempuh tubuh Sarah. Tubuh Sarah tercampak di tengah jalan.

" Kak Sarah! " jerit Zahra.

Dia berlari mendapatkan Sarah yang sudah terbaring dengan darah yang berlumuran di tengah-tengah jalan.

Zharif yang mendengar jeritan Zahra terus menoleh. Dia terkejut melihat Sarah yang dipangku oleh Zahra.

" Sarah.. " Zharif terus berlari kearah mereka.

" Edri cepat call ambulans! Ya Allah kak Sarah, kak Sarah tahan kak Sarah" air mata Zahra laju mengalir.

Edri segera menghubungi ambulans.