BAB 8

" What are you trying to do Sarah? " soal Zharif keras.

Dia memandang tajam ke arah Sarah.

" What do you mean? " soalan dijawab dengan soalan oleh Sarah.

Zharif tersenyum mengejek.

" Jangan nak pura-pura tak tahu lah Sarah. Stop berlakon " .

" Seriously Zhaf, saya memang tak faham. Apa maksud awak? " soal Sarah.

" You sengaja kan pujuk mummy I supaya I kahwin dengan you? Perempuan jenis apa you ni? Tak tahu malu ke? " pedas soalan yang keluar daripada mulut Zharif.

Sarah terkedu seketika. Dia seolah-olah tidak percaya Zharif sebegini sekali. Lelaki itu benar-benar sudah berubah.

" Zhaf awak dah salah faham. Saya tak pernah pujuk mummy awak untuk awak kahwin dengan saya. Mummy awak yang lamar saya untuk awak " .

" You are liar " .

" No. I'm not a liar. Untuk apa saya menipu? Kalau awak tak nak kahwin dengan saya, then beritahu mummy awak yang awak tak nak. Simple Zhaf" .

Zharif diam. Semalam dia sudah setuju untuk berkahwin dengan Sarah. Mana mungkin hari ini dia membantah. Pasti Datin Aima akan kecewa. Wanita itu kelihatan sangat teruja apabila Zharif setuju untuk berkahwin dengan Sarah. Dia tidak sanggup membuat Datin Aima kecewa.

" I takkan batalkan perkawinan ni. Tapi you kena ingat, I terima perkahwinan ni pun sebab mummy. Bukan sebab I nak kahwin dengan you. Jadi jangan nak perasan dan jangan pernah bermimpi yang I akan layan you macam seorang isteri bila kita dah kahwin nanti " .

Sarah menahan rasa. Tergamak Zharif berkata begitu. Benci sekali lelaki itu dengannya.

" Sampai sekarang awak masih berdendam dengan saya Zhaf? " soal Sarah.

" Yes. I takkan pernah lupa apa yang you dah buat pada I. Betapa sakitnya hati I waktu tu, tak ada siapa tahu. Dan sampai bila-bila pun I tak akan pernah lupa apa yang terjadi antara kita " Zharif terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Air mata Sarah sudah bertakung. Cepat-cepat dia mengesat air matanya. Dia tidak mahu orang lain nampak dia menangis.

Tanpa Sarah sedari, Zahra mendengar semua perbualan antara dia dan Zharif. Gadis itu turut bersimpati dengan Sarah.

Zharif, andai kau tahu betapa aku cintakan kau. Daripada dulu sampailah sekarang, perasan ni masih sama. Tak berkurang walau sedikit. Nama kau selalu ku sebut di dalam doa. Semoga suatu hari nanti kebenaran akan muncul dan ketika itu kau tahu yang aku tidak salah.