BAB 1

TOK TOK TOK

Matanya cuma memerhatikan sahaja daun pintu yang diketuk dari arah luar. Sedari tadi dia hanya mampu diam membisu dan mengeluh.

“Abang buka lah pintu ini” suara jeritan dari Hazrul kedengaran semakin

kuat. Nak tak nak dia bangkit dari meja study dan melangkah lemah ke

arah pintu.

“Hah nak apa kacau aku malam-malam ini?” soal Hazlan bengang. Jangan

salah tafsir dia benci adik dia sudah. Dia sebagai abang yang sulung

memang kena tunjuk yang dia garang. Nanti kalau tunjuk dia lembik

adik-adik tak nak dengar kata pulak. Makin pijak kepala dia.

Belum sempat dia soal lebih lanjut Hazrul menarik lengan dia dengan

pantas. Hampir tersungkur Hazlan dimuka pintu bilik. Nak halang Hazrul

tak terhalang. Lengan dia dipegang kemas.

“Ini soal nyawa ni. Abang kena tolong dia?” tercungap-cungap Hazrul

bersuara. Muka Hazrul pucat lesi. Melihat reaksi Hazrul, Hazlan kematian

kata-kata. Tak pernah dia lihat Hazrul dalam keadaan begitu.

Dia hanya menurut sehingga Hazrul menarik dia masuk ke dalam hutan

belakang rumah. Dia dihimpit tanda tanya. Bunyi serangga dimalam hari

semakin kuat. Berani pulak adik dia yang penakut ini masuk hutan tengah

malam buta tanpa bantuan sebarang cahaya. Hanya cahaya bulan yang

menjadi penyuluh malam.

“Kau…” belum habis bersuara mulut Hazlan ditekup. Hazrul menarik Hazlan

duduk diatas tanah. Hazlan yang tidak bersedia terduduk. Nyaris punggung

dia terhentak pada pemukaan tanah yang keras.

“Dalam tanah itu ada orang” Hazrul berbisik. Tangan yang berada dimulut

Hazlan dilepas perlahan. Dia memberi isyarat senyap pada abang sulungnya.

Jari telunjuk kiri menunding pada tanah yang berada berhampiri tempat

mereka bersembunyi. Bertambah kerut dahi Hazlan. Adik aku ini nak main

sorok-sorok dalam hutan tengah malam gini? Ini memang nak bagi aku darah

tinggi.

“Kau ini dah kenapa hah rul?” Hazlan berbisik. Terikut dengan telatah

Hazrul.

Hazrul pandang Hazlan sayu. Dalam pekat malam jelas kelihatan wajah

Hazrul yang pucat lesi. Hazlan kematian kata-kata. Erk… adakah adik aku

kena sampuk.

Hazlan tarik nafas dan lepas. Dia cuba bersabar. Sebagai abang sulung

dia kena bertindak secara rasional. Sekarang ada dua kemungkinan. Satu,

Hazrul tengah cuba bergurau kasar tengah malam buta ini sebab selama

berada disini, dia sikit pun tak beri perhatian pada adik yang sorang.