BAB 1

“Dia dah balik…” sekali lagi Risqa bersuara sambil mencuit bahu aku.

Aku memandang Risqa seketika. Tersenyum kelat. Kembali menghadap skrin komputer, cuba memberi tumpuan meskipun ada debar menjentik ruang hatiku.

“Beb kuda putih kau tu dah balik tau tak!.” Risqa menepuk mesra bahu aku sambil berlalu menuju ke mejanya. Kali ini tumpuan aku sedikit terjejas fokus aku sudah hilang.

“Balik? Kuda Putih? ” getus hatiku.

Siapa dia? Siapakah gerangan Kuda Putih yang Risqa cuba katakan ini? Kuda Putih. Beberapa kali aku menyebut perkataan itu dalam hati cuba mengingati apakah maksud kata-kata itu.

Ku katup mata erat cuba mengingat 5 minit kemudian baru aku teringat.

Dia dah balik? Kuda Putih sudah pulang? Dada aku semakin berdebar.

Jantung aku berdegup pantas dan dalam masa yang sama mata aku terasa pedih.

Tanpa aku sedari ada manik jernih yang mengalir perlahan membasahi pipiku.

Lekas-lekas aku menyeka arimata lalu memandang ke arah Risqa.

Dia juga nampak tekun dengan tugasnya bagaikan sebentar tadi dia tidak berkata sesuatu yang mneyentak diriku.

Atau mungkin hanya telinga aku seolah terdengar sesuatu. Aku sendiri kurang pasti.

Lama aku merenung ke arah Risqa, mengharap dia menoleh ke arah aku namun hampa.