BAB 1

Meskipun jam meja yang diletakkan di sebelah kiri laptop sudah menunjukkan angka 1.10 pagi, namun mata Ramdan masih terbuka luas.

Penuh khusyuk dia menonton satu-persatu cerita pendek berkaitan dengan aktiviti paranormal yang terdapat di laman sosial YouTube.

Meskipun durasi cerita itu menjangkau hampir sejam lamanya namun itu tidak pernah mematahkan semangat Ramdan untuk menonton cerita tersebut.

Hampir setiap hari dia akan berusaha untuk mencari seberapa banyak cerita pendek yang berkaitan dengan kisah misteri yang melibatkan ‘paranormal’.

Bagi Ramdan, sukar bagi dirinya untuk mempercayai kisah-kisah misteri seperti mana yang diperoleh dari mereka yang melakukkan aktiviti paranormal.

Terkadang Ramdan akan memuncungkan bibirnya setiap kali melihat cerita yang melibatkan kisah diantara dua alam yang berlaku diantara dua makhluk Allah.

Pada pandangan mata kasar Ramdan, mereka yang dimasuki makhluk ghaib atau dirasuk seolah-olah sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian orang.

Takkala penyelidikan berkisarkan 2 alam itu dijalankan, Ramdan sungguh tidak masuk perangkap apabila melihat mereka yang dirasuk seperti tidak masuk akal.

Lantas kerna itu, Ramdan nekad mahu membuat aktiviti paranormal itu sendiri agar dia tahu apa benar misteri itu benar-benar ada. Masih ternyiang-nyiang amarah Shatila, sahabat karib Ramdan apabila usulan itu disuarakan.

“kau dah gila ke Ramdan ? Kau ingat benda tu boleh dibuat main-main ke, hah!” Marah Shatila. Dia menggelengkan kepala. Geram dengan sikap keras kepala rakannya itu.

“Alaaa… apa salahnya. Kan dah ramai orang buat benda tu. Aku pun nak try juga. Betul ke tak benda tu wujud?” Ramdan mencantas.