BAB 1

Mata yang terpejam dibuka perlahan-lahan. Kepalanya masih pening berpinar-pinar. Qaisara sedar yang kini tubuhhnya diikat pada sebuah kerusi. Qaisara meronta-ronta cuba melepaskan dirinya. Malangnya dia diikat dengan kuat sekali. Matanya melilau melihat kiri dan kanan. Iskandar sedang terbaring berlumuran darah sama seperti bibik. Dia mula berfikir akan dalang di sebalik kejadian ini.

Dia melihat ke arah kanan. Satu susuk tubuh berpakaian serba hitam sedang duduk di hadapan sebuah piano berwarna putih. Qaisara cuba melihat wajah lelaki itu namun gagal. Jari jemari lelaki itu lincah mengetuk satu persatu papan kekunci piano hingga membentuk sebuah lagu. Qaisara kenal lagu itu. Lagu yang sering menghantuinya. Lelaki itu kelihatan sangat tenang. Qaisara hanya mampu memerhati sahaja.

“Hai Qaisara … aku akan ambil nyawa kau tepat pada masa kau ambil nyawa orang yang aku sayang…” lelaki itu tersenyum sinis. Lelaki itu berpaling. Qaisara terkejut melihat pemuda itu. Kenapa mesti dia.

Wajah itu kelihatan sangat tenang dan tampan. Tak terlihat raut seorang pembunuh di wajah lelaki itu. Senyuman sinis lelaki itu kelihatan sangat manis di mata Qaisara. Kenapa mesti dia. Qaisara mengeluh lemah. Qaisara terpandangkan sesuatu. Di tangan lelaki itu terdapat sebilah pisau. Qaisara pasrah. Andai lelaki itu puas dengan kematiannya dia redha.

“Kasihan dia. Jadi kambing hitam dalam rancangan aku. Memang dia gila tapi tak cukup gila macam aku!” lelaki tadi menggaru kepalanya. Dia menolak badan yang terbaring di lantai dengan kakinya. Tiada tindak balas. Mungkin sudah mati. Qaisara semakin takut. Lelaki itu mendekatinya dan bergerak mengelilingi tempat dia diikat.

“Kau ingat tak kemalangan lima tahun lalu… kereta kau bergesel dengan kereta kancil berwarna merah di Bukit Antarabangsa. Pemandu kereta kancil tu tak mati tapi dia lumpuh.Tapi dia tak boleh terima hakikat dia tak sempurna. Dia perlukan kaki dia untuk menjadi pemain tenis yang berjaya. Dan akhirnya dia mati kerana murung…”