Prolog

"Qalbu!" Sayup kedengaran nama gadis itu dipanggil oleh rakan-rakannya. Pemandangannya semakin kabur dan kelam. Sakit akibat tercampak jauh sebentar tadi masih lagi terasa. Qalbu tidak mampu untuk bangun melawan musuh dihadapan. Diserahkan takdir hidupnya di tangan sang pencipta sepenuhnya. Mulutnya tidak berhenti-henti berzikir memuji keagungan yang Maha Esa.

Qayyum gelisah di tempat persembunyiannya. Wanita kesayangannya sekarang berada di dalam situasi yang cemas. Memandang kawasan di sekelilingnya untuk mencari peluang menyelesaikan misi serta menyelamatkan Qalbu.

Sementara itu, Hafis dan Jidih masih lagi bergelut dengan pasangan kembar yang mempunyai badan bersaiz besar. Gaya bertarung mereka menyerupai gerakan Sumo.

"Hafis! Banyak lagi ke masa kita ni? Aku risaukan Yan dan safi tu! " bicara Jidih yang bersiaga dengan musuh dihadapannya.

"Aku tak pasti. Yang aku pasti selagi Qayyum tak bagi petanda selagi tu kita kena teruskan. Kau rasa kita mampu atau tidak?"

"Tawakal dan berserah lah kepada Dia. InsyaAllah, kita mampu melawan mereka. Ayoh maju!" Jidih melancarkan serangan balas ke arah salah seorang kembar yang kelihatan alpa dengan kewujudan dirinya.

Lelaki itu terduduk memegang lehernya. Matanya menjadi sebulat-bulatnya apabila darah merecik keluar tanpa henti. Kembarnya terpaku sebentar sebelum berlari menyerang Jidih yang hampir dengannya. Tanpa sempat dia menghampiri Jidih, badannya dihempap oleh satu batang besi yang jatuh dari bahagian atas bangunan itu.

Badannya pecah berkecai dan darahnya mewarnai lantai putih di sekelilingnya. Bebola matanya sebelah kiri terkeluar dari soketnya. Sangat ngeri untuk memandangnya.

Hafis dan Jidih memandang ke arah tiang yang terjatuh. Senyuman terukir di bibir mereka. Masa untuk meraka beraksi sudah tiba. Petanda yang ditunggu sejak dari tadi kini muncul.