BAB 1

BAYANGAN adalah tentang seorang detektif dan seorang psikopat yang mana kisah ini bersangkut paut tentang masa lampau mereka.

“Daerah lima mengalami masalah. Sila hantarkan bantuan kecemasan secepat mungkin!” monitor di dalam pejabat itu berkelip-kelip.

Penghuni dari pejabat ini, yang tadinya masing-masing nyenyak kini bangun dalam keadaan panik dek terkejut mendengar suara yang dikirimkan oleh Miki, ketua Daerah lima.

Kaget dengan pesan suara singkat yang dikirimkan oleh Miki, Kepala Daerah Lima. Luna segera menekan-nekan papan kekuncinya untuk memberi respon kepada mesej kecemasan itu.

Tak lama kemudian jari mungilnya bergerak pantas menelefon beberapa nombor meminta bantuan seperti ambulans dan juga beberapa tentera sebagai langkah keselamatan.

Luna seorang pakar godam yang genius yang merupakan pemilik kepada pejabat ini adalah seorang wanita yang mungil, manja, cantik namun punya dedikasi yang tinggi dana mat tegas orangnya.

Justeru dengan rupa fizikal yang perfect 10, ramai yang tak percaya bahawa dia adalah mastermind dan genius dalam bab menggodam. Dengan tahap IQ 145 dan hanya diketahui oleh dirinya sendiri, dia tak perlu membuktikan kepada sesiapa yang dia adalah genius cukup sahaja dia mahu orang tahu bahawa dunia hackers adalag makanannya.

“Kau nak minum kopi?” pertanyaan dari suara itu mengaburkan lamunan Luna. Kelibat seorang lelaki berbadan tegap, Andre. Salah seorang detektif kebanggaan pusat itu berdiri di hadapan pintu.

“Sure why not, nanti aku ganti duit kau ookay,” Andre menggelengkan kepalanya kemudian datang meghampiri Luna dengan dua cawan kopi panas.