B1

Bunyi dentuman bom juga senapang yang sangat kuat telah di lepaskan secara bertubi-tubi tanpa berhenti suasana itu begitu dadurat sekali di mana semua orang lari bertempiaran cuba menyelamatkan nyawa masing-masing. Kelibat 2 orang budak lelaki juga sedang melarikan diri tanpa arah tuju.

"Cepat Frizel cepat kita lari daripada tempat ni!"

Jerit Danzel.

Danzel tidak melepaskan tangan adiknya malahan membawanya lari bersamanya.

"Argh!"

Kaki Danzel tersadung ke tanah.

Badannya berguling-guling beberapa kali hingga jatuh tergantung berpaut di tepi lereng bukit begitu cerun.

"Abang Danzel!"

Frizel sempat mencapai tangan abangnya.

"Abang Danzel pegang tangan Frizel kuat-kuat abang, Frizel akan tarik abang naik ke atas!"

Jerit Frizel sekuat hatinya.

"Frizel, abang tak boleh naik Frizel, kaki abang tersangkut dekat dahan tajam pokok ni!"

Meraung Danzel kesakitan.

Frizel sedaya upayanya cuba turun sedikit tangannya untuk mengalihkan dahan tajam itu hingga lengannya terluka akibat tercucuk.

"Kamu tak apa-apa ke Frizel? Tangan kamu berdarah Frizel.."

Risau Danzel menyedari darah tidak berhenti-henti mengalir keluar hingga membasahi baju di bahagian lengannya.

"Sikit je ni.. Abang jangan risau, Frizel okey."

Frizel cuba meyakinkan Danzel demi untuk menyelamatkannya.

Frizel menarik kuat tangan Danzel beberapa kali namun gagal di sebabkan kecederaannya.

_______

Setelah berkali-kali Frizel cuba menariknya ke atas.

"Frizel belakang kamu!"

Danzel terperanjat melihat dua orang askar yang merupakan musuh cuba menjajah negaranya telah menyerang mereka berdua dengan menangkap Frizel.

Askar itu menarik badan Frizel untuk memisahkan mereka berdua sedang Frizel masih lagi mencapai tangan Danzel.

"Lepas, tolonglah lepaskan adik saya!"

Rayu Danzel kerana takut Frizel di sakiti.

"Abang Danzel!"

Frizel menangis di sebabkan askar itu cuba melepaskan pegangan tangan mereka berdua secara paksa.

"Frizel!"

Danzel menyedari tangan Frizel semakin lemah dan perlahan-lahan Frizel telah melepaskannya kerana tidak mampu lagi untuk melawan.

"Abang Danzel jangan tinggalkan Frizel abang, Frizel takut, Frizel sayangkan abang!"

Meraung Frizel.

"Maafkan abang Frizel, abang tak mampu lindungi kamu, maafkan abang!"

Danzel menangis yang teramat kerana menyedari satu-satunya adik kesayangan manjanya akan di bawa pergi oleh manusia kejam itu.

"Abang....!"

Danzel akhirnya telah jatuh ke bawah dengan di saksikan oleh Frizel.

Frizel kemudiannya di bawa pergi oleh kedua-dua askar itu secara paksa dengan begitu kejamnya.